Wednesday, 31 August 2016

CREAM CRACKER SAPU KAYA

Assalamualaikum.

Hi. Cuti 3 bulan kat rumah banyak sangat masa terluang. Untuk orang yang suka makan macam aku ni, kalau boleh setiap masa mulut tu nak mengunyah. Sebab tu semenjak aku balik cuti ni kabinet dapur tu mesti penuh jer stok-stok makanan bapak aku standby. Lagi-lagi biskut kering. Mana tidaknya, asal aku nampak biskut Merry kang aku mula dah kacau kek batik kat dapur. Asal nampak biskut cream cracker kang , haa...Tu dia. Aku mulalah sapu kaya sapu jem buah sapu susu segala. Like seriously, makan biskut cream cracker sapu macam-macam ni, makan 10 keping pun boleh tak sedar. Lagi sedap daripada makan roti bakar sapu kaya. Tak percaya boleh cuba.


Daripada zaman aku sekolah rendah sampai dah nak habis degree ni tak pernah menolak kalau cream cracker sapu kaya. Dulu aku ingatkan aku sorang jer perangai pelik macam ni. Nak kata tak ada makanan, dalam fridge tu berlambak stok-stok makanan frozen mama aku simpan. Sosej, tempura, fries, keropok lekor semua ada. Tapi biskut sapu kaya ni jugak yang aku cari. Rupanya bila aku tenya kengkawan lain, eh? Semua kata sedap and makanan paling lagend zaman kanak-kanak. Wah, ternyata aku bukanlah seorang alien yang mulutnya tak reti duduk diam sampaikan biskut sapu kaya pun nak sebat. Haahaa. Siapa suka makan cream cracker sapu kaya, susu atau jam? Mesti korang tengah sengih sambil baca entry aku ni kan. Kikiki. =P


Kalau aku tak berapa rajin nak buat breakfast pepagi, haaa. Memang aku cari biskut dengan kaya dulu lah. Dan kaya atau susu atau jam tu pulak aku suka yang sejuk-sejuk simpan dalam peti ais punya. Dia likat sikit. Sapu atas biskut tu nanti tak lah meleleh sana sini. Kalau mak aku nampak aku makan cream cracker macam ni, dia siap join sekaki kot. Haha...

Basuh tangan standby nak terkam masuk mulut. Kahkahkah.
Selain rasa dia yang sedap, cara nak buatnya pun tak lah leceh macam buat roti bakar. Roti bakar ni kang nak kena potong serong lah, sapu kaya kemudian nak masuk oven masuk toaster bagai. Kalau ada mood aku buatlah. Kalau perut dah menggigil lapar memang aku tibai cukup-cukup cream cracker macam ni. Hahaaa, boleh kena kencing masin kalau macam ni punya melantak. Eh, kencing masin pulak. Bila masa kaya keluar flavor baru? Ciaciacia. 


Taraaa! Lagi banyak kaya kat atas biskut tu, lagi aku suka. Tak tahulah aku suka makan biskut dia atau kaya dia sebenarnya. Tapi yang pasti the combination is quite good. Dan paling penting lepas makan cream cracker sapu kaya macam ni, aku mesti minum air panas tanpa gula. Like milo ke nescafe. Memang tak taruk gula dah. Kaya dah manis kot. Ouh heaven duduk rumah. Mana tak chubby macam ni? Siang malam pagi petang nak makan jer. Kikiki. Fyi, aku tak pernah buat macam ni kat kolej. Sebab aku tak suka kaya yang tak simpan dalam peti. So nak buat perangai pelik-pelik macam ni, tunggu balik rumah lah. Itu belum kau tengok aku makan cream cracker letak sardin letak serunding lagi. Semua perut aku telan janji sedap. =P Okay bye!


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Tuesday, 30 August 2016

MAKEUP TUTORIAL BY LURVE ALOEVERA

Assalamualaikum.

Hi. Aku teringat kata-kata salah seorang daripada pensyarah aku masa semester 6 dulu.

"Jadilah kaunselor yang versatile. Penampilan tu penting. Terutama untuk girls. Sekali sekala ada duit lebih belilah baju baru sepasang dua. Kemudian belajarlah pakai lipstick sikit, bedak sikit. Supaya nampak kita ni bersiap dan klien yang datang jumpa kita untuk buat consultation pun confident dengan ability dan skills kita. Kalau ditakdirkan you all kena jadi kaunselor di sekolah, nampaklah beza antara cikgu dengan anak murid."

Frankly speaking, aku memang jenis akan makeup setiap kali sebelum keluar rumah. Lantaklah bangun lambat ke cepat, memang wajib. Why? Haaa, actually ramai yang tak perasan kuasa solekan ni sebenarnya. Selain makeup ni boleh meningkatkan keyakinan diri korang, dia jugak boleh bantu kita untuk protect kulit muka daripada direct sunscreen. Cuba bayangkan muka kita togel tak ada sunblock tak ada bedak. Yang bertudung tu mesti berbelang teruk mukanya. So kalau ada lapisan krim atau bedak tu at least tak lah muka burn teruk. Plus kalau muka korang banyak parut jerawat yang take time untuk hilang, makeup adalah salah satu cara terbaik untuk tingkatkan keyakinan diri korang. Tapi itu depend pada individu tu lah. Ada orang tak suka makeup sebab malas nak buang masa, ada yang claim katanya kulit dia sensitif pada bahan-bahan makeup, dan ada yang yakin dengan natural beauty yang dia ada. Terpulang, pilihan masing-masing. 


