Tuesday, 22 March 2016

ESCAPISM WITH BFF AT ECO MAJESTIC SEMENYIH 2016

Assalamualaikum.

Okay hye! Lama tak update blog, so entry kali ni just nak throwback siket. Guest what? Hari tu BF aku bawak jenjalan kat Eco Majestic Park. Tak lah jauh mana untuk aku yang stay kat Serdang ni kan, Semenyih tu jer.. Rempit dalam 30minit dah sampai. Phew..Phew! Like seriously dalam banyak-banyak tempat aku jimba dengan dia, rasanya kat Eco Majestic Park ni lah paling best. Masuk dah lah percuma, then dalam tu dah allocate siap-siap negara-negara yang bakal kita travel sepanjang perjalanan dalam park tu. 

Haaa, untuk orang yang tak pernah travel ke luar negara macam aku ni memang excited nya tak boleh nak gambarkan macam mana. Lagi-lagi bila acah-acah travel tu dengan BFF sendiri. Melayan kepala masuk air macam aku ni jap nak guling atas rumput lah bergambar, jap nak nyorok dalam rimbunan bunga matahari lah, hah. She's the best person yang boleh ajak buat kerja tak malu macam tu. =D


MAIN ENTRANCE

lurvealoevera.blogspot.com

Haaaa, sebelum masuk nak amik-amik gambar tu, kena masuk sini dulu untuk registration. Kaunter dia bukak banyak jugaklah and pengunjung yang datang masa tu ramai jangan cakap. Nak-nak masa aku gi tu 2 hari sebelum last day. Mana tak ramainya, hari tu Sabtu so mesti parents atau lovers akan datang sini untuk beriadah kan. Free pulak tu. =D

lurvealoevera.blogspot.com

Caaaa... Caaaa! Kami dah daftar dan dapat tag untuk masuk. Kena pakai tau tag ni sebab sebelum masuk park tu nanti akan ada orang yang check pergelangan tangan kita. Kalau tak buat malu jer pakai lelawa tapi kena halau keluar dengan guard. Muahehehe....

lurvealoevera.blogspot.com

Weeeee! Inilah benda pertama yang weolls jumpa masa masuk dalam park tu. Kan aku dah kata tadi kat sini macam-macam tempat boleh travel tanpa perlu naik flight. Kahkahkah... So signboard ni dah nyatakan yang percutian kami akan ke London, Shanghai, Paris dan Amsterdam . Actually nama jer tempat pertama yang kami jumpa, tapi gambar ni adalah the last picture we took sebab nak gili-gilir tunggu orang amik gambar baru nak tiba turn aku. Fuhh! Baik aku tak yah buang masa pi jenjalan dulu. Sebelum keluar tu mintak lah tolong sorang brother ni amikkan gambar, and too bad... Dia tak tap kat screen phone aku before snap. Tu yang hasilnya lighting tak berapa nak cun, tambah pulak time tu awan dah start mendung. 


LONDON

So, our first destination was London. London ni macam biasa lah, banyak monumen-monumen Inggeris alar-alar Frozen Let It Go bebudak kecik selalu nyanyi tu. Cuma aku rasa tak cukup real lah sebab dia tak letak snow, ahli sihir terbang-terbang macam dalam citer Harry Potter tu untuk kasi nampak lagi real gitew. Lol! 

lurvealoevera.blogspot.com


lurvealoevera.blogspot.com


Ececeh! Sweet tak bergambar atas buaian dengan BFF? Sape bawang merah sape bawang putih entah. =D So kat dalam menara tu adalah dalam 4 buah buaian untuk orang bergambar. Bila duduk jer situ dah rasa macam alar-alar princess sebab surrounding dia alar-alar garden gitew.
lurvealoevera.blogspot.com
Ni acah-acah rajin bukak buku nota depan rumah idaman. Yang uncle kat belakang tu arkitek aku lah kononnya. Kakahkahkah...Verangan jap ada white house sendiri. =P

lurvealoevera.blogspot.com

Dalam gambar ni jer kau tengok kami duduk camni... Gambar-gambar lain siap berguling-guling atas rumput. Pastu tetiba pandang kiri kanan orang lain pulak ikut perangai masuk air kita orang. Kahkahkah.. Mat salleh boleh lah sidai lelama kat tempat panas ni. Kalau kita Malaysian ni, 10 minit amik gambar tu pun dah cair make up. Sengal!

lurvealoevera.blogspot.com
Antara paling aku suka ialah pondok telefon ni lah. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu tengok citer Harry Potter masuk kementerian guna pondok telefon as lift. Haaahaaa. Apa-apa pun merasa lah aku masuk royal public phone ni walaupun fake kan. =P



