Monday, 13 June 2016

3 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN UNTUK ORANG YANG STUDY LAST MINIT

Assalamualaikum.

Hi. Entry kali ni bukanlah nak bagitahu satu dunia betapa berkesannya kaedah yang aku guna untuk persediaan mana-mana exam. Tak pernah 4 flat pun. Cuma nak sharing siket untuk mereka-mereka yang dah buntu tak tahu kaedah apa lagi nak guna untuk study kan. Daripada korang stress-stress fikir kesudahan yang belum pasti tu, baiklah tukar gaya belajar korang tu. So meh aku share 3 tips yang sememangnya dari zaman sekolah rendah sampailah buat degree ni tak pernah aku tak apply. And alhamdulillah, result aku dapat pun tak lah corot mana. Cukuplah untuk korang nak cari inspirasi apa nak goreng masa nak jawab paper tu nanti. Especially part subjektif (esei) tu lah. Cia...cia..cia...


TIPS PERTAMA: SPEED READING
google
Kalau kau jenis macam aku yang seminggu lagi nak exam baru menggigil nak pinjam nota kawan nak cari semua buku, haaa...Elok baca apa aku nak tulis ni. Ni aku nak pesan. Kalau kau jenis yang suka sangat membaca, mata tu boleh tahan 5 6 jam duk membaca buku sahaja, silakan tak ada masalah. Tapi tips ni untuk mereka yang pantang bukak buku jer mata dah nak terpejam. Baru selak satu page, menguap dia mengalahkan unta kat padang pasir sana tengah lalok. So aku suggest spesies macam korang ni untuk amalkan speed reading. Pernah ada orang tanya, apa itu speed reading? Bila masa nak buat? Apa faedah yang kita dapat? Baiklah. Jom aku jawab satu satu.

Speed Reading tu macam mana?

Speed reading ni adalah satu teknik membaca dengan pantas. Maksudnya kalau kau bercita-cita nak khatam satu buku teks tapi tak ada kekuatan untuk duduk dan telaah 7 8 jam lamanya, speed reading ni sangat-sangat membantu. Apa korang perlu buat adalah, sebelum kita start membaca tu, kita tengok dulu bahagian KANDUNGAN/ INDEKS. Kemudian, tengok mana topik yang korang spot atau ramal akan keluar time exam. Since kita fokus untuk soalan subjektif yakni esei kan, korang carilah mana topik yang macam banyak benda boleh goreng. Benda ni iolls tak suggest untuk semua subjek lah. Let say kalau korang tengah study subjek yang konten dia ringan siket, memang seronok lah buat cara macam ni. Tapi kalau korang tengah study subjek-subjek heavy like accounting, economy, management, science and so fort, yang tu memang korang kena mula baca dari awal bab. Sebab each topic tu saling berkait. If you miss one chapter, you'll miss the next either. So nak apply kaedah speed reading ni boleh. Tapi kena mula 2 3 minggu lebih awal daripada member-member lain. Meaning, kau masih menggunakan teknik yang sama yakni spot bab yang ada probability untuk keluar soalan esei tersebut, tetapi tips tambahannya adalah mulakan awal for those yang amik heavy course. 

Bila masa nak buat speed reading ni? Asal selak buku jer ngantuk. 

Haa, speed reading tak bermaksud kau kena duduk tegak dengan pen atas telinga sambil buat muka macam nak menahan sembelit sebab cuba hadam apa yang kau baca. Speed reading ni boleh buat kat mana-mana jer. Syarat tambahan dia pulak mana-mana kau pergi silalah spare nota atau buku dalam beg. Leceh kan? Tak leceh kalau kau spesis macam aku yang pergi mana-mana mesti ada habit nak bawak buku sekali. Tak payah tebal-tebal pun. Boleh mulakan dengan buku peberet kau yang paling nipis kalau ada. So bila masa nak membaca? 

Haa, time kau dah semput nak jalan usyar instant shawl kat jalan TAR ke, time kau sibuk merungut bas tak sampai-sampai ker, time kau frust check handphone BAE kau tak jugak whatsaap tu. Eloklah habiskan masa tu dengan speed reading since exam dah dekat kan? Muahahaha. Sesiapa yang kenal aku memang dia paham sangat aku ni sampai menunggu order makanan pun sempat lagi belek buku. Tapi aku bukanlah jenis berlagak duk carry buku kileer-killer ni nak baca kat public. Aku lagi suka speed reading bahan bacaan yang selain akademik except novels. I don't read novels yeah? hahaaa.

Apa faedah kita dapat? Entah-entah nak menunjuk jer dia rajin membaca kat orang. Budak nerd!

Okay, mulut puaka macam ni kau jangan layan. Kalau awal-awal tak biasa buat memang kau rasa awkward gila vavi. But then percaya lah, slowly kau akan enjoy speed reading ni sebab bila at the end nak exam kau dah tak kelam kabut nak revise semua benda termasuk apa yang ditulis pada belakang kulit buku. Kahkahkah. Kata orang, siket-siket lama-lama jadi bukit kan? Amboi, kalau sebut duit pandai sangat guna peribahasa ni. Habis kalau nak menuntut ilmu? Sama jer konsep dia. Speed reading ni bukan bermakna semua benda yang ditulis tu kau kena baca. Fokus mana yang penting-penting jer. Nak mahir skill ni kena selalu amal okay?


