Tuesday, 24 November 2015

PROMOSI HANGAT APAM BALIK FAIZ WORLD!

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak promote siket business senior kita yang ledark ni, APAM BALIK FAIZ WORLD! Orait, sesapa yang rajin follow up blog iolz mesti perasan entry sebelum ni ada tulis pasal APAM BALIK FAIZ WORLD . So this time nak buat berita tergempar siket. Jengjengjeng...Cuba teka? Hah... APAM BALIK FAIZ WORLD sekarang tengah buka promotion weyh! Lagi2 kalau ada yang berkenan nak buat kenduri kawen, jamuan makan-makan, doa selamat ke atau reunion and dinner hujung tahun ni.. any event! Dijamin APAM BALIK FAIZ WORLD tak akan mengecewakan anda!

Apa keistimewaan APAM BALIK FAIZ WORLD? Omg! Omg! You know what, apam balik ni super special tahu?? Mana tidak, orang lain guna kacang, depa guna nestum. Amacam? Dah tak payah penin-penin kira berapa kalori korang lepas makan apam balik special ni.. nestum ni ringan, and paling penting wangi dia semerbak kau tahu! Bergetar perut berlapis and double chin korang bila hidu je bau APAM BALIK FAIZ WORLD beraksi di dapur. Phew! Iols makan pun tak cukup sekeping dua. Hahaaa. 



See? Itulah dia big boss merangkap chef dapur ledark APAM BALIK FAIZ WORLD kita, Encik Faiz Syahidan. He's my senior zaman sekolah okeh. Macam-macam event dia attend untuk beraksi di dapurnya.  APAM BALIK FAIZ WORLD menerima semua jenis event yang anda anjurkan! 

Dinner
Kursus
Wedding
Open house
Doa selamat
Birthday Party
Jamuan Tadika
 Jamuan Meeting
Kenduri Aqiqah
Makan Malam Amal
Jamuan akhir tahun sekolah 


Wow! Cakap jer event apa, APAM BALIK FAIZ WORLD bersedia menawarkan perkhidmatan catering apam balik panas-panas nya di majlis keramaian anda! And my personal experiences pulak, masa kami buat event jamuan Hari Raya Persaudaraan Pengakap Raja Pahang di Kuantan pun APAM BALIK FAIZ WORLD performed habis lah! Even jamuan reunion bapak aku pun kami ada jemput APAM BALIK FAIZ WORLD ni untuk catering apam balik nestum yang baru angkat dari dapur. Pergghhh! Terangkat jugaklah selera semua tetamu-tetamu jemputan kami masa tu. Memang dapat pujian ramai tetamu kami hari tu. So apa tunggu lagi? Kalau setakat panggil lori ais krim untuk kenduri kawen tu dah command sangat kan. Apa kata kita tukar pulak ke apam balik? Haaaa, sampai ke anak cucu orang sebut wedding korang tu sebab adanya APAM BALIK FAIZ WORLD ni. 


"Majlis perkahwinan yg grand... kebiasaannye setting ini dibuat dlm dewan...tapi kali ini ada kelainan...majlis yg disambut meriah utk meraikn memperlai yg last dlm family ini.... majlis perkahwinan yg berlangsung di LOT 3985, BATU 10, JLN KEBUN BHARU, TELOK PGLIMA GARANG, BANTING, SELANGOR D.E 17/10/2015. "



"Baru nk update...hihihihi...terlupe nk upload gamba2 event... hrni bru teringt....Ada 2 event yg nk di upload gambanye....Dua2 event ni di malam hari...."

1) 14nov2015...sk bangsar...
2) 20nov2015... sk kebun bharu...makan malam amal



"Memang sangat meriah kalau ada side menu "APAM BALIK" di majlis meraikan cinta... jangan kata budak2....mak pak bdk pun berkali2 beratur utk mendptkn "APAM BALIK FAIZ WORLD"... tak percayeee???? Cube lah dulu.....Bukan hanya majlis meraikan cinta.... majlis2 lain pun bolehhhhh....
vvip dh cube... vip dh rase.... artis pun dh order..... anda bile lg......"



