Saturday, 2 January 2016

2 KESALAHAN LELAKI SEMASA FIRST DATE!

Assalamualaikum.

Hello 2016! Yeehaaa! Scroll Twitter, Facebook, Wechat bersemangat kenalan aku duk update azam tahun baru memasing. Haaa, nah! Azam tahun baru aku nak rajinkan diri update entry-entry baru supaya cell cell otak aku dan pembaca setia blog ni berkembang lebih pesat lagi. Lulz!

Cakap pasal cinta, actually aku tak lah pandai sangat bercinta. Selalu mintak pendapat orang-orang yang lebih matang sebenarnya. So untuk kenalan dan sahabat aku yang mana rasa diri dia 'straight guy', kahkahkah. Nah tips untuk korang punya first date. Kesian aku tengok selalu duk merapu kat aku cakap tak ada orng nak apa sebab pun tak tahu pastu salahkan diri tak ada rupa bagai. Tapi kau punya azam tahun baru bukan main nak stay single dengan ayat-ayat kesian konon mengharap ada perempuan yang simpati and nak yang terima kau seadanya. Tapi kalau arrangement masa first date tak kena cara, Huh! Jangan mimpi lama lah nak joget alar-alar filem Hindustand guling-guling kat tanah puluh ekar bagai.

2 KESALAHAN LELAKI SEMASA FIRST DATE

KESALAHAN 1: MENGELUH...
Talk about your blessings more than you talk about your problem. Lagi-lagi masa first date dengan someone special, hello guys! Tak akan first meet dengan BAE dah mengeluh itu ini susah. Lagi-lagi part gaji dengan aset ni. Haish! Sensitip doe. Spoiled betul! Macam kau sorang kat Malaysia ni yang terhimpit dengan krisis kewangan. 

Ouh yeah! Aku selalu jumpa mamat yang mengeluh gaji tak cukup bagai, tapi bila sembang bukan main tak nak kalah nak bagitahu income dia sebulan 10 ribu pun tak cukup nak hidup masa ni walhal kita yang perempuan tak tanya pun benda tu semua. Well kalau kawan lama memang aku tak heran sebab mostly nak cerita perkara ni pun mesti sebab nak ajak join MLM dia orang tu yang bukan main provoke bagitahu semua orang gaji dia ribu-ribu sebulan pun tak cukup. Tapi yang baru first meet ni. 

Kalau betul nak mengadu (sebenarnya lebih kepada mengeluh di samping nak show off) silalah cari orang yang tepat. Kalau betul lah hutang tu banyak sangat yea wahai Encik Acah-acah Perfect sangat, silalah buat appointment dengan Kaunselor ke, AKPK ke, pak menteri ke. Opps! Apa-apa pun silalah elakkan perbualan yang lebih kepada mengeluh ni masa first date okay. Dah tahu duit tak cukup jangan lah membazir ajak pempuan kuar date tempat mahal. Talk about something fun and enjoyable. 

Guys, kalau kau tengok reaction BAE korang macam tak ada pape even cakap pasal income 50 ribu sebulan pun, ketahuilah bahawa "A man's money will never excite an independent woman." Even kau tak ada duit nak belikan dia cincin berlian lepas kawen nanti pun dia tak heran sebab perempuan jenis ni apa dia nak dia akan usaha sendiri. So bersyukurlah kalau jumpa pempuan yang tak banyak mengeluh pasal duit ni sebab independent woman ni sememangnya bukan pisau cukur kaki kikis duit lelaki sibuk tanya income korang sebulan berapa. Opps!Tercakap diri sendiri pulak. Kahkahkah. =P


KESALAHAN 2: MINTA PEREMPUAN BELANJA
Situasi 1:
Guy: "Awak nak makan apa? Cakap jer. Kita gi makan sana k."
Girl: "Ermm, mana-mana pun boleh."
Guy: "Okay, Dominos jom?"
Girl: "Sure..."

Dah melantak pizza 2 set. Sejam kemudian.....

Girl: "Jom gerak?"
Guy: "Jom, Apa kata awak bayarkan untuk saya..?" 
Girl: =..=


Situasi 2:
Guy: "Jom jalan Alamanda tengok wayang? "
Girl: "Okay jom. Nak tengok Star Wars 3D."
Guy: "Awak belanja saya pulak boleh? Tadi saya dah belanja awak makan.." 
Girl: =..=

Situasi 3: 
Guy texted: "Awak, jom teman saya makan?"
Girl: "Okay, boleh jer."
Guy: "Awak nak makan apa? Order lah. Nanti perut tu lapar."
Girl: "Minum je lah, saya kenyang lagi."

Sejam kemudian.....

Guy: "Awak, nak tanya. Tadi saya ajak awak TEMAN saya makan jer kan?"
Girl: "Haah, kenapa?" 
Guy: "That's mean saya tak bayar taw apa awak order tadi."
Girl: =..=

Wahai students sekalian! Dah tahu PTPTN tak banyak mana pi ajak BAE korang date kat Alamanda Pavilion segala tu dah hilang akal apa? Hoohoo. Pendek cerita, aku pernah jumpa lelaki dalam semua situasi ni. Orite meh hakak nak pesan yea terutama adik-adik yang baru sambung study ni tetiba terjumpa someone beyond anyone else korang tuh, kalau dah tahu kita tak berduit, yang bekerjaya pun gaji kadang-kadang tak cukup nak tuang minyak kereta and yang student makan pun PTPTN bagi pinjam pastu hujung-hujung sem 5 hari turut-turut makan maggie sebab nak save duit, adalah lebih baik untuk tak ajak perempuan keluar date. 

For me it's not proper lah kau sebagai lelaki beria ajak perempuan keluar pastu mintak orang belanja then berlagak kemain nak jaga status mamak ke gerai-gerai tepi jalan tak main ar nak date kan. So simpan siket miang orang lain ada BAE boleh ajak date kau pun sibuk nak BAE BAE pastu meroyan Google "Kenapa dia tinggalkan saya?". Unfortunately terjumpa blog aku dengan entry 10 CARA MENGATASI KECEWA AKIBAT PUTUS CINTA .kahkahkah. Dah, stop sedih-sedih and pi kerja rajin-rajin buat #2kerja cari duit kasi diri sendiri cukup makan pakai dulu baru ajak anak dara orang keluar date okay. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Orang kata duit tak boleh beli cinta. Tapi sedarlah korang bahawa tak ada duit jugak boleh menghancurkan first date yang indah. Lulz! Banyak lagi kesalahan sebenarnya. Next entry kita tulis 2 kesalahan perempuan semasa first date pulak okay. Jangan marah ar abam-abam macho sekalian. =D Till we meet again!


Thank you for reading.
Visit my Instagram via  http://instagram.com/lurve_aloevera

3 comments:

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...