Tuesday, 23 February 2016

BERCINTA JARAK JAUH? APAKAH HIKMAH DI SEBALIKNYA?

Assalamualaikum.

Tak ramai daripada kita baik lelaki atau pempuan yang boleh terima Long Distance Relationship (LDR) ni. Kau hengat senang nak setia dan percaya pada pasangan ni bila dah berjauhan? Macam-macam dugaan akan datang. Trust me readers! Tak kau digoda, kau yang akan tergoda. Muahahahaaaa....

Tak dinafikanlah kalau yang mana tengah LDR ni, confirm insecurity tu membukit dalam hati. Entah pasangan kita tu setia ke tidak, entah pasangan kita tu sihat ke tidak, apa yang pasangan kita tu tengah buat. Haaa, kalau jenis dapat pasangan yang sifat kepunyaan dia tinggi, memang 24jam lah korang kena update kat si dia tengah buat apa, kat mana dan dengan siapa. Siap kena hantar location dan gambar sebagai bukti. Yes, ini antara cabaran LDR. Kepercayaan pada pasangan tu menghantui diri, lagi-lagi bila kita pernah ada pengalaman teruk kena game atau kena tipu dengan someone dulu-dulu. Nak percaya orang balik sangat susah, tapi dalam hati sibuk nak ada BAE jugak bila tengok orang lain ada gf/bf. Sengal. =D

Dengar sini wahai readers sekalian! Kalau jodoh kita dengan pasangan tu kuat, percayalah walau dugaan apa sekalipun yang datang kita akan kurang terkesan. Bercinta jarak jauh ni kalau kita tengok daripada sudut positifnya, banyak hikmah atau kelebihan kalau nak diikutkan. Jealous tengok kawan-kawan keluar dating tiap-tiap weekend? Hello, kalau selalu jumpa pun tak elok jugak okay. Lagi-lagi adik-adik yang tengah sekolah ni. Buang masa dan buang duit jer keluar dating. Kalau dah bekerjaya pun asyik dating hari-hari percayalah, hujung-hujung bulan confirm orang tu sengkek mengeluh duit tak cukup. So jom celikkan minda korang yang sempit tu dengan hikmah LDR ni yang mungkin boleh memotivasikan mereka-mereka yang down dengan LDR.

1. LEBIH BANYAK MASA BOLEH DILUANGKAN UNTUK DIRI SENDIRI & ORANG LAIN.

Cuba bayangkan kalau pasangan kita tu dekat dengan kita. Siang malam kita rasa nak jumpa. Makan nak sama, jogging nak sama, pergi sekolah nak sama, pergi kerja nak sama, shopping nak sama. Senang cerita macam belangkas. Pernah kan jumpa situasi macam ni? Macam dalam dunia ni hidup dia orang tak ada kawan, parents, family dan orang lain. Orite dulu zaman muda-muda pun aku macam gitu jugak. Sebab aku dah lalui tu lah aku share. Yang dah kawen tu belakang citer. Ni yang baru couple-couple ni. Macam tak ada life you know semua benda nak share dengan partner. Lagi parah bila partner tu tak bagi kita lepak dengan kawan-kawan baik kita. See? Belum apa-apa dah kena kongkong. So bersyukurlah korang yang tengah LDR tu boleh luangkan masa untuk diri sendiri, parents dan kawan-kawan. Hidup ni bukan untuk bercinta jer der! Study, kerjaya, ibadat pun nak kena bagi perhatian jugak.Sekali sekala jumpa BAE untuk lepaskan rindu tu kan lagi nikmat dan valuable daripada siang malam hari-hari asyik berdua jer.

2. KEMATANGAN PASANGAN TERUJI.

What i mean by kematangan is bila berjauhan ni, kita akan belajar banyak benda sebenarnya. Erti kesabaran, erti kesetiaan, erti kejujuran. Macam mana nak handle perasaan kita bila rindu tu datang, sedih tu datang, marah tu datang terutama melibatkan pasangan.. Anger management, stress management, self management ni tak semua orang pandai handle. That's why as for me aku rasa LDR ni lebih mematangkan seseorang. Kalau sikit-sikit dah gaduh, dah clash. See? Ada hati nak bina masjid till jannah gitew? Tepuk dada tanya hati yea adik-adik.

3. KALAU DAH JODOH, TAK KE MANA.

Yes, kalau dah jodoh tak ke mana. Bila partner kita jauh, kita risau tak ada sape nak jagakan si dia. So, berdoalah. Mintak tuhan jagakan dia. Bila kita letak pengharapan yang tinggi kepada tuhan, percayalah hubungan tu lebih terjaga. Well, i'm telling you this based on my personal experiences okay. Aku dah banyak kali gagal bercinta, and guess what! The best lesson i got is, to trust your jodoh. Kalau short distance relationship pun hari-hari jumpa hari-hari OTP, kalau dia bukan jodoh kita. Hahaaa, expectation dan keyakinan kau pada statement "tak ada siapa yang akan pisahkan kita" tu lah yang buatkan kau rasa kecewa putus cinta tu sampai dah tak nak hidup kat dunia ni. See? LDR ni banyak hikmahnya. Even kalau kau putus tak ada jodoh pun, tendency kau nak berjumpa dengan ex kau tu dah kurang. Kita senang nak move on dan segala memori indah yang pernah korang buat sebelum ni tak menghantui diri sangat kan.


To sum up everything, basically dalam Long Distance Relationship ni kalau nak jaga mudah jer. Sentiasa berdoa, percaya pada jodoh, setia, bertolak ansur atau give & take dan buat dia rasa awak ada. Yes, nampak mudah. Tapi nak buat pun aku kadang rasa nak give up jugak. Orite, so kalau nak ikut logik akal tu memang banyak lagilah kelebihan bercinta jarak jauh ni. cuma yang aku point out kali ni adalah sebagai permulaan kepada mereka yang ragu-ragu dengan percintaan jarak jauh ataupun jealous tengok kawan-kawan yang partner dia stay dekat-dekat. Selain perkara-perkara terlarang dapat kita elakkan, kita jugak boleh fokus pada future kita. Which might be our education, career, lifestyle dan lain-lain. However at the same time, do appreciate he or she that sincerely loves you okay? =D




Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera


No comments:

Post a Comment

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...