Tengok tu! Tengok tu! Pergghhh! Baru tengok gambar dah meleleh air liur kat keyboard korang. Kahkahkah. Honestly I'm telling you, bau dia jer dah cukup buat perut korang berkeroncong dan sanggup beratur panjang dari KTM Serdang ke KTM Kajang. Huhuahua. Tak percaya book lah APAM BALIK FAIZ WORLD ni dulu untuk event korang. Kompem lepas tu korang terasa nak makan lagi. So meh sis perkenalkan 2 pakej kasih sayang yang APAM BALIK FAIZ WORLD ni tengah promosikan sempena penghabisan tahun 2015 ni.

**************************************************************************************************
PAKEJ STANDARD: 
 PAKEJ A:
PRICE: RM700
MASA OPERASI: 11.00am - 2.00pm
QUANTITI APAM BALIK: Tiada had 

PAKEJ B:
PRICE: RM1000
MASA OPERASI: dari mula majlis sehingga penutup
KUANTITI APAM BALIK: Tiada had

**************************************************************************************************

PROMOTION!!!

1. Bagi majlis perkahwinan yang jemputannya 600pax ke bawah, harga kasih sayang akan diberikan. >_<
2. Sepanjang promosi dibuka, PAKEJ STANDARD A (RM700) akan diberi bilangan apam balik yang tiada had dan SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG DARI MULA SEHINGGA AKHIR PROGRAM.

lurvealoevera.blogspot.com        lurvealoevera.blogspot.com                     


So how? Pakej dia not bad rite? Majlis apa pun you all plan nak buat, apa kata booking APAM BALIK FAIZ WORLD ni siang-siang? Pasal peralatan apa semua you all jangan risau, crew mereka dah sediakan semuanya! Yang perlu korang buat cuma call for booking and the payment mengikut pakej pilihan korang. Mudah kan? For inquiries and more information, bolehlah hubungi Encik Faiz Shahidan kita iaitu pengasas APAM BALIK FAIZ WORLD ni dengan apam balik secrete recipe nya yang dijamin memuaskan anda!

Faiz Shahidan bersama Crew APAM BALIK FAIZ WORLD
Cepat-cepat booking sementara promosi tengah ada!!
************************************************************************************************
TALIAN: 
Mohd Faiz B Mohd Shahidan 
011- 23214876

FACEBOOK:

ALAMAT:
Jalan 14/20, Masjid Tun Abdul Aziz,( masjid bulatan) seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

**************************************************************************************************

Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Thursday, 19 November 2015

JOM SERLAHKAN BAKAT MENULIS ANDA!

Assalamualaikum.

Siapa pernah verangan konon-konon nak jadi penulis novel terkemuka tapi hasrat tak kesampaian sebab tak tahu ke mana nak salur hasil nurkilan korang yang murni tu? Ouw yeah! Luckily you've found this entry! 

Penerbitan terbaru, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Cakcibor Creative sekarang tengah mencari korang-korang yang berbakat dalam bidang menulis ni taw! Tak kesah lah berbakat dalam menulis novel ke, cerpen ke, puisi, kartun. Semua dia orang buru. Lagi best tema langsung tak ditetapkan. So terpulang lah, nak buat cerita hantu kak jemah singgah rumah ke, kisah penanam sayur terpijak cangkul emas ke, cinta mat rock tak kesampaian ke. Asalkan karya korang tu mampu buat pembaca gelak terguling-guling sampai tergolek masuk dalam tasik and meraung macam korang layan cerita Boys Of Flowers .Muehehe.. Ada bran brother??

Hape? Tak tahu nak tulis apa? Suka hati kau jah! Janji best, gempak dan ledark! Jangan susah hati hajat nak jadi femez korang tu tak kesampaian dek kerana tak punya suara semerdu Dato' Siti Nurhaliza sekalipun. Jom ambil peluang keperakan kegangsaan ni untuk jadi pemez dengan hanya mencari ilham sambil teguk air Thai Green Tea kat Boat Noodle tu then jadikan idea korang tu sebagai penulisan! Caranya mudah jer...

Hantarkan karya ledark dan gempak korang tu ke cakciborcreative@gmail.com . Hah, mudah je kan? Tak payah bayar tak payah daftar apa-apa. Emailkan sajer kisah si penggali kubur yang membela 800 ekor kucing korang tu ke CAKCIBOR CREATIVE. Haish! Berbelit lidah aku nak nyebut cakcibor ni, kadang tershashul sebut cicakbor. Hiks! >_<

Untuk maklumat lanjut, jemput arh stalk berjemaah https://www.facebook.com/cakciborcreative/ . Untuk sesapa yang tak ada akaun pesbuk tu (even macam tak logik jer bunyinya), ni iols copy paste beberapa Q&A yang terjawab di lama facebook mereka berkenaan hasil karya yang nak dihantar tu.

