Thursday, 17 September 2015

PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL, IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Assalamualaikum.

Masa cuti semester 3 bulan baru ni, hari-hari aku stalk food Instagram especially yang upload gambar dessert cecantik. Yang paling tertarik aku rasa pancake lah, atau village people cakap 'lempeng' . Hahaaaa. So pernah jugak terfikir nak beli tepung banana pancake hari tu then buat sendiri, tapi macam tak berapa yakin jer yang hasil aku dapat nanti akan secantik macam pancake dalam gambar pada kotak tepung tu. Makanya last week Encik tinggi bawak aku rasa lempeng gorgeous tu di Pancake House, Ioi putrajaya. Weeee!

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

See? Tengok dalam buku menu tu, cantik giler kan pancake dia? Macam tu jugak lah yang aku tengok kat kotak tepung pancake masa cuti hari tu. Actually aku dah tak teringat pun nak makan pancake tu sebenarnya, tapi tetiba keluar date dengan Encik Tinggi hari tu dia tanya aku nak makan apa. So i said nak makan makanan manis-manis jer. Terus dia ajak singgah Pancake House. Okay, nice! Dia memang peka dengan tekak aku. Kahkahkah. 


 MENU
lurvealoevera.blogspot.com

 So, untuk menu pancake sahaja dah bermuka surat dalam tu. Macam-macam perisa dan macam-macam harga yang tertera. Bila aku tengok menu and gambar dalam tu, rasa macam nak order semua. Hahah. Giler tamak! Tapi aku nasihatkan, kalau nak datang Pancake House ni better bawak partner supaya boleh share dua. Bukan soal mampu bayar or not, tapi portion makanan dia seriously banyak. Besides kalau korang jenis tahan manis , it's okay. Tapi kalau skala kemanisan lidah korang tu setakat so-so jer, i suggest datang berdua or bertiga lah sebab makan sesuap mesti teguk air masak yang lebih. Hahaa.

Di Pancake House ni ada 5 kategori menu, which are Hearty Sets, Pancakes, Waffles, Entree, Drinks and Dessert. Kalau rasa nak try breakfast di sini, you can choose either ala carte or sets lah. Haaa, antara yang menarik dalam breakfast set ni adalah french toast, country breakfast, panwich, chicken strips and cheese medley and classic country medley. Lagi best semua set sarapan pagi ni didatangkan bersama teh atau kopi. Amacam?

lurvealoevera.blogspot.com
PANCAKE BLUEBERRY 3PCS
PRICE: RM16.89

lurvealoevera.blogspot.com
Okay see? Encik Tinggi suggest aku amik pancake blueberry 3 pieces ni sepinggan sahaja sebab aku baru makan setengah keping dah stop. Sengal! Tadi bukan main dia yang excited nak makan pancake, sekali dah jamah hareemmm manis gilos! 

Overall pancake dengan blueberry dia actually tak manis sangat, yang buat aku tak keruan tu adalah madu yang dia letak dalam mini jug tu.Titis sikit jer tapi manis dia lagi manis daripada Magnum. Yang butter kat atas tu aku suka sebab dia macam ais krim. Heheee. Nampak tak texture pancake tu macam mana? Macam sponge jer, tapi kalau disumbatnya 3 keping terus memang mual lah kak oyt.


lurvealoevera.blogspot.com
Selain pancake blueberry yang macam aku makan ni, kat Pancake House ni ada banyak lagi jenis pancake yang sedap. For Pancake categories, they have:
- Classic pancake
- Cheese pancake
- Corn pancake
- Chocolate Chip pancake
- Walnut pancake
- Chocolate marble pancake
- Banana pancake
- Mango pancake
- Peach pancake
- Caramel banana walnut pancake

So daripada korang asyik makan kek jer, why not try something new like pancake ni? Perisa dia provide pun dah macam cake aku tengok. Kalau korang search www.pancakehouseinternational.com.my ni, siap ada menu Pastas, Soups, Salads, Western selections, and Sandwiches. Dah macam one stop center right? Besides dia jugak ada dessert yang dibuat daripada shaved ice with milk, sweet corn kernels, yellow sweet potato, sweetened banana, fresh jack fruit strips, and topped with home made custard. Wow! Next time datang Pancake House kena cuba ni! 

INTERIOR
lurvealoevera.blogspot.com
Dari segi hiasan dalaman pulak, very nice and comfortable. For me, hiasan dinding dia tak terlalu crowded and lighting dia pulak kuning. So sesuai sangat lah kalau nak create any date yang alar-alar romantik sikit kan. Miaow! >_< So you guys boleh pilih either nak seat kat tepi tingkap makan pancake sambil tengok pemandangan luar Ioi ke, atau seat yang comel-comel ataupun sofa. Muzik dalam ni pun tak bingit sangat . Kalau nak release stress boleh lah datang sini .

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com


lurvealoevera.blogspot.com


LOCATION 
Selain korang boleh jumpa Pancake House ni di Ioi City Mall, Putrajaya, korang pun boleh cuba usyar-usyar di:
- Ioi City Mall, Putrajaya
- Midvalley Mega Mall, Kuala Lumpur
- Paradigm Mall, Selangor
- Mall of Medini, Johor
lurvealoevera.blogspot.com


CONTACT
lurvealoevera.blogspot.com

So how? Mesti teringin nak rasa suasana dalam Pancake House ni macam mana kan? So for any information about pancake house, you can visit their website www.pancakehouseinternational.com.my . For feedback and customer service enquiries, kindly call or sms Pancake House International: 012-2957230 or 012-5388029



Thank You for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...