Monday, 28 March 2016

LUAHAN PERASAAN

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah jarang sangat nak update blog. Idea tu kekadang datang mencurah-curah rasanya, tapi macam-macam halangan pulak yang muncul. Hari tu konon susah nak update sebab laptop aku hang lah, wifi tak dapat connect lah. Pastu dah masuk semester baru, alasan lain pulak dicipta. Kuliah pack lah, assignment bertimbun-timbun, kerja lagi, komitmen kat soulmate lagi. Ececeh.

To be honest, aku mula-mula blogging ni dulu bukan sebab nak nama ke apa. Cuma sebab lecturer aku demand suruh student dia create website sebagai salah satu tugasan wajib untuk markah final exam. So at that moment pernah lah dia mention, kalau you all nak lebih advance dan mudah faham pasal website ni, kena explore benda baru. Contohnya ialah create satu account blog. Since aku ni mahasiswi yang cemerlang, cewwaaah. So dengan gigihnya aku explore benda alah blog ni. Aku sorang je lah yang ikut suggestion lecturer aku tu. Course mates aku yang lain tak buat pun. Cis! Dah habis semester tu baru aku tahu. 

Bila ingat balik mula-mula aku start blogging tu, alahai.. Rasanya pandai lagi bebudak high school update status kat Facebook. Lame giler. Penulisan pun entah apa-apa. Dan masa tu langsung tak berani nak curahkan idea. Takut orang kritik pun ada, takut orang mengata pun ada. So blog pertama yang jadi rujukan aku masa tu ialah blog Fatin Liyana. Dari awal entry dia sampai dia pregnant masa ni aku follow. So daripada penulisan dia lah aku rasa terinspirasi nak mencurah pendapat aku even kengkadang nampak cam cliche . Lol.

Lepas tu slow-slow aku explore pasal dunia blogging ni. Masa tu lah aku dah mula ada hobi baru, which is blog walking. Jadi melalui blog walking ni lah aku cari idea nak share entry apa. Pernah lah masa aku semester 3 bertanding untuk kerusi umum Majlis Perwakilan Pelajar UPM. So masa minggu berkempen tu, aku up lah menifesto pencapaian segala benda kat blog. Nampak macam poyo jer masa tu. Pastu confident jer share kat group-group facebook kononnya nak meraih undi. Haaa, apa lagi. Mantan-mantan MPP semua bash aku lah reramai kat ruangan comment. First time aku mental breakdown sepanjang involve dalam dunia blog ni. Lama jugak aku stop menulis. Fortunately ada senior aku ni bagi semangat dan pandangan yang membina tentang blog aku. Sejak hari tu aku lagi bertambah berani nak update blog tanpa pedulikan apa orang nak kata. Cewaaah!

 Aku create blog masa semester 1 buat degree. Dan sekarang dah masuk semester 6. Kejap jer masa berlalu. Bila tengok balik entry-entry yang aku pernah tulis, jarang aku share luahan perasaan atau penulisan alar-alar diary of the day gitew. Rasa nak share tu ada, tapi bila fikir balik macam tak bagi manfaat jer kat orang lain. Ceh! Ajet-ajet cam followers juta-juta jer. kahkahkah...

Hari ni terdetik rasa nak buat entry luahan perasaan. Stress mungkin? Dengan kuliah yang pack, assignment bersusun-susun, Final Year Project lagi, jadi kaunselor pelatih kat klinik Cure and Care dengan penagih dadah, nak cari klien untuk kaunseling kerjaya dan kaunseling kelompok, test dan exam, seminggu 3 kali mengajar Bahasa Mandarin private lagi, nak follow up sesi kaunseling kelompok dengan moderator lagi. Itu tak termasuk komitmen pada family, bff, soulmate and my pet. Kalau check planner aku, tak ada hari yang kosong tanpa aktiviti. Exhausted. Kadang penat sangat sampai balik jer kolej hari-hari menangis diam-diam. Hahaaa, diam-diamlah nanti room mate dengar terkejut pulak tengok aku nangis tiba-tiba kan. Kikiki.. Acah-acah iron woman gitew. =P

Sejak-sejak sibuk dengan study dan kerja part time ni, aku dapat rasa circle of life aku makin hari makin mengecil. Facebook pun update kalau ada entry baru jer kat blog. Nak reply whatsaap kawan-kawan lama pun tak sempat. Nak tanya kabar cikgu-cikgu kat sekolah lama pun tak tercuri masanya. Banyak jer keluhan yang aku dapat mengatakan aku ni selfish, sombong atau anti social sebab aku selalu reject invitation kengkawan ajak untuk keluar hangout lepak2 dan termasuklah family sendiri suruh balik rumah terpaksa bagi alasan yang sama iaitu busy. Hari demi hari, berlalu tanpa aku sedar. How I wish there's someone who can understand me and ask me "how's your day......." *sigh =(

Sesudah solat subuh, mengaji, breakfast, kemas bilik, terus rushing redah jammed ke kuliah dan amali. Ada gap sejam dua pun terkejar-kejar pergi lunch, refill minyak, solat. Then sambung kuliah. Petang pulak buat sesi kaunseling dengan moderator, penagih, student. Nak bayar wifi, service motor, bayar insurance, speed reading, buat assignment pun terkejar-kejar. 5 hari berlalu macam tu. Sabtu pulak rutinnya dari pagi sampai malam sibuk dengan kerjaya sampingan aku sebagai Mandarin Tutor. nak buat modul Bahasa Mandarin lagi, cari alat bantu mengajar, then rushing ke teaching location. Ahad lah baru nak hadap assingment, draft klien, planner, cari idea untuk FYP, call parent tanya kabar, reply mesej-mesej tergendala, update group whatsapp, teman soulmate and bff keluar semua. 

Kadang rasa banyak sangat komitmen kena pegang. Komitmen sebagai hamba Dia, sebagai anak, sebagai student universiti, sebagai kaunselor pelatih, sebagai Mandarin Tutor, sebagai blogger, sebagai soulmate dan sebagai kawan. Skop yang luas untuk diberi perhatian sampai terlepas pandang banyak benda. Bila badan terlampau penat dan banyak benda dipendam, i ended up blackout last two weeks ago. Sabtu balik Pahang visit family, Isnin balik KL semula. Selasa keluar kolej 8am dan balik 11.30pm . The next morning aku jatuh sakit. Seminggu aku demam, selsesa, sakit tekak, batuk, dehydration, dan 3 hari berturut-turut kena asthma attacked. Sampai jer pusat kesihatan doktor bagi oxygen. 

I promised myself lepas ni nak jaga makan, minum dan tidur dengan baik. Stress management, conflict management, self management semua nak improve. Sejak sakit tu aku banyak curi masa untuk diri sendiri rehat, bersenam, bergaul sengan orang-orang yang positif, buat hobi aku, banyakkan speed reading supaya aku still on the path. As for me, kalau aku penat sangat i tend to become demotivated and macam-macam conflict muncul. Konflik identiti, konflik lifestyle, konflik peranan, konflik hati. Alhamdulillah so far i can manage them well.

Dah 3rd year pun buat degree. Sekarang umur pun dah 22. Ujian dan komitmen aku ni tak lah seberat mana jika nak dibandingkan orang lain kat luar sana yang dah berkerjaya, berumah tangga dan berkeluarga. Ceh! Dah kenapa emosional lebih hari ni? Toddles.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...