***************************************************************************************************

CAKCIBOR CREATIVE
Assalamualaikum dan selamat pagi. petir berdentang dentum dekat luar tu tanda hari nak hujan. okay merepek sikit. ginilah adik kakak. sebab terlampau ramai sangat tanya soalan yang sama (naik lenguh tangan saya jawab soalan sama berulang kali) ini saya bagi pencerahan walaupun hari tengah gelap. harapnya dapat membantu anda-anda semua.

Q: berapa panjang cerpen?
A: dah jawab sebenarnya, tapi takpelah kami jawab lagi. panjang cerpen dalam 2500-4000 patah perkataan.

Q; Antologi cerpen atau satu cerpen je?
A: ikut andalah, kalau rasa ada 300 cerpen yang best. bak datang jelah kami baca semua!

Q: bila tarikh tutup?
A: bagi antologi cerpen bertema 'kunci' dan 'merah jambu', tarikh akhirnya ialah 15 Disember 2015. cerpen berjudul lain yang ingin cuba nasib masih terbuka sampailah hati kami terpanggil untuk menutupnya

Q: berapa panjang novel? apa tema? 
A: temanya macam kami dah kata haritu, lantak lah apa pun asalkan korang rasa best dan kami rasa best, maka akan terbitlah buku korang tu. panjangnya paling koman pun 150 muka surat. yelah kalau pendek sangat tak adalah orang panggil novel ye dak?

Q: novel ni hantar yang dah siap ke proposal sinopsis? hantar 5 bab pertama ke macam mana ke?
A: sebab panel penilai kami ni masanya banyak sangat terluang tak tahu nak buat apa. Korang hantar jelah novel penuh supaya kami boleh baca sambil minum kopi. separuh-separuh ni bukan apa, kadang rasa nak hentak meja sebab tak dapat baca habis.

Q: kartun, nak kartun macam mana?
A: bagi kami sample kartun anda. dalam dua tiga page pun cukup dah.

jadi, harapnya jawapan-jawapan ini menjawab semua persoalan anda. okay kami nak pegi minum kopi sat. hampa semua p tulih cerita syok-syok okay! selamat menulis!

***********************************************************************************************************************************

Amacam? Ada paham sikalang? Sempoi jer kan CAKCIBOR CREATIVE ni jawab soalan-soalan korang yang berjela-jela tu? Kalau tak paham-paham jugak, silalah buat pertanyaan dengan menghubungi 

CAKCIBOR CREATIVE 
(03-89262999)
Ainaa (017-3641780)
Zulkarnain (019-3051587) .

Jangan risau hakak tak tipu korang ah! Nah klik link kat bawah ni pi tengok sendiri apa UTUSAN ONLINE ni punya article untuk mencari bakat-bakat penulis baru macam korang. 

Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera .

Sunday, 8 November 2015

4 TIPS UNTUK PHOTO SHOOT & EDIT GAMBAR MENGGUNAKAN SMARTPHONE

Assalamualaikum.

Orang lain dah 3 hari balik bercuti semester kat rumah. And aku pulak jenis nya bila tiap kali universiti bagi cuti, I was like... Oh giler! Apa nak buat cuti lelama ni? I'm not someone yang jenis suka sangat balik rumah actually, melainkan ada emergency cases jer iolls bergegas balik. So yeah! Sesambil mandi tu I terfikirlah nak photo shoot sendiri sementara nak balik rumah ni esok. Tapi nak upah professional photographer terasa membazir pulak since aku nak bergambar pun bukan nak promote pape. Sesuka jer katanya. Therefore, yang menjadi mangsa jadi photographer tak berbayar aku of course lah my BFF rite? Kikiki. 

