Wednesday, 20 January 2016

3 SEBAB KENAPA ORANG BERHUTANG

Assalamualaikum.

Menurut Dr Rokiah Talib dalam salah satu petikan daripada hasil kajian ke atas gelagat penggunaan dan peminjaman dalam kalangan masyarakat di Malaysia,

"Orang Melayu adalah golongan yang paling suka berhutang, manakala kaum Cina adalah kaum yang paling tidak suka meminjam. Kaum India pula meminjam hanya kerana mereka miskin."

Orite, kalau diikutkan logik akal sebenarnya banyak sebab kenapa kita nak berhutang. Nak beli kereta baru lah, buat loan rumah, nak set sofa baru, nak itu dan nak ini. So, baru-baru ni aku ada terbaca dalam sebuah buku hasil penulisan Khairulnahar Jamaluddin, penulis ada menyatakan 3 sebab utama kenapa manusia berhutang. Since rakyat Malaysia ni lebih suka blog walking daripada membaca buku, aku pun amik lah inisiatif untuk share dengan korang-korang menurut fahaman aku sendiri lah yea. Heeee! =D Sebelum tu, tengok gambar daripada Finsuransprudential.wordpress.com , dia dah nyatakan siap-siap beberapa sebab peminjam gagal bayar hutang. So sebelum kita termasuk dalam statistik ni, ada baiknya kita identify dulu sebab apa kita berhutang.
Finsuransprudential.wordpress.com

1. UNTUK MEMBELI ATAU MEMBAYAR KEPERLUAN HIDUP.

Untuk orang-orang yang kurang mampu dari segi kewangan termasuklah aku, heee. Of course kita berhutang untuk membeli atau membayar sesuatu yang menjadi keperluan hidup kan? Contoh terbaik ialah PTPTN. Since pendidikan itu merupakan salah satu keperluan hidup bagi aku, maka nak tak nak aku terpaksa jugak lah berhutang demi mendapatkan segulung ijazah tu. So, bila aku dah decide untuk terima pinjaman kewangan daripada PTPTN, itu bermaksud aku bersetuju untuk bayar balik sekian amount termasuk faedah, rite? So, itu lah antara salah satu sebab kita berhutang.Selain pinjaman PTPTN, contoh lain ialah orang-orang susah yang berhutang dengan kedai runcit atau koperasi terdekat untuk mendapatkan bekalan makanan ke. Bagi yang giler mampu, tak payah berhutang. Bayar lamsam terus. Bagi orang yang buat 2 3 kerja partime macam aku ni yang tak jugak kaya, terpaksa lah berhutang. Nak sambung belajar, beli motor, dan sebagainya.


2. UNTUK MEMENUHI KEMAHUAN DAN GAYA HIDUP.

Untuk sebab kedua ni fokusnya adalah golongan yang meminjam untuk membeli barang lain yang bukan keperluan pokok seperti aksesori, perhiasan, perabot dan untuk hiburan. Haaa, baik yang duduk kampung mahupun bandar. Setiap orang mesti demand nak itu nak ini. Yang perempuan nak set barang kemas lah, set TV plasma baru lah, handbag Gucci. Yang lelaki pulak kebanyakkan suka berhabis duit beli aksesori kereta dan motor. Kalau semua orang mampu beli dengan cash tak apa. Tapi sebab gaji dan elaun yang ada cuma cukup-cukup untuk perbelanjaan yang wajib untuk sebulan, tapi jauh di sudut hati nak jugak benda yang dah berkenan. 

Ohoi! Ibarat jatuh cinta angau makan tak kenyang tidur tak lena selagi tak dapat benda yang diidamkan tu. Satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah dengan berhutang. Tak kisahlah berhutang dengan orang ataupun bank, janji apa yang dia nak dia dapat. Kalau yang di bandar kebanyakkannya guna kad kredit, yang di kampung pulak? Alah, apa susah. Kedai perabot abam-abam manis Bhai kita kan ada. Sekarang Bhai dah maju okeh, dulu setakat jual karpet naik motor. Sekarang ni punya abam Bhai siap ada kedai sendiri 2 3 lot. Village people abam Faiz Dicky tak payah sesusah lagi nak cari Courts kat ceruk kampung sana, sebab dia orang dah  boleh beli bukan setakat karpet, malah perabot, sarung cadar, pasu bunga ceramic semua abam Bhai ada jual. Nak cash ke nak hutang semua boleh. Pandai kan abam Bhai ni? Dia tahu orang Malaysia ni pentingkan gaya hidup serba-serbi nak cantik dan nak menunjuk, maka semua benda dia nak jual..  Kahkahkah. Okay, maka ia juga tersenarai sebagai salah satu faktor kenapa orang nak berhutang. Tapi awas! Perbelanjaan tanpa kawalan akan membebankan kita dengan hutang.


3. UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN DAN PELABURAN.
The last one is, perkataan lain bagi menggantikan istilah hutang untuk  apa-apa sahaja tujuan adalah "pinjaman' atau "loan". Haaa, yang ini perkara biasa. Nak beli tanah, beli rumah, beli saham. Siapa kata tak ada duit tak boleh biznez? Sekarang bank dah banyak bagi kemudahan kat orang untuk pinjaman perniagaan. Tapi hati-hati taw! Dah namanya hutang, kenalah bayar balik. Part nak bayar tu ramai kurang berdisiplin dan tak ada ilmu sebab hutang yang ketiga ni adalah hutang jangka panjang sebab kita melibatkan bank. 

Risikonya adalah makin lama tempoh kita amik untuk langsaikan hutang kita, maka makin tinggi sebenarnya faedah yang kita kena bayar. Kenapa ramai antara kita pilih untuk bayar dalam tempoh jangka masa yang lama? Sebab kita cenderung untuk terima cadangan daripada pihak bank untuk membuat bayaran ansuran bulanan serendah mungkin. Falsafah dia mudah jer, lagi lama kita amik masa untuk bayar habis, maka lagi lamalah kita debebani dengan hutang sebab bayaran bukan setakat amount asal yang kita pinjam, tapi dengan faedahnya sekali. So sebelum decide nak tukar kereta baru, nak beli rumah atau tanah dan sebelum bercadang nak buat pinjaman untuk dijadikan modal perniagaan, fikir sedalam yang mungkin sebab hutang yang ini sifat dia jangka panjang. Mampukah kita untuk bayar balik? 
www.umlib.um.edu.my

Uish! Amacam? Scary kan article kat atas tu? Hutang sampai nak bunuh diri. Phewww! Sebelum aku chow, untuk sesiapa yang dah terjebak dengan masalah hutang and buntu nak cari jalan keluar, tolong jangan cari jalan singkat dengan membunuh diri atau melarikan diri yea. Banyak dah isu-isu berkaitan hutang ni, dan harap-harap kita bukan dalam statistik yang gagal menguruskan hutang ni. 

Untuk makluman lanjut pasal ilmu pengurusan kewangan ni, bolehlah singgah www.akpk.org.my . AKPK bukan setakat menawarkan pendidikan kewangan, tapi kaunseling kewangan dan pengurusan kredit pun ada. Sejak AKPK ditubuhkan, lebih 700,000 orang dah dapatkan khidmat mereka taw. So korang-korang tak payah segan silu tak bertempat okay, jemputlah rujuk website AKPK ni di www.akpk.org.my/my . 

Untuk mereka yang tercari-cari khidmat perunding motivasi dan kewangan peribadi, aku rekemenkan Khairulnahar Jamaluddin. Penulisan KJ ni memang superb! Aku dah baca buku dia, and penulisan cukup ringkas dan mudah difahami untuk orang yang bukan daripada background core Ekonomi macam aku. So boleh layari www.pemikirkaya.com untuk dapatkan e-Majalah Motivasi dan Kewangan yang pertama dalam pasara internet secara PERCUMA! Percuma weyh percuma. Dengar tu...

Well, masyarakat Malaysia kan kurang gemar membaca buku. So kita manfaatkan lah kemudahan yang tersedia untuk kita dalam dunia cyber ni. Heee! Dah, jom sahut cabaran AKPK untuk amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup! Tapi sebelum tu jangan bebuat lupa pulak, hutang tetap kena bayar okay! =D


RUJUKAN: BAJET WANG- 7 cara mengatasi masalah kekurangan wang
PENULIS BUKU: Khairulnahar Jamaluddin (Thinkerich)
TERBITAN: True Wealth Sdn Bhd



Thank you for reading. 
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera .

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...