Tuesday, 19 January 2016

5 TIPS MENGAWAL PERBELANJAAN HARIAN

Assalamualaikum.

Dengan keadaan ekonomi negara yang tak menentu sekarang ni, ada baiknya kita-kita semua merancang perbelanjaan harian kita dengan bijak dan berilmu yea. Kalau hari-hari kita merungut kos sara hidup tinggi lah, GST dan nilai mata wang jatuh, nak buat simpanan pun susah. Terus terang cakap itu langsung tidak membantu kita untuk survive okeh. Memanglah antara faktor lain kenapa kita tersepit dengan masalah kewangan ialah disebabkan ada pihak-pihak yang cuba amik kesempatan dengan menaikkan harga barang. But then kita sebagai pengguna pun kena ada ilmu berbelanja jugak.Well, aku bukanlah pakar kewangan atau wakil daripada agensi kaunseling dan pengurusan kredit AKPK untuk bagi nasihat kewangan yang power untuk korang. But yeah, apa yang aku share kali ni adalah apa yang aku implement dalam aspek mengawal perbelanjaan harian. Kononnya nak sahut seruan kerajaan lah jadi pengguna yang bijak gitew. Kahkahkah. =D

Nah promot siket KPDNKK punya program. Huhu...

1. SENARAIKAN APA YANG PERLU DIBELI.
Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa sediakan senarai semak barang yang hendak dibeli sebelum keluar membeli-belah. Mula-mula niat hati kita nak keluar shopping tu of course lah nak cari barang keperluan kan. But then bila dah sampai tempat shopping, hilang pasal barang keperluan nya sebab rambang mata. Lagi-lagi bila CNY dah dekat, boleh dikatakan hampir semua tempat ada promosi dan sales. Baik shopping complex, pasaraya, mahupun kedai-kedai biasa. Wohhoo! Bukan korang jer yang tergugat, aku ni pun rasa nak borong semua benda bila nampak sales. Wakakakaa...Cina yang raya, kita yang Melayu pulak lebih shopping nya. 

Okay, jadi untuk mengelakkan hujung bulan nanti duit habis sebab nafsu nak membeli tu melampau-lampau, boleh lah cuba langkah dengan menyediakan check list barang dulu sebelum beli. Well, aku sebelum keluar beli barang memang wajib ah ada senarai macam ni. Bukan setakat to-do-list apa perancangan aktiviti yang aku nak buat sepanjang hari jer. Nak beli barang pun aku buat list. Hiks!  Kalau tak sempat tulis pada kertas pun, at least kena senaraikan siap-siap barang yang nak dibeli tu dalam sticky notes smartphone. Haaa, bila tak buat check list tu nanti, mulalah. Asalnya nak keluar cari sabun basuh baju jer, lepas tu nampak sales terbeli pulak benda lain. Terbeli okay, terbeli..Kalau tak beli nanti rasa rugi. Tapi bila dah sampai rumah, tengok duit dalam wallet makin susut, baru sedar terbeli barang yang tak perlu. See? Dengan adanya senarai macam ni actually kita lebih fokus dan dalam masa yang sama lebih menjimatkan masa. Selain tu, kita pun dah boleh kurangkan harga parking . Tak gitew? =D


2. ASINGKAN DUIT MENGIKUT KEGUNAAN
Yes, yang ini sangat penting yea pembaca-pembaca sekalian. To make it safe, silalah asingkan duit gaji atau elaun korang tu mengikut kegunaannya sendiri. Cara mengasingkan tu terpulang pada kreativiti masing-masing.Even aku yang student ni pun dah apply teknik ni. Caranya mudah sahaja kalau ikut cara aku lah..Mimihh... >_<

1. Sediakan sampul surat dan tuliskan untuk apa duit itu digunakan dan amount duit yang diperlukan. Sebagai contoh, SAMPUL 1: BIL WIFI (RM65). SAMPUL 2: INSURANS (RM100) . SAMPUL 3: BIL TELEFON (RM100). Dan begitulah seterusnya.

2. Kemudian simpan setiap sampul tersebut di tempat yang selamat dan mudah ingat. For example, sampul PERBELANJAAN DAPUR dengan sampul DUIT MINYAK lebih elok diletakkan dalam hand bag sebab let say kalau kita letak sampul-sampul ni kat dalam almari rumah, kalau ditakdirkan hari tu kita tak rancang pun nak beli barang dapur tapi sebab kebetulan singgah, risau nanti kita terbelanja over the limit untuk barang-barang yang tak perlu. See? Nampak tak duit tu hilang ke mana? 