Okay ni muka aku tanpa secalit makeup. Kulit aku tak lah flawless mana especially kat area hidung dengan dagu. Cepat sangat naik whitehead kalau tak jaga. Then kalau tidur lambat sikit mulalah eyebag naik macam panda. Muka macam zombi lagu ni nak suruh aku jumpa klien buat counseling session buat consultation buat tutor, aku rasa klien pun tak selera nak berurusan dengan aku. Orang-orang yang aku jumpa bukannya sebaya aku semuanya, ada yang daripada kalangan professional, mak-mak datin, kids. Since aku ni kerjanya dalam bidang sosial, penampilan pada pakaian dan wajah tu penting sangat. Okay buat mereka yang first time nak belajar makeup tu, jom follow tutorial makeup aku ni. =D


So basicly alat-alat makeup yang aku gunakan adalah foundation, compaq powder, lipstick, eyeliner dengan eyeshadow cream. Kalau makeup untuk outdoor pulak aku akan sapu siket sunblock then baru blend dengan foundation bagai. Yes, mostly foundation dengan compaq powder memang dah siap dengan uv protection with certain SPF. Tapi entahlah, dah terbiasa dengan sunblock. Untuk eye shadow cream ni, kalau ada event jer baru aku pakai. Supaya mata aku nampak siket glowing nya. Tak lah lebam eye bag tu nampak kelabu jer bila pakai foundation nanti. 

Ahha! Guess what? selain eye shadow cream, yang lain (foundation, compaq powder, eye liner, lipstick) semuanya aku standby 2 set. Satu set aku letak dalam makeup box kat bilik, another set lagi aku akan simpan dalam travel makeup bag kemudian campak jer dalam handbag atau beg kuliah. So in case aku tak sempat balik bilik, each time aku singgah solat memana kan senang dah bawak siap-siap alat-alat nak cuci make up dengan pakai makeup. Kalau orang yang tak biasa mesti dia kata leceh. Tapi aku dah terbiasa since mama aku pun selalu standby barang-barang makeup dia dalam handbag jugak. Honestly aku paling menyampah orang yang suka pinjam barang-barang makeup aku. Hygiene tu kena jaga jugak walaupun barang-barang makeup. Cut the crap. Jom kita straight to the point.

LANGKAH PERTAMA: 
Apply foundation

Untuk orang yang baru nak belajar makeup, meh i nak bagitahu. Foundation atau nama lain dia BB Cream ni ada macam-macam bentuk tau kat pasaran. Macam yang aku pakai ni jenis tube. Selain dalam tube, ada jugak dalam botol dan bentuk macam lipstik. Kelikatan foundation ni bergantung kepada brand dan cara kita simpan. Kalau kita simpan foundation dalam handbag kemudian bawak keluar ke sana ke sini, foundation kita akan cepat cair sebab terlalu expose pada panas. Bila cair dia akan nampak macam berminyak gitu. Haa, jangan terkejut pulak bila tetiba korang pakai foundation tu muka jadi oily dah macam popiah goreng baru angkat dari kuali. Ada kemungkinan brand tu tak sesuai dengan korang. I've tried few brands of foundation sebelum ni. Dulu masa first time belajar pakai foundation ni, aku beli yang Silky Girl punya, Pernah tengok tak yang design macam lipstick tu? Haaa, sekali muka aku berminyak teruk kat dahi, pipi dengan dagu. I thought masa tu kulit muka aku yang bermasalah. So aku stop pakai foundation. Then aku dapat rasa kulit aku tak lah se oily macam masa aku pakai foundation tu. Orite, aku dah tahu jawapannya.

So aku cuba tukar kepada Mac foundation. Yang dalam botol tu, mahal siket lah cerita dia. Since dia dalam botol kaca, so senang pam jer then texture dia tak cepat cair macam dalam tube. Cuma tak best sebab handbag jadi berat sebab nak hangkut botol kaca tu sekali. Mac ni okay siket, tapi unfortunately kod warna aku pilih tu terlalu gelap, and it made me looked darker daripada tona kulit asal. Nak beli yang baru macam membazir rite? So aku habiskan jugak sebotol tu. Kemudian aku cuba pulak beli yang Maybelline New York punya, beli kat Watson jer. Tiub kecik jer tapi harga boleh tahan. This one lah yang aku duk hangkut ke hulu ke hilir dalam handbag, penyudahnya dia cair dalam tube. Bila picit texture dah macam marjerin cair. Kahkahkah. So now aku try guna brand Naked3 pulak. Heeyaaa, i really like it!

Taraa! Dah siap pun pakai foundation. Kalau korang nak dapatkan tona yang sekata, korang boleh gunakan foundation brush atau sponge khas untuk foundation tau. Tapi kalau kau tanya aku, sekejap jer aku semangat nak guna sponge tu. Dah 2 3 hari aku terus baling dalam makeup box. Lambat ah nak guna. Tenyeh dengan tangan jer sudah. Leceh tu satu hal nak hangkut ke hulu ke hilir brush atau sponge tu dalam handbag. See? Glowing tak muka aku sekarang? Nampak siket berseri tu. Kalau aku setakat nak keluar makan atau jumpa member-member aku pakai compaq powder jer. Kalau nak buat outdoor activity atau nak ke kuliah, haaa. Aku gunalah foundation. Bukan apa, nanti bila muka kita berpeluh, dia akan nampak lagi licin dan shining taw muka kita. 

