Tuesday, 3 November 2015

TAKE ADVANTAGE OF THE "ANYWHERE" OFFICE WITH SATU GAJET DOT COM

Assalamualaikum.

Sejak aku masuk UPM ni, sejak tu lah aku rasa terbeban giler. Semua benda nak online. Assignment pun online, lecture notes pun online, quiz and assessments pun online, result exam online, daftar kursus online, maklumat semasa online, mengundi pun nak online. Pendek cerita what-so-ever lah nak dijadikannya paperless . And to be honest, aku lagi prefer semua dalam bentuk kertas. Mana tidaknya, 4 sem aku sengsara dengan sistem paperless UPM ni. Bila mana aku selalu keluar dari UPM untuk attend any camp atau kursus, maka risiko untuk aku di luar rangkaian adalah tanggungan sendiri. 3 hari aku terceruk kat hutan, of course semua benda dalam sistem aku ketinggalan, rite? Balik dari program sekali bukak sistem, damn! Bila masa pulak ada benda alah ni? Balik jer UPM berpusu-pusu notifications daripada Email, Facebook, Whatsapp, Edmodo, Putra LMS masuk serentak. Weeee! Phone aku hang berganda sama dengan otak aku masa tu. Itu due date ini nak kena submit itu lambat.

Seriously stress berganda-ganda bila mana masa tu aku pakai lenovo cikai 4GB jer capacity. Dapat download whatsapp masa tu pun dah cukup up-to-date rasa. But still tak boleh buat apa, masih banyak benda jugak aku ketinggalan. Lagi-lagi yang jenis mintak aku upload file paper work, video reflection and assignments semua , dan dan tu jugaklah memory nak full. Okay, cukup bersabar bila jeling member semua dah tukar phone baru and aku masih setia dengan Lenovo 4GB model apa tah masa tu. *Sigh.

Aku pulak jenis nak mintak duit dengan mak ayah pun malu, inikan pulak nak mintak phone baru. Usually setakat ni apa aku mintak semua dapat jer, but then tak tahu kenapa masa tu malu sangat nak mintak telepong baru sebijik. Of course never rite. Harapan terakhir aku adalah pada laptop pemberian hadiah PMR daripada bapak aku. Yeah, 6 years already and syukur laptop ni tak pernah rosak. Setakat hang tu benda biasa lah kan even laptop baru pun banyak jer yang hang sana sini. Tapi malangnya wifi kat UPM ni tersangatlah lambat macam siput. Well, we students used to call that from U-SPOT kepada U-SIPOT. Mana tidaknya, nak dapatkan internet access pun kena on laptop selama 3 jam baru boleh connect. Faham kan perasaan di mana kau punya video reflection duration 2 minutes and assignments sebanyak 3 pages nak submit kini terpaksa menunggu selama 3 jam baru dapat upload kat system? Pheww! 4 sem jugak aku bertahan.

Then I realize how important to have a smart phone with large memories and wifi yang boleh connect 24/7 .Yeah, it's already my 5th sem untuk sedar tentang itu. Lulz! Since aku buat kerja part time last sem, so aku pun menyimpanlah sedikit demi dikit duit simpanan.




Dengan bantuan my BFF masa tu, finally I got my Lenovo S850 from the best online seller, Satu Gajet Dot Com. Thank you to Satu Gajet Dot Com sebab menawarkan harga yang berpatutan untuk my new smartphone. And yeah, daripada 4GB kini aku maju 16GB ke hadapan. That's an improvement okay? Mohon jangan bandingkan dengan Iphone 6 plus korang kat sini. Shuh..shuh!

So itulah first time aku beli gajet secara online. Lulz! Jujur memang aku tak percaya langsung beli online gajet ni, aku rela jalan kaki berpeluh-peluh semata-mata nak cari the best smart phone for me. Tapi dah BFF aku suruh jugak beli kat sini, dia siap order aku pun teru bank in duit petang tu. Settled. 2 hari kemudian barang pun sampai. Wow!


So far alhamdulillah aku memang satisfied dengan Lenovo S850 ni. Maklumlah, orang busy macam aku ni contact number jer ada 2, so Lenovo S850 ni memang sweet sweet jer bagi aku 2 sim and 3G untuk SIM 1. Dengan warna pink menawan dia langsung buat aku jatuh cinta terus. Wakaka. Apa yang menariknya ialah once I paid, aku bukan setakat dapat smart phone dalam tu, I paid below RM500 and I got free 1 year Karpersky Internet Security for Android, Screen protector, 2 sets of one touch Silicons stand, Charger, USB dan memory card reader. Seronok kan? 

Maka sejak masuk sem ni lah aku download semua apps yang nak guna untuk baki 4 semester for my degree life at UPM. Daripada Gmail, Yahoo mail, Messenger, Telegram, Edmodo dan lain-lain. Besides, aku pun download lah Al Quran mobile and few apps for news update. So tak adalah each time masuk lecture Principle of Economics I macam orang duduk dalam gua tak tahu menahu pasal ekonomi semasa negara dan dunia kan. Then bila dah ada phone canggih (actually tak secanggih ipong jorang ler), maka aku pun langgan lah portable Wifi bagi memudahkan aku nak access internet anywhere. So that I won't face any problem notifications tak masuk lah, assignments tak dapat submit lah. Phew! Typical excuses . =P

So adek-adek mana plan nak masuk U tu, please take advantage of your anywhere office. Well, zaman sekarang even nak buat call pun dah boleh guna internet, rite? So jangan asyik download entertainment apps jer okay? For more information about one gajet dot com,http://www.satugadget.com.my/smartphone atau facebook https://www.facebook.com/satugadget .


Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

2 comments:

  1. tq hazirah! =D terharu rasa... even maklumat tak banyak.. kah3

    ReplyDelete

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...