So day 1 cuti start iolls bergambar dalam UPM jer dulu. Student UPM kalau tak bergambar kat bukit Expo UPM, bukan student UPM lah namanya. For this trip, I would like to thank my course mate, Luster Morgen from Sarawak. Yeah, since rumah dia beribu kilometernya jauh, so I pun ajak lah dia ke bukit Expo. Umpan lah siket bagitahu ada roti expired nak bagi ikan makan. But then agenda tersirat dia ialah nak mintak dia tolong video record aku practiced main recorder and at the same time nak ajak bergambar. Heee...So apa lagi, memula bergambar kat planta tepi kolam jer, then moved to bawah pokok. After that aku pun selamber jer guling-guling atas rumput bergambar. Then bila sunset lagi teruja! Lama tak tengok sunset kat tepi kolam dengan bukit-bukau rumput menghijau siap.

1. SQUARE INSTAPIC
lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

So yeah! Ini bukan shooting filem Nabella hijab jual bedak sejuk alar-alar bawang putih bawang merah golek-golek tepi tasik okay? Penat tau cari angle sana sini. Angle dah sharp tapi muka pulak herot. Okay! Nak bergambar dengan iolls make sure memory phone korang banyak sebab aku ni jenis bergambar selagi tak nampak perfect angle. Heee! Untuk gambar kali ni, aku sengaja edit dengan apps SQUARE INSTAPIC sebab boleh terus upload kat Instagram dan Wechat supaya tak crop memana. These are the original pictures okay since aku tak usik langsung bahagian contrast atau effect . Jadinya kalau korang bercadang nak bergambar untuk dijadikan poster atau kegunaan commercial, I suggest you edit lah bagi nampak ada effect dan filter siket so that all your pic nampak vibrant and fresh. 

2. BEAUTYPLUS & CYMERA
Orite the next day aku ajak pulak my BFF , Nurul Asyikin Zabaruddin bergambar kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM since she used to tell me that ada 1 tempat ni wajib bergambar. So after we alls balik dinner dari Bangi then pusing-pusing Putrajaya, singgahlah fakulti dia. Seram sejuk kau! Memula masuk tu I wonder lah, is that a faculty or hospital? Bau ubat kuat giler, 7 tingkat and yeah. Siap dia ajak lalu kat bilik mayat. Kau ghase?? 

So pada jam 11.15pm, kami relax jer bergambar kat quotes board ni. Tak sedar pun tempat tu sunyi macam tanah perkuburan. Lulz! Like I said, nak cari angle lagi, control lighting lagi, tengok how's your face dalam gambar. Sengih terlebih ke, muka masam sangat ke, hidung terlebih kembang ke. Heee! 

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

Amacam? Ada style model pakaian tak? Hiks! My suggestion is, kalau korang nak nampak gambar macam professional siket tetapi skills dalam bidang photography tak banyak plus camera korang guna tu bukanlah Digital Single-Lens Reflex camera (DSLR) , every time nak amik gambar silalah cari dinding yang kosong lagi bersih. Jangan excited sangat nak bergambar main ikot dan jer tak tengok-tengok dah sandar kat taik burung taik katak segala. Menangis lah balik nak cuci tu nanti. 
So memandangkan kami bergambar pun waktu hampir tengah malam, so lighting memang sangat-sangat terhad. For me gambar yang gelap aku tak kisah asalkan angle and posing just nice. So salah satu cara paling mudah nak adjust lighting in terms of contrast, brightness, saturation, sharpen dalam satu klik sahaja, iols guna apps BEAUTYPLUS daripada Play store. Untuk menggabungkan gambar-gambar menjadi 1 keping, boleh lah guna CYMERA. So yeah! Gambar-gambar kosong macam ni sangat berguna untuk aku buat promote blog, ig dan facebook. Besides, boleh jugak letak kata-kata hikmah kat tengah-tengah gambar dengan mengkaburkan gambar asal dan letak text di hadapan.