LANGKAH KEDUA:
Sapukan compaq powder


Jenis aku, aku akan pakai compaq powder siket lepas sapu foundation. Bukan apa, actually foundation tu kengkadang macam melekit siket. Like i said, lain brand then simpan cara tak betul dia akan jadi oily gitu. So that's why aku sapu compaq powder siket. Hati-hati, compaq powder pun macam foundation jugak ada code dia. So better ikut warna kulit atau beli yang natural. So that tak lah nampak macam tepung gomak sangat kan. Cantik tu tak semestinya kena putih. Ikut warna kulit masing-masing lah. 

Dan aku admit lah compaq powder paling susah nak beli. Kadang kita dah biasa guna Silky Girl, tetiba stock dah habis. Ah mati. Terpaksa beli brand lain. Lepas tu kod dan warna dia tak sama. Nah, bila sapu jer kat muka, either putih sangat atau gelap sangat. Itu yang dalam makeup box aku sekarang ni ada dekat 7 8 biji compaq powder. Mac ada, Maybelline ada, Silky Girl, Simplysiti, Naked. Eh macam-macam brand lah. Simpan jer buat collection. Nak jual kat kengkawan segan sebab dah guna sekali dua. =P Actually aku start pakai compaq powder ni masa sem 1 degree. Kat matrik dulu aku pakai bedak sejuk siam yang jual kat pasar malam tu jer. Umur dah 20 baru reti pakai bedak macam ni, tu pun kawan ajar. =D

LANGKAH KETIGA:
Eye shadow cream


Okay dah pakai foundation dah pakai compaq powder, jom cuba eye shadow cream pulak. Eye shadow pun ada yang jenis powder ada yang jenis liquid macam ni. Yang powder kita biasa tengok macam-macam warna ada dalam satu box. Tapi kalau stick macam ni, aku prefer yang natural jer. Tak lah nampak sembab sangat mata tu. Nanti kang kalau aku pakai yang hijau kuning nak ke kuliah orang junior-junior bagi aku gelaran akak jalur gemilang pulak kan.. Haha.. So macam biasa, beli ikut warna kulit senang. 

LANGKAH KEEMPAT:
Eye liner


Okay next, yang ni wajib untuk aku! Hahaaa, tak pakai eye shadow ta apa tapi eyeliner aku wajib pakai. Supaya mata tu nampaklah segar siket. Kadang kalau aku mengantuk atau tengah demam pun orang nampak aku macam sihat dan segar sebab effect daripada eyeliner ni. Dulu aku suka lukis bawah mata, but then eyeliner aku asik comot jer kat muka, aku decide untuk guna pada kelopak mata jer. Jadi nampak lah kelopak mata aku macam besar siket an. Hewhew. FYI, aku tak pilih eyeliner yang water proof sebab senang untuk aku cuci masa amik wuduk. Nampak macam kolot siket lah kalau dalam kalangan kengkawan aku sebab tak guna yang water proof. Tapi kesah pulak aku. Kikiki.

LANGKAH KELIMA:
Rosalinda Lipstick


Haa, amacam? Mata aku dah nampak segar kan? Next, part lipstick pulak. Lipstick pun macam bedak jugak, ada code dia. Lain code lain warnanya, lain brand lain texture dan harga dia. Bergantung pada bibir masing-masing lah. Ada jugak certain brand yang aku pakai lepastu bibir aku jadi kering. Dah masalah pulak nak calit lip balm bagi kilat. And warna lipstick ni kalau boleh ikut kesesuaian lah. Usually yang warna brick red ni untuk perempuan yang dah bekerjaya dan matang. Like i said, ikut kesesuaian. Jangan kau buat giler pulak masuk kuliah masuk kerja pakai lipstick warna hitam. Terkejut pensyarah kau nanti tengok bibir dah macam ahli sihir. Huhu. 

Dan kalau nak tahu, ada beza jugak ketahanan setiap lipstick yang kita beli. Usually lipstick mahal ni selain design dia yang cantik dan tahan lasak, lipstick dia jugak tahan lama. Kau sebat lah rendang, laksa, lontong, air soda sekalipun, bibir kau akan ada lagi lipstick tu. Haaa, menurut pembacaan aku, lipstick macam ni ada mercury yang tinggi. Bahan kimia ni tak elok untuk kesihatan bibir dalam jangka masa panjang. While lipstick murah ni pulak, yang kita boleh beli dengan harga within 2 or 3 Ringgit macam tu, acuan dia tak tahan lasak. Penutup pecah lah, lipstick tercabut lah. Plus dia akan tinggalkan stain pada cawan atau sudu masa kita makan dan minum. Tak best lah kan makan kat hotel pastu pada glasses atau cup ada lipstick stain. =)



Taraa! Dah siap pun makeup simple ni. Malas aku nak bermaskara pipi merah bagai. Kawen nanti baru makeup beria-ria. So for now aku selesa macam ni. Pergi kuliah ke, wedding ke, jumpa klien ke, memang inilah rupa aku. Okay yang muka natural beauty flawless macam dadih mangga tu mohon main jauh-jauh jangan nak kecam aku. Haha. Nampak tak yang sebelum dan selepas ni? Haaa, ada beza kan? 