TIPS KEDUA: TUTORIAL / LATIH TUBI

Google

Masa zaman sekolah kita familiar dengan latih tubi kan? Gigih kau siapkan latih tubi / exercise cikgu bagi sebab takut kena berdiri kat atas kerusi kalau tak siap kerja. Haa, standard lah. Aku masa tingkatan 5 pun bersaksikan classmate dengan muka tak malu kena rotan lagi dengan cikgu sebab tak buat latihan Fizik. kahkahkah. =D Nampak macam remeh jer kan? Tapi percaya lah, agak-agak kalau kau rasa time tu kau dah tak boleh nak hadam apa kau baca, eloklah kau tukar gaya study tu kepada buat tutorial atau latih tubi. 

Cara dia senang je. Kalau ada soalan-soalan pengukuhan kat hujung bab, itu dah mudah. Tinggal salin balik dan jawab jer. Tapi kalau kau tengok dari muka pertama sampai muka surat 40 tak juga timbul sebarang soalan, maka bolehlah masa ni kau berlagak siket macam pensayarah atau lembaga peperiksaan dunia di mana time ni kau guballah sendiri soalan yang kau rasa logik nak bagi markah berdasarkan apa yang ditulis dalam buku kau baca tu. Kalau nak mudah, bolehlah pinjam lecture note member kau (sebab kau ni jenis manusia yang esok nak exam hari ni pun belum tentu ada nota) kemudian pada objektif pembelajaran tu dah boleh create soalan sendiri. Mudah kan? 

Yes, aku apply benda ni dari zaman nak PMR dulu. Bila kau create soalan sendiri, kau senang nak cari jawapan dalam buku tu. So pada hari kejadian nak exam tu, soalan yang kau dapat masa exam tu boleh dikatakan hampir sama jer maksud soalan yang kau pernah bina dulu. Tapi disebabkan yang buat soalan tu lagi bijak dari kau, of course dia akan bagi ayat-ayat yang canggih siket. Tricks jer tu. Nak dijadikan cerita, sampai aku buat degree ni pun every semester aku duk buat benda yang sama. Bukak lecture note atau buku-buku yang ada kaitan dengan subjek berkenaan, mulalah berlagak macam lecturer gubal soalan-soalan dan jawab sendiri. luls! Tips ni elok untuk mereka yang nak buat Maths, Kimia, Fizik dan subjek-subjek lain yang melibatkan formula dan pengiraan. 


TIPS KETIGA: GROUP DISCUSSION - BUANG MASA ATAU MENJIMATKAN MASA?
Google

Ada orang cakap nak study lebih berkesan last-last minit ni kena study group. Lagi mudah faham sebab peer teaching kan? Tapi kalau korang fikir balik, study group ni menjimatkan masa ke buang masa sebenarnya? Kenapa aku cakap buang masa? Sebab masa kau akan terbuang gara-gara kena tunggu member kau yang bersiap nak ke study group tu macam nak ke AJL, Kemudian ada pulak yang jenis selalu makan semut ni kita explain 20 kali pun dia tak jugak faham-faham. Lagi best bila yang datang ni dengan 'tin kosong' yang mengharapkan dengan usaha dia datang study group tu semua member boleh bagi dari kuliah pertama sampai terakhir. Dah tu kalau 3 hari lagi nak exam dan kau ada 12 bab nak cover, and each session nak tunggu kawan-kawan semua pun dah makan masa 3 4 jam, agak-agak berapa topik jer boleh cover? Betul? 

So terpulang pada pilihan masing-masing. Kalau sebelum buat discussion dah tetapkan syarat di mana setiap orang wajib punctual, wajib buat revision terlebih dahulu, then it's good. Tapi kalau ada lipas-lipas yang tak jugak paham bahasa nak tunjuk effort dan commitment tu kau nak handle macam mana? Boleh jadi gaduh ni kalau kau suka-suka kick dia daripada group member. So fikir sendiri, jangan nak please orang lain sampai kau jadi mangsa. Kalau rasa diri tu lebih selesa study sendiri, abaikan apa orang nak kata.

Kesimpulan...
Apa aku cuba sampaikan kat sini bukanlah nak hasut korang jadi selfish meninggalkan mereka yang jauh ketinggalan tu. Tips ni hanya cadangan untuk mereka yang jenis study last minute supaya lebih efektif gitew. Kita kena ada priority kita juga, Siapa yang kita cuba tak nak hampakan sebenarnya? Kawan-kawan yang duk kutuk kita gi mana-mana bawak buku kononnya nak speed reading atau diri sendiri yang tahu harapan mak ayah lagi besar daripada ejekan tikus-tikus tu? Tepuk dada tanya iman bang. =D

MOGA BERMANFAAT 


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...