Monday, 18 January 2016

4 ADAB BERKONGSI BILIK, SUSAHNYA NAK BUAT!

Assalamualaikum.

Hye peeps! Berkongsi bilik, tak kisah lah dengan suami isteri ke, adik-beradik ker, atau dengan orang lain kat hostel sana. Dah nama pun kongsi bilik, kita kenalah ada adab dan tatasusilanya kan. Heee~Meh akak nak share siket 4 adab berkongsi bilik dengan rumet yang nampak macam cliche tapi sumpah bukan senang kita-kita semua nak buat taw. Believe me dude! Kau tak akan perasan yang benda tu kau selalu buat sampailah hidayah tetiba datang untuk sedarkan kau. Mimihhh!


1. HORMAT PRIVACY ROOMMATE.
Hello? Tak semua orang sensitif soal privacy rumet ni okay? Yeah, kekadang aku pun terbuat macam tu. Hiks! Masa buat tak sedar kan. Lulz! Lagi-lagi bila tengah on the phone dengan member lama ke, boypreng ke. Wakakaka.. Kalau boleh cakap tu pun nak buat loud speaker sebab terlampau excited. Kita tak sedar orang yang tengok gelagat kita tu dalam hati mungkin kata kita ni macam orang pekak atau kena rasuk dengan jin sebab volum suara macam nak pecah speaker bila bercakap. Haaa..Adek-adek kakak-kakak sekalian, sedar tak sedar kita sebenarnya dah tak hormat privacy rumet tau. Siapa tahu masa tu dia tengah nak rehat ker, nak study ke. Haaa, yang kau pulak main selamber badak cakap kuat-kuat. Kan dah tak hormat orang yang share bilik dengan kita.

Well, kalau kau bukan jenis yang suka OTP pun, kadang-kadang bila kau tengok movie running man ke atau Dilwaleh ke, kau punya gelak dan meraung tu pergghh! Member yang tengah tidur pun boleh bangun rasa nak hempuk jer tengok kau buat tak kisah dia nak tidur. For boys pulak especially smokers dan vapers, agak-agak lah bro nak hembus asap pun kalau dah tahu rumet tu tak smoking. Haa, jom ubah! Kita hormat privacy rumet okay? Melainkan kalau rumet kau pun kepala masuk air macam kau, haa itu sempoi! Kahkahkah.


2. HARTA DIA HARTA KAU, HARTA KAU HARTA KAU.
Banyak lah aku dengar daripada adek-adek junior mengeluh senior-senior ni main rembat je makanan dalam locker, pinjam sabun basuh baju bawah katil tapi tak cakap, badan berpeluh-peluh ikut dan jer golek atas katil orang lain. Senang citer, baik lelaki mahupun perempuan semua lebih kurang jer. You know what, jangan jadikan habit harta rumet adalah harta kau jugak dan lagi siot bila harta kau pun harta kau sahaja. Dia tak boleh pinjam tanpa kebenaran kau. Yow! I've seen few people like this. Kekadang kita diam bukan sebab takut, tapi sebab tak nak cari gaduh kan. Hahah, tapi sama ada kita pelaku atau mangsa, tolonglah faham perasaan rumet tu okay. Cuba bayangkan rumet kau yang main rembat kunci kereta kau masa kau tengah mandi. Bila kau dah siap-siap nak keluar tengok kunci tak ada. Amacam? Menyirap tak darah bila tahu orang amik barang kita tapi tak cakap paper? Well, I just remind myself okay. Kalau terasa jangan salahkan aku tau! =P


3. KEBERSIHAN BILIK TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Untuk orang-orang yang pentingkan kebersihan bilik macam aku ni, you may know that feeling when your rumet tak jaga kebersihan bilik macam mana. Okay guys, at least kalau kau jenis manusia tak berapa nak rajin menyapu sampah pun, tapi janganlah sampai tahap nak bukak tingkap bilik pun malas. Bau hapak baju kau yang balik dari gym tu dengan aroma stoking yang tak basuh dah dua minggu tu, pergghh! Boleh terencat sel-sel otak rumet kau nak study sebab stay 1 bilik dengan kau. Lulz! Lepas tu baju kotor tu jangan lah nak main sangkut sana-sini. Sila lah kumpulkan dalam bakul baju atau baldi kalau tak sempat mana nak basuh pun. And yeah, dah nama pun kongsi bilik, buat-buat lah rajin sikit nak tolong rumet buang sampah ke gitew. Tak lah nampak sangat kau pemalas tahap apa, lagi-lagi girls. Boys memang aku tak pelik sangat lah kalau tak kisah sangat part kebersihan bilik ni. Kalau korang spesies macam ni, eloklah berubah okay. 


4. JAGA AIB ROOMMATE .
Dah nama pun rumet kan, maknanya you are sharing your room with someone else dalam suatu tempoh. Kenal ke tak belakang cerita, tapi masing-masing akan ada kelemahan dan kelebihan sendiri. So antara adab berkongsi bilik yang selalu kita lupa termasuk lah aku sendiri, yakni jaga aib rumet. Maybe your current rumet ni okay tapi bukan rumet kau sebelum ni. So when you started making comparisons and mula bercakap ketidak berkenan kau dengan beberapa tabiat rumet kau tu dulu, Done! Habis segala pahala-pahala kau bagi free kat rumet kau dulu. Phew-phew. Sedar tak sedar ramai antara kita yang selalu buat perkara macam ni sebenarnya dan orang tu termasuk jugaklah aku. Kikiki.. Kadang-kadang kita leka ceritakan keburukan orang lain,sedangkan diri sendiri pun tak perfect.

Ouh come on! Dah 2016 weyh. Sudah-sudahlah sembang pasal rumet kau yang tidur sambil garu ketiak masham dia tu. Kau kutuk-kutuk dia, tah-tah masa kau tidur kau tak sedar yang kau punya air liur mengalir habis satu bantal basah. Wakakaaa...Dah-dah, tak payah nak buat cerita kat kawan-kawan kau yang rumet kau makan maggie dalam locker lagi. Almaklumlah, takut nanti kau nampak dia tengah sedut maggie, kau pulak yang makan lebih daripada dia kan. Itu pasal rumet kau terpaksa makan dalam locker. Kahkahkah. So jom sama-sama kita jaga mulut dan stop gosip. Hahah. Tak suka? Pejamkan ajer mata buat-buat tak nampak kelaku rumet kita tu. Kita jaga aib orang, Allah tutup aib kita. Tak gitew? I talk to myself okeh! -_-!



Selamat mencuba! =D



Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera 

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...