Okay siap pun tutorial kita. Ini untuk basic jer taw. Kalau korang nak belajar teknik yang lebih halus dan cantik, boleh cari kat mana-mana website yang ada ajar teknik makeup dengan betul camane. Eh lupa nak bagitahu, aku tak suka lukis kening taw since kening aku pun sepah-sepah macam ni. Hahaaa. Okay tu jer untuk post kali ni. Bye!



Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Monday, 29 August 2016

HIDUPKU YANG HURU-HARA

Assalamualaikum.

Dulu awal-awal publish blog, rajin sangat aku update entry baru kan? Ada jer cerita baru nak share. Tapi lately macam dah jarang sangat nak update. Sebulan sekali pun mujur. Ada jugak orang yang pm aku tanya mana aku menghilang? Selalu ternanti-nanti entry baru. Haaahaaa. Actually bukanlah menghilang ke mana. Ada je lagi kat UPM sana. Cuma bila dah masuk tahun ketiga buat ijazah ni, aduhai.. Busy nya dah nak sama macam Dato' Vida. Kikikiki... Busy apa tu kak oyt?? Haaa...

Untuk mereka yang selalu follow perkembangan semasa aku di Moment Wechat dengan Instagram, dia orang tahulah apa aku buat selama tak ada berita di blog ni. Cewahh! Cakap macam aku ni famous jer. Ekekekek... Agak busy jugaklah since aku ni belajar sambil bekerja. Kenapa nak kerja? Tak penat ke weekdays kuliah, amali, praktikum lagi pastu weekend nak kerja. Eh, penat lah. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Then dah masuk 3rd year and now road to final year ni pulak sibuk nak siapkan Final Year Project. Mini research jer kot, tapi dia punya cerewet, fuhhh... Makan tak kenyang, tidur tak lena bhai. 

Laptop ni kadang 2 3 bulan tak proper shut down. Tengah-tengah taip research bab metodologi kajian, tetiba tengok jam dah pukul 4pm. Eh tak boleh jadi, pukul 5pm nak pergi jumpa klien. Okay sleep kejap laptop. Tengah-tengah buat report kaunseling klien, tetiba kawan-kawan whatsapp malam ni kita ada meeting untuk presentation. Haaa, mana tak terkejar-kejar? Tu yang kalau rindu sangat nak update blog, aku akan buat either di makmal cyber fakulti ke, guna komputer library UPM tu ke, atau dah makan kenyang-kenyang kat kedai mamak sri serdang tu singgah cyber cafe kejap nak blog walking. Ada idea baru aku menulis. Tu pun tak boleh lama semua save as draft sebab tak cukup masa nak edit dan publish. 

And now aku dah nak masuk semester 7 in shaa Alah. Bila tengok jadul kuliah dekat sistem, mashaa Allah. 6 subjek semua 3 jam kredit. Kemudian paling scary part praktikum. Week 2 kuliah dah start kena hunting klien untuk penuhkan credit hours 40 jam sesi kaunseling individu dan 30 jam kaunseling kelompok. And at the same time aku kena siapkan jugak mini research yang dikenali sebagai FYP. Belum masuk kampus lagi aku dah termenung, bila ah aku nak kerja part time as a Mandarin Tutor lagi lepas ni? Klien banyak dah duk pm aku nak set appointment lah nak jumpa lah. Matilanak. Masa semester 1, 2, 3, 4 dulu aku rasa degree ni tak lah susah mana. Banyak giler masa lapang sampai aku boleh join event kelab, persatuan then siap pergi bertanding dalam pilihan raya kampus bagai. Dah boring semua tu aku mula kerja part time sebagai sales assistant kat kedai hadiah lah, jual makanan lah, jadi part time consultant dan Mandarin tutor. Duit memang masyuk ah cerita dia, penat ke tak belakang kira. But now, aku kena fully concentrate on my study. Cewah semangat dia.

Dulu aku rasa bidang kaunseling ni kacang jer. Tak lah heavy macam pure science masa sekolah menengah dengan matrik dulu. Kena banyak membaca jer. And alhamdulillah aku pun tak expect CGPA aku dari sem 1 sampai sem 6 buat ijazah ni maintain gitew. Dulu kat matrik nak dapat 3.35 pun suffer, tidur pukul 4 pagi kuliah 8 pagi lab report bersusun atas meja. Dah lah susah, plus aku pun tak minat sangat subjek kira-kira ni. Target cuma nak lulus je so that masa degree aku boleh tukar bidang, maka hadap jugaklah setahun kat matrikulasi pahang sana. But then bila dah masuk tahun ketiga dan keempat degree ni, ommo! Time management lah kena strict siket. Belajar tak susah mana pun sebenarnya. Ceh berlagak! =P

Masing-masing dah ready untuk presentation subjek Parental Consultation.

Jenis aku walau banyak macam mana pun kerja nak disiapkan, aku tak akan tidur lewat. Limit aku sampai 12.30am jer mata aku dah automatik akan pejam sendiri. Kemudian 6.15am body clock aku akan on balik. Yes,ni rutin aku daripada hari pertama kuliah di UPM sampailah nak final year ni. Even nak keluar ke shopping mall beli barang kejap pun dalam handbag aku dah standby siap-siap planner atau buku catatan. That's why every time aku keluar makan atau ke mana-mana je aku lebih selesa bergerak sendiri. Dah biasa dah dengar ayat orang cakap, "Eqin tu tak ada kawan eh? Gi memana mesti sorang." Haa..haaa. Biasalah, fans aku kot yang excited sangat nak tahu pasal hidup aku tu. Malas dah nak layan. Lantak lah orang nak kata aku ni anti sosial ke apa. Yang penting aku selesa sangat macam tu. Bukan apa, aku ni jenis bukan yang terperuk kat kolej tu siang malam hadap laptop. Kalau korang nampak aku update 4pm kat Serdang, tetiba 5pm aku dah ada kat Putrajaya. Haaa,. Jangan buat muka terkejut pulak.