3. BELAJAR MELALUI PENIRUAN
Next, we all hangout ke Setia City Mall. Wee! Kat sini paling seronok nak bergambar since kat luar tu ada field, lake and garden. Aku suka tempat-tempat yang nampak natural macam ni instead of kau ajak aku bergambar kat menara. Untuk menghasilkan gambar yang kreatif, you guys kena imagine dulu nak gambar macam mana. I mean, rajin-rajinlah stalk Instagram memana artis kesayangan korang then tengok how their posture and angle. Jadi what I did was, I told my BFF about my imagination nak gambar macam mana and luckily aku dapat BFF yang kreatif jugak dalam bidang photography ni. Even though kami zero dalam bidang photography, but according to what i learnt in Psychology, manusia boleh belajar secara peniruan by Albert Bandura. Jadi why not I try , rite? Sebelum bergambar tu bayangkan cover majalah yang kau pernah baca ke, gambar model-model pakaian kat shopping mall ker. Then cuba pose. Tak cantik tak apa, sekarang zaman teknologi macam-macam apps ada nak edit gambar. Miaw! >_<

lurvealoevera.blogspot.com


lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

 Roller blade tu acah-acah jer lebih. Tak reti main pun sebenarnya. Banyak lagi gambar yang aku tak habis edit. Selang 5 minit upload gambar kat Instagram, orang pun dah jemu tengok muka aku jer. So tak apalah, simpan next time mana tahu nak guna lagi gambar-gambar tu kan. Hewhew! Banyak lagi collection gambar yang aku dah edit and simpan. Ni antara daripada gallery Instagram yang aku nak share. 

4. JAGA POSTURE BADAN SEMASA BERGAMBAR

And one more thing, masa bergambar make sure korang jaga posture badan. You know what, I used to membongkok kalau duduk. But when it comes to photo shoot, badan automatik jadi tegak. Pelik kan? Semata-mata nak dapatkan hasil gambar yang style konon-konon nya. So tak kesahlah korang nak bergambar tengah duduk ke, berdiri ke, guling ke.. Jangan lupa pasal posture badan. Tengoklah gambar-gambar artist atau model, ada tak yang membongkok? Kebanyakkannya mendada and tegap, rite? Jadi i rasa bergambar ni jer satu-satunya cara untuk I jaga tulang belakang ni. Dalam bidang perubatan pun cakap membongkok ni tak elok untuk tulang belakang and saraf tunjang kita since my mum dah 2 tahun lumpuh sebab orthopedic problems.So i belajar dari kesilapan my mum lah coz she used to membongkok. 

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

lurvealoevera.blogspot.com

 Even though bahu aku nampak jatuh, but it's okay. Kalau pakai baju yang ada sponge kat bahu tu memang nampak bahu lebih cantiklah time bergambar. And yeah! 1 maklumat aku pernah baca dalam majalah RAPI , "kekurangan badan perlu disorok dan bukannya ditonjolkan." So you got me mate? Maksudnya jangan lah pakai baju yang lebih kecik daripada saiz badan kita. If not, paham-paham sendiri lah mulot orang kan? Lagi-lagi dalam Islam pun tak bagi kita pakai ketat-ketat. Well, bukan nak mengata sesiapa. Ni peringatan untuk diri jugak sebab aku pun manusia yang selalu buat silap dan pendosa tegar di mata tuhan. Let's remind each other okay? Orite setakat tu saja perkongsian kali ni. I'm going to sleep as tomorrow dah nak balik Pahang. Ok bye!

SELAMAT MENCUBA!


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Tuesday, 3 November 2015

TAKE ADVANTAGE OF THE "ANYWHERE" OFFICE WITH SATU GAJET DOT COM

Assalamualaikum.

Sejak aku masuk UPM ni, sejak tu lah aku rasa terbeban giler. Semua benda nak online. Assignment pun online, lecture notes pun online, quiz and assessments pun online, result exam online, daftar kursus online, maklumat semasa online, mengundi pun nak online. Pendek cerita what-so-ever lah nak dijadikannya paperless . And to be honest, aku lagi prefer semua dalam bentuk kertas. Mana tidaknya, 4 sem aku sengsara dengan sistem paperless UPM ni. Bila mana aku selalu keluar dari UPM untuk attend any camp atau kursus, maka risiko untuk aku di luar rangkaian adalah tanggungan sendiri. 3 hari aku terceruk kat hutan, of course semua benda dalam sistem aku ketinggalan, rite? Balik dari program sekali bukak sistem, damn! Bila masa pulak ada benda alah ni? Balik jer UPM berpusu-pusu notifications daripada Email, Facebook, Whatsapp, Edmodo, Putra LMS masuk serentak. Weeee! Phone aku hang berganda sama dengan otak aku masa tu. Itu due date ini nak kena submit itu lambat.

