Posts

Showing posts from February, 2016

BERCINTA JARAK JAUH? APAKAH HIKMAH DI SEBALIKNYA?

Assalamualaikum.

Tak ramai daripada kita baik lelaki atau pempuan yang boleh terima Long Distance Relationship (LDR) ni. Kau hengat senang nak setia dan percaya pada pasangan ni bila dah berjauhan? Macam-macam dugaan akan datang. Trust me readers! Tak kau digoda, kau yang akan tergoda. Muahahahaaaa....
Tak dinafikanlah kalau yang mana tengah LDR ni, confirm insecurity tu membukit dalam hati. Entah pasangan kita tu setia ke tidak, entah pasangan kita tu sihat ke tidak, apa yang pasangan kita tu tengah buat. Haaa, kalau jenis dapat pasangan yang sifat kepunyaan dia tinggi, memang 24jam lah korang kena update kat si dia tengah buat apa, kat mana dan dengan siapa. Siap kena hantar location dan gambar sebagai bukti. Yes, ini antara cabaran LDR. Kepercayaan pada pasangan tu menghantui diri, lagi-lagi bila kita pernah ada pengalaman teruk kena game atau kena tipu dengan someone dulu-dulu. Nak percaya orang balik sangat susah, tapi dalam hati sibuk nak ada BAE jugak bila tengok orang lain ada…