Last day sebagai kaunselor praktikal di pusat pemulihan dadah Sungai Besi. Maing-masing muka menyengih jer menggu van UPM sampai nak balik kejar roprt klien. 
Aku memang macam ni. Dalam seminggu tu macam-macam orang aku kena jumpa selain roommate dengan course mates. Almaklumlah, selain role aku sebagai student, aku ni pun ada tanggungjawab sebagai kaunselor praktikal, blogger, Mandarin tutor, dan part time consultant. Kengkadang sampai satu masa tu aku pun dah tak tahu nak jadi apa sebenarnya. Mula-mula masuk study nak jadi kaunselor. Tengah-tengah study sibuk nak business lah kerja sendiri lah. Plan asal nak sambung masters in psychology tu pun dah terkubur bila hadap FYP ni 3 semester suffer macam mana. So haters dan fans sekalian janganlah expect aku nak ada kat kolej 24jam 7 hari. Ni pun ok siket sebab aku dah tak join event kelab dan persatuan. Kalau tidak, almost every weeks aku akan ke luar negeri. Minggu ni Kedah, next week Terengganu, tup tup kat Pahang pulak. Aktif betul berprogram sampai parent aku pun bising. Haaahaaa. Chill lah. As long as aku boleh maintain study aku, assignment submit on time, presentation tip top. That's it! Honestly cakap aku jarang nak ada masa lepak-lepak dengan course mate aku. Bukan anti sosial yea, cuma commitment tu lain-lain. 

Kadang semester break yang sebulan lebih tu pun aku balik rumah family tak lama. Kalau tanya cuti raya ke, mid sem break ke, study week ke. Itu lagi jangan cakap. 3 4 hari jer aku balik rumah jenguk mak ayah. Lepas tu client and kengkawan aku sibuk call mesej tanya bila aku nak balik. Ada job lah, nak ajak join charity event lah, nak buat appointment untuk consultation lah. Terus terang cakap memang stress giler. Bila dah busy sangat macam tu aku mula ah buat kerja sampai lupa nak makan. Tabiat aku ni ada satu yang scary. Once aku dah start buat kerja, let say tengah taip report klien kan. Selagi tak siap selagi tu aku tak bangun. Kalau 5 jam baru boleh siap report aku tu maka 5 jam lah aku duduk depan laptop. Yes, 5 jam tu lah aku lupa nak minum, lupa makan dan langsung tak sentuh phone ke apa. Since aku ni ada gastrik yang every 3 hours aku kena makan, apa lagi. Berguling-guling lah aku menahan sakit lepas tu. Bukan style aku dari zaman sekolah lagi nak buat kerja separuh jalan. Kalau aku tengah reading ke, blogging ke, drawing ke, selagi tak siap selagi tu aku tak bangun. Attitude ni bagus actually, tapi sampai abaikan kesihatan tu tak bagus jugak sebenarnya. Hewhew. 

So now aku tengah mentally and physically prepared untuk masuk ke tahun akhir pengajian di UPM. Cuti 3 bulan kat rumah ni stamina pun dah kurang. Balik ni kena workout lebih siket lah. And paling penting, time management aku kena betul-betul well planned. Masa bila nak kuliah, nak masuk lab, nak jumpa supervisor, nak kumpul dan interpret data, nak cari klien, nak buat draft client, nak jumpa klien untuk sesi kaunseling yang 90 jam tu, nak buat kelas Mandarin lagi. Dan paling penting masa untuk diri sendiri tu. Aku tak boleh bayangkan life aku nanti macam mana. It's okay, demi segulung ijazah aku kena tabahkan hati jugak. Ceh! Sat lagi ada yang kecam, "Kau hengat ijazah tu boleh bagi kau kerja tetap ke nanti? Gaji 4 5 ribu?" Lol! Akal singkat lagu tu lah. Dia pikir buat ijazah ni untuk dapat kerja semata-mata. Bukan sebagai nak cari pengalaman hidup atau life long learning process ke hape. Ah lantak. Kesah pulak aku apa kau nak kata. 

Okay that's all untuk hari ni. Entry yang tak ada langsung input untuk korang. Luahan perasaan semata-mata. Ceh! Bukan selalu aku nak meroyan di sini. Wish me luck okay? 

Sunday, 28 August 2016

LA SHORT VACAY- TELUK KEMANG, NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum.