3. KEMAMPUAN KE KEHENDAK? ANDA PILIH!
Benda paling typical bila sebut pasal perbelanjaan adalah belanja mengikut kemampuan. Yes, KEMAMPUAN. Tapi benda inilah paling susah nak buat termasuk jugak aku. Sebab lumrah kita semua lebih mementingkan kehendak daripada keperluan. Nampak orang pakai beg PRADA, kita pun nak PRADA. Nampak SOGO ada sales, kita pun nak borong. Walhal hakikatnya duit yang kita ada tu cukup-cukup untuk survive sebulan. Tapi disebabkan terlampau mengikut kata hati dan rasa persaingan, kita ketepikan apa yang patut dan tak patut kita buat. So that's why tips 1 tadi aku sarankan buat check list dulu setiap kali sebelum keluar shopping. Untuk mengelakkan kita beli benda yang tak patut. Benda yang tak patut tu lah KEHENDAK. Hewhew!


4. CALCULATOR DAN BAJET
Dah menjadi habit aku dari dulu lagi setiap kali keluar shopping, tak kisah lah beli barang dapur ke, toiletries ke, shopping baju ke, usyar kedai buku ke. Calculator kat handphone tu memang wajib aku guna. Let say aku nak shopping barang keperluan kat Tesco, well aku dah siap-siap bajet RM150 serta senarai semak barang yang hendak dibeli. Kadang-kadang kita tak boleh jangka senarai semak yang kita buat tu cukup dengan bajet yang kita ada. So how to make sure we don't spend more than our budget? Cara aku ialah, untuk setiap barang yang aku letak dalam trolley (berdasarkan check list yang dibuat), aku akan calculate harga setiap barang dan sum up. Ini jer cara kita nak tahu either total harga kesemua barang tu di dalam bajet perbelanjaan yang kita tetapkan atau lebih. Kalau korang punya math terer silakan congak sendiri. Tapi sat lagi kalau salah kira nasib lah. Bahahaha.. So kalau kita dapati total tu dah lebih daripada bajet yang kita tetapkan, kita boleh cut cost barang mana yang kurang penting atau cari produk yang sama tapi jenama yang lain sebab lain jenama maka harganya jugak ada perbezaan. Haaa, amacam? Okay?


5. KURANGKAN MAKAN DI LUAR
Walaupun aku student, tapi kalau dikira purata jumlah belanja aku untuk breakfast (RM4), minum pagi (RM4), lunch (RM6), minum petang(RM4) dan dinner(RM7)  makan luar dan kawasan KL, boleh cecah RM25 sehari tau! Itu baru belanja makan sehari yea adek-adek semua sebab hakak kau ni ada gastrik? Tak termasuk hakak kau ni demand nak beli air kotak lah, nak topup lah, nak tuang minyak lah. Nampak orang jual shawl pun nak beli. See? Student pun belanja mengalahkan menteri. Haaaa.. Jadi kalau korang dah tetapkan bajet nak makan cuma RM15 sehari untuk 5 servings, jangan risau! Hakak dah berjaya lakukannya! Phew! Caranya adalah, untuk makan pagi aku akan beli 1 pack besar minuman instant (around RM12) dan Apollo layer cake (around RM8)  sebagai stok untuk 2 minggu. So total 2 barang ni dalam RM20. Kalau bahagikan selama 14 hari? Sehari breakfast aku around RM1.43 sahaja. Amacam?? Baki daripada RM15 sekarang dah jadi RM13.57. Lepas tu pandai-pandai kau lah nak bahagikan duit tu untuk lunch dengan dinner. Hahaaaa...

KESIMPULAN
So sebagai kesimpulannya, nak kawal perbelanjaan harian ni banyak caranya dan apa yang aku share kat sini adalah sebahagian sahaja sebagai permulaan untuk bukak minda-minda korang. Kalau korang rajin bolehlah cari buku-buku pasal pengurusan kewangan atau update isu-isu semasa dalam akhbar yang berkaitan. Zaman serba-serbi canggih ni apa kata kita singgah portal-portal rasmi macam www.kpdnkk.gov.my untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan hak-hak pengguna, barang-barang kawalan, pendidikan kepenggunaan dan sebagainya. 

Haaa, adeq-adeq! Tak salah nak hidup bergaya dan cantik, tapi dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil masa ni adalah elok kalau kita kurangkan belanja dan dalam masa yang sama boleh kurangkan hutang. Bila perbelanjaan kita terkawal, maka kita jugak boleh menyimpan untuk masa depan. Although I'm too young to talk about financial management, tapi apa salahnya sharing apa yang aku baca dan implement dengan korang-korang kan? Heeee. Apa-apa pun, selamat mencuba!




Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera .

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...