Thursday, 19 November 2015

JOM SERLAHKAN BAKAT MENULIS ANDA!

Assalamualaikum.

Siapa pernah verangan konon-konon nak jadi penulis novel terkemuka tapi hasrat tak kesampaian sebab tak tahu ke mana nak salur hasil nurkilan korang yang murni tu? Ouw yeah! Luckily you've found this entry! 

Penerbitan terbaru, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Cakcibor Creative sekarang tengah mencari korang-korang yang berbakat dalam bidang menulis ni taw! Tak kesah lah berbakat dalam menulis novel ke, cerpen ke, puisi, kartun. Semua dia orang buru. Lagi best tema langsung tak ditetapkan. So terpulang lah, nak buat cerita hantu kak jemah singgah rumah ke, kisah penanam sayur terpijak cangkul emas ke, cinta mat rock tak kesampaian ke. Asalkan karya korang tu mampu buat pembaca gelak terguling-guling sampai tergolek masuk dalam tasik and meraung macam korang layan cerita Boys Of Flowers .Muehehe.. Ada bran brother??

Hape? Tak tahu nak tulis apa? Suka hati kau jah! Janji best, gempak dan ledark! Jangan susah hati hajat nak jadi femez korang tu tak kesampaian dek kerana tak punya suara semerdu Dato' Siti Nurhaliza sekalipun. Jom ambil peluang keperakan kegangsaan ni untuk jadi pemez dengan hanya mencari ilham sambil teguk air Thai Green Tea kat Boat Noodle tu then jadikan idea korang tu sebagai penulisan! Caranya mudah jer...

Hantarkan karya ledark dan gempak korang tu ke cakciborcreative@gmail.com . Hah, mudah je kan? Tak payah bayar tak payah daftar apa-apa. Emailkan sajer kisah si penggali kubur yang membela 800 ekor kucing korang tu ke CAKCIBOR CREATIVE. Haish! Berbelit lidah aku nak nyebut cakcibor ni, kadang tershashul sebut cicakbor. Hiks! >_<

Untuk maklumat lanjut, jemput arh stalk berjemaah https://www.facebook.com/cakciborcreative/ . Untuk sesapa yang tak ada akaun pesbuk tu (even macam tak logik jer bunyinya), ni iols copy paste beberapa Q&A yang terjawab di lama facebook mereka berkenaan hasil karya yang nak dihantar tu.

***************************************************************************************************

CAKCIBOR CREATIVE
Assalamualaikum dan selamat pagi. petir berdentang dentum dekat luar tu tanda hari nak hujan. okay merepek sikit. ginilah adik kakak. sebab terlampau ramai sangat tanya soalan yang sama (naik lenguh tangan saya jawab soalan sama berulang kali) ini saya bagi pencerahan walaupun hari tengah gelap. harapnya dapat membantu anda-anda semua.

Q: berapa panjang cerpen?
A: dah jawab sebenarnya, tapi takpelah kami jawab lagi. panjang cerpen dalam 2500-4000 patah perkataan.

Q; Antologi cerpen atau satu cerpen je?
A: ikut andalah, kalau rasa ada 300 cerpen yang best. bak datang jelah kami baca semua!

Q: bila tarikh tutup?
A: bagi antologi cerpen bertema 'kunci' dan 'merah jambu', tarikh akhirnya ialah 15 Disember 2015. cerpen berjudul lain yang ingin cuba nasib masih terbuka sampailah hati kami terpanggil untuk menutupnya

Q: berapa panjang novel? apa tema? 
A: temanya macam kami dah kata haritu, lantak lah apa pun asalkan korang rasa best dan kami rasa best, maka akan terbitlah buku korang tu. panjangnya paling koman pun 150 muka surat. yelah kalau pendek sangat tak adalah orang panggil novel ye dak?

Q: novel ni hantar yang dah siap ke proposal sinopsis? hantar 5 bab pertama ke macam mana ke?
A: sebab panel penilai kami ni masanya banyak sangat terluang tak tahu nak buat apa. Korang hantar jelah novel penuh supaya kami boleh baca sambil minum kopi. separuh-separuh ni bukan apa, kadang rasa nak hentak meja sebab tak dapat baca habis.

Q: kartun, nak kartun macam mana?
A: bagi kami sample kartun anda. dalam dua tiga page pun cukup dah.

jadi, harapnya jawapan-jawapan ini menjawab semua persoalan anda. okay kami nak pegi minum kopi sat. hampa semua p tulih cerita syok-syok okay! selamat menulis!

***********************************************************************************************************************************

Amacam? Ada paham sikalang? Sempoi jer kan CAKCIBOR CREATIVE ni jawab soalan-soalan korang yang berjela-jela tu? Kalau tak paham-paham jugak, silalah buat pertanyaan dengan menghubungi 

CAKCIBOR CREATIVE 
(03-89262999)
Ainaa (017-3641780)
Zulkarnain (019-3051587) .

Jangan risau hakak tak tipu korang ah! Nah klik link kat bawah ni pi tengok sendiri apa UTUSAN ONLINE ni punya article untuk mencari bakat-bakat penulis baru macam korang. 

Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera .

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...