Hi. Terus terang cakap aku tak ingat bila kali terakhir aku pergi holiday dengan family. Mana tidaknya, dah 4 tahun kot aku stay jauh daripada keluarga. Daripada masa kat matrik sampailah masuk degree. So kalau aku keluar escapism pun either aku join memana program universiti atau kelab then dengan kengkawan jer. So this time, dah alang-alang datang PD melawat adik aku kat madrasah dia, kami amik kesempatan lah nak pergi main pantai. Weeee! Dah lama tak main pantai okay. Hari-hari tengok kolam ikan belakang rumah jer tak pun tengok tasik-tasik kat putrajaya sana, jemu jugak aku. Bila dapat main pantai macam ni, huaaaa! Rasa tak nak balik jer. =D



Disebabkan madrasah adik aku dekat dengan Teluk Kemang, so we all 2 hari satu malam lah lepak sini. Sampai-sampai pun dah pukul 6 lebih gitu. Tu yang gambar gelap macam ni. Okay so inilah first time aku sampai Teluk Kemang. Actually family aku ni  bukanlah jenis yang suka berjalan. Masing-masing sibuk study dan kerja. So kali ni dapat bercuti 2 hari untuk family bonding pun dah rasa besar nikmat. Kalau bukan adik bongsu aku yang request nak berjalan, tak ada maknanya bapak aku nak bawak sini. Kikiki... =P

Untuk makluman, Teluk Kemang ni tak lah besar mana. Tepi pantai tu dia orang dah siap-siap pasangkan khemah dan kerusi untuk pengunjung istirehat, So tak lah berpanas macam pantai lain tu. Kemudian macam biasalah ada tempat sewa life jacket dan jetski. Stall makanan pun banyak pilihan , so masa kita orang 3 beradik ni duk main tepi pantai parent kami memang lepak kat food stall tu lah makan-makan sembang-sembang heart to heart. Ceeeehh. Paling penting aku nak cakap, tandas awam dan pantai dia sangat bersih. Yang ni aku puji. =)

Kemain kau pulun kenyang-kenyang sebelum turun pantai. =D

See? Dia yang terlebih excited main air siap guling-guling buat aksi. Kita orang tak mandi pun air laut ni. Tak kuasa haku nak basah kuyup berendam dalam air ni. Dengan pasirnya lagi. Kerja aku macam biasa lah, amik gambar pastu usyar tempat makan. Sejak cuti 3 bulan kat rumah ni, aku jadi suka sangat makan. Gi lah mana-mana pun, teman mama check up kat hospital ke, renew spek mata ke, teman abah service motor ke. Memang aku wajib cari makan. So aku langsung tak terkilan sebab tak mandi laut. Cukuplah basah-basahkan kaki buat syarat. Yang penting perut aku tak lapar. Hex3. 


Dah namanya pun kak long, tugasnya duk jaga adik-adik lah cerita dia. Semua barang suruh aku pegang. Baju lah, handphone lah. Ni kalau aku tak jaga, haa ada yang curi-curi main kat tengah laut tu nanti. Takut jugak kot-kot ada dugong terdampar kat tepi pantai tu nanti sampai hempap adik aku jadi pancake pisang ke kan. Haahaaa, drama betu kak long ni. So sambil-sambil amik gambar, cari kulit siput tu, aku jeling-jeling je lah dia orang berdua ni. Agak-agak selamat dan terkawal, aku pun curi-curilah update Insta dan Wechat secara live. Macam tak biasa ah. =P



Tak expect pulak sampai je sini abah terus ajak lepak pantai. Haa apa lagi, orang lain datang pantai pakai seluar track baju tshirt, aku datang pantai dress up macam orang nak pi kenduri. Tersipu-sipu nak pegang kain sambil jalan atas pasir. Cis! Hari kedua tu terus aku tukar dress code. Nasib baik ada bawak seluar.



2 hari datang pantai 2 hari misinya mencari kulit siput kulit kerang. Agak menghampakan sebenarnya. Dulu masa aku pergi Teluk Cempdak, dapat cengkeram siput besar tapak tangan kot. Pergi Pulau Perhentian pun aku siap nampak ketam hidup lagi berjalan atas pasir. Tapi datang sini, jangan kata nak nampak telur penyu ke apa, bayang-bayang kulit kerang mak cik tukang masak tepi pantai tu buang pun tak nampak. Kalau ada kulit siput pun yang dah pecah-pecah. Ceh! Nak buat apa yang dah pecah. Bukan aku ada kilang pun nak kutip kulit kerang pecah tu bawak balik buat ubat gigi atau simen ke apa. -_-!



2 hari punya pencarian, ini je yang aku dapat. Gggrrrrr! Nak buat collection pun tak semangat. Apa lagi, buat main je lah cerita dia. Pastu amik gambar. Bukan apa, kenangan orang kata. Kalau rajin nanti boleh print out buat postcard gambar ni. 


Okay, part shopping mesti ramai yang suka. Actually aku ada berkenan kat satu beg anyaman ni. Design dah cantik, color pun dah cun. Tapi bila fikir balik, aku nak letak apa dalam beg ni? Aduh... Handbag kat rumah jer dah ada 10 biji. Beg nak gi kuliah pun dah ada. Aku nak beli beg untuk apa lagi? Bila fikir balik, rasa macam membazir pulak. So aku cancel plan beli beg anyam tu, kemudian beli cenderamata untuk mama jer. Btw kat sini stall memang banyak lah. Selain pakaian dan alat dapur, macam tempat lain jugak ada jual perhiasan rumah, photo phrame, keychain semua. Haaa, paling teruja aku tengok ada orang buat potret muka. Fuhhh, bila tengok orang beratur tunggu turn dah macam orang nak beli ayam uncle bob stall depan tu, tak sanggup lah aku menunggu. Apa lagi, angkat kaki blah ar. =D