Seriously stress berganda-ganda bila mana masa tu aku pakai lenovo cikai 4GB jer capacity. Dapat download whatsapp masa tu pun dah cukup up-to-date rasa. But still tak boleh buat apa, masih banyak benda jugak aku ketinggalan. Lagi-lagi yang jenis mintak aku upload file paper work, video reflection and assignments semua , dan dan tu jugaklah memory nak full. Okay, cukup bersabar bila jeling member semua dah tukar phone baru and aku masih setia dengan Lenovo 4GB model apa tah masa tu. *Sigh.

Aku pulak jenis nak mintak duit dengan mak ayah pun malu, inikan pulak nak mintak phone baru. Usually setakat ni apa aku mintak semua dapat jer, but then tak tahu kenapa masa tu malu sangat nak mintak telepong baru sebijik. Of course never rite. Harapan terakhir aku adalah pada laptop pemberian hadiah PMR daripada bapak aku. Yeah, 6 years already and syukur laptop ni tak pernah rosak. Setakat hang tu benda biasa lah kan even laptop baru pun banyak jer yang hang sana sini. Tapi malangnya wifi kat UPM ni tersangatlah lambat macam siput. Well, we students used to call that from U-SPOT kepada U-SIPOT. Mana tidaknya, nak dapatkan internet access pun kena on laptop selama 3 jam baru boleh connect. Faham kan perasaan di mana kau punya video reflection duration 2 minutes and assignments sebanyak 3 pages nak submit kini terpaksa menunggu selama 3 jam baru dapat upload kat system? Pheww! 4 sem jugak aku bertahan.

Then I realize how important to have a smart phone with large memories and wifi yang boleh connect 24/7 .Yeah, it's already my 5th sem untuk sedar tentang itu. Lulz! Since aku buat kerja part time last sem, so aku pun menyimpanlah sedikit demi dikit duit simpanan.




Dengan bantuan my BFF masa tu, finally I got my Lenovo S850 from the best online seller, Satu Gajet Dot Com. Thank you to Satu Gajet Dot Com sebab menawarkan harga yang berpatutan untuk my new smartphone. And yeah, daripada 4GB kini aku maju 16GB ke hadapan. That's an improvement okay? Mohon jangan bandingkan dengan Iphone 6 plus korang kat sini. Shuh..shuh!

So itulah first time aku beli gajet secara online. Lulz! Jujur memang aku tak percaya langsung beli online gajet ni, aku rela jalan kaki berpeluh-peluh semata-mata nak cari the best smart phone for me. Tapi dah BFF aku suruh jugak beli kat sini, dia siap order aku pun teru bank in duit petang tu. Settled. 2 hari kemudian barang pun sampai. Wow!


So far alhamdulillah aku memang satisfied dengan Lenovo S850 ni. Maklumlah, orang busy macam aku ni contact number jer ada 2, so Lenovo S850 ni memang sweet sweet jer bagi aku 2 sim and 3G untuk SIM 1. Dengan warna pink menawan dia langsung buat aku jatuh cinta terus. Wakaka. Apa yang menariknya ialah once I paid, aku bukan setakat dapat smart phone dalam tu, I paid below RM500 and I got free 1 year Karpersky Internet Security for Android, Screen protector, 2 sets of one touch Silicons stand, Charger, USB dan memory card reader. Seronok kan? 

Maka sejak masuk sem ni lah aku download semua apps yang nak guna untuk baki 4 semester for my degree life at UPM. Daripada Gmail, Yahoo mail, Messenger, Telegram, Edmodo dan lain-lain. Besides, aku pun download lah Al Quran mobile and few apps for news update. So tak adalah each time masuk lecture Principle of Economics I macam orang duduk dalam gua tak tahu menahu pasal ekonomi semasa negara dan dunia kan. Then bila dah ada phone canggih (actually tak secanggih ipong jorang ler), maka aku pun langgan lah portable Wifi bagi memudahkan aku nak access internet anywhere. So that I won't face any problem notifications tak masuk lah, assignments tak dapat submit lah. Phew! Typical excuses . =P

So adek-adek mana plan nak masuk U tu, please take advantage of your anywhere office. Well, zaman sekarang even nak buat call pun dah boleh guna internet, rite? So jangan asyik download entertainment apps jer okay? For more information about one gajet dot com,http://www.satugadget.com.my/smartphone atau facebook https://www.facebook.com/satugadget .


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...