Tuesday, 29 December 2015

3 TIPS BERJIMAT KETIKA MEMBELI-BELAH

Assalamualaikum.

Sempena Year-End-Sale ni, banyak sangat promotion sana sini. OMG, tak beli nanti rugi sebab ada certain barang potongan harga dia mak datok! 50%, 70%, 80% pun ada! Lagi-lagi branded stuff. Tak lena nak tidur sebab mimpikan handbeg GUCCI jiran hujung kampung kau beli dua hari lepas. Haa, tak salah meh nak shopping sesakan yang boleh pastu melaram dengan wallet BONIA kau tuh, tapi kena pandai control bajet okeh. Well, aku kekadang pun shopping ikut napsu, tapi bila makin dewasa ni rajin belek majalah Dewan Ekonomi and buku-buku pasal kewangan, yeah. Actually hand beg, baju, kasut berbakul-bakul korang hangkut tu bukannya aset seperti mana yang korang sangka. But they are actually liabiliti okeh sebab kalau kau jual balik pakaian korang sebagai preloved item pun pulangan harga lebih rendah daripada price yang mula-mula korang beli tuh. So, meh hakak ajar macam mana nak jimat time shopping YES ni. Pheewww! Let's go bebeh!


1. SENARAIKAN JUMLAH DUIT BAKI YANG TINGGAL SEHINGGA GAJI SETERUSNYA.
Siapa tak suka shopping kan? Orite the problem is, kadang kita lupa nak simpan untuk perbelanjaan yang lain. Jadi tips dia adalah, make sure sebelum keluar shopping, check dulu baki duit dalam ATM dan wallet. Cuba estimate agak-agak setiap hari berapa ringgit spend untuk makan, duit minyak, tambang public transport, topup dan lain-lain then darab dengan sebulan. Itu tak termasuk duit saving bulanan, insurans, duit emergency, hutang loan, sewa rumah dan lain-lain. Cukupkah duit kita? Tak cukup? Okeh, maka shopping ajelah mana yang mampu. Jangan duk ikot sangat kak jemah kawan kau tu hah borong hand bag PRADA 5 6 biji kat Pabilion. Pastu hujung bulan dah sesak hehari makan makanan instant. Yang paling tak syok, pinjam duit orang pastu hutang kreadit kad keliling pinggang. No, No, No....Please don't do that okay? >_<

2. MANFAATKAN CALCULATOR TELEFON BIMBIT ANDA SEMASA SHOPPING.
Jenis aku kalau keluar shopping barang dapur ke makanan ke kain baju ke, kalkulator pada smart phone tu wajib tekan. Setiap sen aku kira okeh. Actually ini salah satu cara nak elak kita over budget. Let say hari tu kita cuma plan nak beli kasut jer sepasang dan bajet kita adalah RM100. Yeah, YES mesti ada bagi diskaun bape percent rite? So manfaatkan calculator tu untuk kira berapa price stuff yang kita nak beli tu after less. Another one is let say kita bajet nak shopping within RM200 that day, tapi bila sampai shopping mall tiba-tiba berkenan daripada tudung, baju, beg sampailah kasut. Yosh! Macam mana nak kawal nafsu tu? Haaaa, cari dulu yang mana offer paling murah, then calculate total price semua berapa. Still dalam bajet? Okay on. Jangan banyak cakap. Siapa shopping dengan aku dia tahu lah.

3. KEPUASAN SEMENTARA VS KEPUASAN JANGKA PANJANG.
Manusia kan, memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Tengok orang beli TV baru, dia pun nak TV baru. Tengok orang beli jam tangan baru, kita pun nak jam tangan macam tu jugak. So kalau ikut cara aku, sebelum membeli aku akan fikir sama ada barang yang aku beli tu cuma untuk kepuasan sementara atau kepuasan jangka panjang walaupun benda tu tengah sale. Dalam kategori ni lebih kepada kehendak kita dalam menginginkan sesuatu. So, personally aku sebelum beli akan fikir dulu kelebihan dan keburukan barang tu. Well, benda ni selalu jadi bila mana masa nak beli tu rasa baju tu cantik sangat, warna dia sweet sangat siap ada diamond-diamond dari mulut naga tasik Chini tu. But then bila dah beli bawak balik and pakai,baju tu pulak sangkut kat lapisan lemak perut kau di skala 6. Perghh! Berhabis duit beli baju sehelai ratus-ratus sebab diamond mulut naga tu yang buat mahal tapi harem tak muat nak pakai,so itulah first and last kau pakai pastu humban dalam almari sampai cucu cicit lipas cicak mengkarung segala membiak dalam wardrobe kau yang terbiar tu. See? Membazir kan? So before beli apa-apa, justify dulu sama ada itu untuk kegunaan jangka panjang atau masa yang singkat.


Untuk input tambahan tentang bijak belaja, sila klik link yang tertera di bawah. Okay selamat mencuba!



Thank you for reading. 
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...