Makan sudah, main pantai sudah, shopping sudah. Jalan punya jalan, nampak pulak kat dataran tu ada kereta kuda. Wahhh! Teruja kemain. Jom lah naik kuda, nak jugak rasa feeling-feeling macam princess siap ada orang tarikkan tali kuda kan. Pusing satu dataran tu orang ramai pandang kita. Weyh, rasa macam artis pulak orang tengok kita macam tu. Kikiki. Perasan namatey! Walhal orang tengok kuda padi aku tu, bukannya aku. =P

HARGA:

Kereta Kuda
4 orang (RM30)

Kuda: Single ride 
Kanak-kanak: RM10
Dewasa: RM15




 Orang lain naik kuda pusing sekejap jer. Tapi bila aku naik kuda, baru jalan 2 3 langkah dah suruh kuda berhenti. Bukan takut, tapi nak ajak kuda tu selfie sebenarnya. Kikiki. Bukan selalu kan dapat naik kuda pusing pantai. Sambil-sambil interview adik yang jaga kuda ni. Kalau korang nak tahu, kuda ni dia mandikan dengan sabun pencuci pinggan taw. Kemudian bulu dia akan ketam kasi trim. Sebab tu kulit dia licin. Masa naik tu tak lah pungkoq hangpa sakit kena cucuk bulu kuda tu nanti. Heeee.
Dah penat naik kuda, apa lagi. Perut naga aku ni mulalah lapar balik. Haahaaa. Penat hape yang berjalan tu kuda, bukan aku. Siap bawak load 53kg lagi atas dia. Cehh! Aku jer pent lebih. Kikiki. Otw balik tu terjumpa pulak orang jual aiskrim pasu ni. Fuhhhh, panas terik camni dapat aiskrim siap ada gula-gula jelly dengan cornflakes macam ni, nikmat giler tekak. So setiap saiz pasu harganya tak sama. Yang small size macam aku punya ni dah RM5 yea kawan-kawan.

Ceehh, gigih budak ni buatkan aiskrim pasu aku.

And taraaaaa! Siap pun aiskrim pasu aku. Maka dengan ini berakhirlah cerita aku di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Dah puas main air laut, ambil gambar, makan-makan, window shopping, naik kuda. Bolehlah balik homestay kemas-kemas barang nak balik Pahang pulak. Till we meet again Teluk Kemang. Ada rezeki next time nak naik jetski pulak. Heee....


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Wednesday, 24 August 2016

CRAYONS LOVER (#ArtworksbyLurveAloevera)

Assalamualaikum.

Lama aku menghilang kan? Actually tak lah lama mana, 2 bulan lebih je pun tak update. Heee. So sepanjang aku cuti study cuti kerja cuti blogging ni, diam-diam aku kat rumah kerja aku melukis dan mewarna. Well masa memula aku upload gambar artwork aku kat Instagram dan Wechat pun, ada yang terkejut sebab tak sangka aku reti melukis. Kikikiki...Apa? Ingat aku ni keyboard warrior je ke? =P Tapi tak lah expert melukis macam korang, boleh lah siket-siket buat hilangkan bosan.

Dah lama-lama main dengan crayons ni aku rasa seronok pulak. Then daripada upload gambar yang dah siap lukis kat Insta, aku mula record sight step by step drawings di Wechat. Seronok lah sebab ramai yang bagi responds positive. Ada yang bagi komen yang membina, ada yang share ilmu arts dia orang dengan aku, dan tak kurang jugak yang pm aku mintak pendapat tentang drawings. Actually aku bukannya dari bidang art pun. Kali pertama dan terakhir belajar guna crayons pun masa sekolah rendah kot. Tu pun jeling-jeling member punya since dia attend extra kelas melukis masa tu. Heee.

So basically warna aku guna cuma satu, CRAYONS. Kenapa aku pilih crayons? Haaa, sebabnya warna lilin ni pekat dan menyerlah tau. Selain harga dia yang agak murah berbanding warna kayu dan water color, crayon ni juga senang nak handle. Tak payah basuh macam water color atau asah tajam macam color pensil. Sepanjang melukis cuma perlu spare tisu jer untuk cuci mata dia supaya masa blend color nanti tak lah comot sangat.


So antara brand crayons yang aku guna adalah Buncho oil pastels, Astar oil crayons dengan Daiso oil crayons. Setiap brand actually ada texture yang berbeza tau? Means hasil yang kita dapat tu nanti setiapnya tak sama. For sketchbook atau drawing blocks, i suggest korang guna either Buncho crayons atau Astar sebab dia lebih terang dan pekat. While for black cardboard pulak better guna Daiso crayons sebab brand ni sangat berkilat dan smooth. Elok sangat untuk orang yang tak minat sketch guna pensil sebelum melukis. Ambil jer crayon terus sketch. Cantik tak cantik kemudian adjust. KIkikiki...

Pada awalnya aku melukis pun sebab kos kami ada belajar sesiket tentang Art For Therapy. Terapi ni digunakan sebagai salah satu cara kita nak express apa yang kita fikirkan dan rasakan ketika itu dalam bentuk lukisan. So yeah, permulaannya aku melukis sebab nak release stress. But then slowly benda ni dah jadi minat dan aku mula improve teknik mewarna dan blending tu. So cerita dia, daripada upload gambar lukisan di Instagram, kemudian record sight di Wechat, aku mula create music video dan share di Facebook pulak. Alhamdulillah, i got lot of positive feedbacks dan tanpa sedar, aku dah bagi inspirasi kat art lovers yang baru nak berjinak dengan crayons. Selain seronok blogging, aku jugak seronok untuk bertukar pendapat dengan art lovers yang lain sampaikan ada yang nak swap dan beli paintings aku. Unfortunately, aku tak sanggup nak let go since benda ni kalau lukis 2 kali tak akan sama dengan lukisan asal. I'm very very sorry yea kakak-kakak abam-abam semua.