PARIS

lurvealoevera.blogspot.com
Next, kami ke Paris dulu sebab Shang Hai crowded nya nak berenafas pun tak boleh. Haaa, amacam? Ni bukan basikal milik Dato' Vida Qu Puteh yea even though warna dia pinky gini. Heaaa, nasib baiklah pihak penganjur ni ada akal pi pasak basikal ni supaya tak bergerak. Kalau tak, masa tu bukan lagi setakat bergambar. Mungkin aku dah kayuh seluruh park tu dengan basikal pink ni sebab malas nak berjalan kaki. Kikiki... Masa nak bergambar kat basikal ni pun orang beratur amik turn ramai giler. Semua duk pandang kita sampaikan nak possing lebih-lebih pun segan. Eceh! Dia orang pandang aku ke pandang basikal sebenarnya? =P

lurvealoevera.blogspot.com
Dah sampai Paris tak sah lah kan tak bergambar kat Eifell Tower ni... Haaa, kau nampak orang crowded macam mana? Siap ada masa tu sorang lady ni pakainya dah cantik alar-alar princess pastu yang lagi selamber bila dia golek atas tanah semata-mata nak amik gambar kawan dia kat tower ni. Teknik photography apakah itu aku pulak curious. =O

lurvealoevera.blogspot.com

Disebabkan rimbunan bunga tulip ramai orang, maka amik jelah gambar posing macam ni kat grass 
field ni. 

lurvealoevera.blogspot.com



 AMSTERDAM

lurvealoevera.blogspot.com
Dah sampai Amsterdam tak sah lah kan tak bergambar kat kincir aingin ni? Haaa, cantik sangat view dia kat tepi tasik macam ni. Ni pun bukan hak milik Qu Puteh yea walaupun dia jugak sama seperti basikal tadi berwarna pink. Kikiki..... 

lurvealoevera.blogspot.com
Disebabkan keliling kincir ni ramai orang, terpaksa lah kami berdua gilir-gilir amik gambar kat path ni jer. Acah-acah macam candid pulak. Hahaaa. Kat sini dah start panas terik. So memang tak boleh lelama.

lurvealoevera.blogspot.com
Okay, yang ini dah on the way nak ke Shang Hai, our last destination. Panas terik dahaga penatnya jangan cakap, kurang semangat nak bergambar. Dah lah setiap inci tempat cantik ramai orang berkumpul. Sekali imbas nampak macam kat floria Putrajaya .

lurvealoevera.blogspot.com
Kat sini sunflower dia rimbun sangat. Actually pengunjung tak dibenarkan bergambar kat dalam rimbunan bungan matahari ni, sebab nanti kena halau. Tapi species degil macam kami ni, agak-agak line clear sebelah bunga matahari pun nak bergambar kan. Hikhikhik...


SHANG HAI

lurvealoevera.blogspot.com

Actually in Shang Hai korang akan nampak ada satu jambatan ni penuh dengan love lock. Well, siapa yang rajin tengok citer Korea dia tahu lah love lock tu natang apa. Kah! Since seluruh jambatan tu dah crowded dengan mangga cinta tu, so kami tak singgah lelama lah kat situ. Dah lah panas kan. Phew-phew. Besides love lock bridge tu, kat Shang Hai ni korang akan nampak obviously lah dengan tanglung bergayut sana sini. And akan ada lah pondok-pondok yang reka bentuk dia nak melambangkan negara China. 

But too bad, kat sini pengunjung damn crowded. Aku teringin giler nak bergambar kat meja teh dengan beca (aku pun tak sure tu beca atau tandu) macam zaman gundik-gundik Maharaja China tu dulu, tapi mengenangkan kami pun dah haus dan penat berjalan dengan cuaca nya yang damn hot, terpaksalah batalkan niat untuk verangan duk atas tandu tu. So I ended up mampu bergambar dengan tanglung ni ajelah. Zzzzzz... Such a waste rasa tak dapat nak posing kat Shang Hai lelama.

lurvealoevera.blogspot.com

Dah penat berjalan, kengkonon nak hiruplah secawan Latte kan. BFF aku pun gigihlah beratur gi beli. Alih-alih dengan cup macam air teh o ais pasar malam tu jer, dah lah cup tak ada sticker kedai, tut-tut RM10 secawan. Dahaga punya pasal beli jugaklah air ni. GGggrrrr! Sabar jelah. =="


lurvealoevera.blogspot.com
So the story ends here. Dear BFF, terima kasih lah sebab sangup layan kerenah aku yang suka amik gambar, guling sana, posing sini. Kalau orang lain lama dah buat muka annoying kat aku. Dia jelah dulu, kini dan selamanya yang tahan. Cia..Cia..Ciaa... May our friendship last till jannah okay. Dah kawen jangan pinggirkan aku sudah lah. Kikikiki......



Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...