Masa tengah lukis tu, aku rasa macam "OMG, apa dah jadi dengan lukisan aku? Ah lantak lah, warna jelah bagi habis. Cantik tak cantik belakang cerita. Prinsip dia cuma satu, buat kerja bagi habis jangan buat kerja cincai. Okay, dah siap baru aku nampak hasil dia yang luar biasa. Jadi kalau orang tanya aku apa aku nak lukis hari ni, memang aku tak boleh bagi jawapan yang tepat sebab idea tu muncul tiba-tiba. Tengah tumis bawang kat daput pun boleh datang idea baru untuk next drawing. So daripada aku jadikan dia sebagai collection, now aku dah siap buat hiasan dinding bilik tidur kat rumah pun. Nampak siket ada gunanya lukisan aku lukis tu daripada simpan dalam laci meja je kan. =P

Melukis ni selain hobi yang menjimatkan, dia jugak boleh bagi banyak benefits taw. Contoh paling ketara adalah it develops your creativity in terms of blending the colors. Dan apa yang paling best lepas korang melukis ni ialah korang akan dapat satu feel yang aneh. Aku pun tak tahu nak describe macam mana feeling tu, tapi dia punya seronok dan lega sebab dapat tengok hasil titik peluh sendiri tu..Fuuhhhh! Korang tak percaya, korang cuba sendiri. The same feeling macam kau berjaya try resepi cream puff kat internet. Haaa, gitew lah. >_<


Sedar tak sedar, aku dah berjaya menghasilkan lebih kurang 35 buah lukisan dengan menggunakan crayons. Each drawings ambil masa about 1 to 3 hours untuk siapkan. So kalau korang teringin nak tengok lukisan lain yang aku dah siapkan, bolehlah stalk Instagram aku. Kalau nak tengok music video pulak, boleh usyar kat Facebook okeh. So kepada art lovers di luar sana, selamat melukis k. Jangan risau, cantik itu subjektif. Kalau tak cantik pada mata orang, lukisan tu cantik buat kita si pelukis ni. 



" ART IS OUR DEEPEST FEELINGS AND IDEAS EXPRESSED. ART REVEALS TRUTH, SO ALLOW YOURSELF TO EXPERIENCE AND CREATE MORE"- Confident Lifestyle Quotes




Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Tuesday, 23 August 2016

3 CABARAN BESAR DI ALAM UNIVERSITI

Assalamualaikum.

Hello readers! Since ramai yang pm aku untuk bertanyakan tentang hal-hal persediaan kemasukan ke universiti, so this post aku nak highlight siket tentang beberapa cabaran besar yang adik-adik semua akan tempuhi di alam universiti. For your information, life kat universiti ni dek, tak sama macam life kau kat sekolah atau matrikulasi sana. Lagi-lagi buat anak-anak perantauan. Keluar dari comfort zone dan nak survive kat tempat orang tanpa parents bukan sesuatu yang mudah actually. For those yang dah biasa stay asrama jauh dari family sejak zaman sekolah dulu, dia mungkin boleh adapt dengan cepat life di uni. Tapi untuk mereka yang first time berjauhan dengan keluarga tu.... Okay jom i share siket life kat uni ni macam mana.

CABARAN PERTAMA: PENGURUSAN KEWANGAN

Rezeki setiap orang tu berbeza. Ada yang masuk universiti dengan bantuan pinjaman PTPTN dari kerajaan, ada yang terus dapat scholar, ada yang dapat ihsan daripada mana-mana yayasan atau zakat, dan ada juga yang status kewangannya ditaja oleh mak bapak. Di mana pun kita, it's okay. Cuma apa yang menjadi cabarannya adalah, bila mana kita jauh daripada pengawasan parents ni, pengurusan kewangan kita masih lagi goyah. You imagine, bila masuk jer alam universiti, selepuk duit ribu-riban masuk dalam akaun bank. Kalau mereka yang first time dapat duit sebanyak tu, silap hari bulan boleh jadi gelap mata. Masa tulah terbayangkan i-Phone 6s lah, nak beli laptop Apple lah, duk usyar i-Pad yang diidam-idamkan. Disebabkan nak ikut trend punya pasal, nak bersaing dengan kawan-kawan nak lawan siap lagi up-to-date, atau nak nampak mewah, tak fikir panjang terus lebur duit pinjaman atau scholar. Habis 16 minggu punya hari pengajian korang nak survive macam mana? Itu yang banyak kes student sanggup ikat perut hari-hari makan maggie, nasi bujang untuk survive. Ada yang lagi teruk sampai meminjam duit kawan. Haaa, ini bahaya. 

Another case pulak mungkin dia datang daripada keluarga yang susah dan serba kekurangan, adik-adik ramai dan mak ayah pulak kurang berkemampuan. So in order to help the family di kampung, dia gunakan duit pinjaman atau scholar yang dia dapat. I've seen few cases like this before. Tak salah. Tapi kena cari jalan lah macam mana nak cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan di universiti lepas tu. Untuk pengetahuan adik-adik, duit yang you all dapat tu bukan untuk perbelanjaan makan semata-mata. Duit itu jugaklah korang nak guna untuk beli buku teks, nak photocopy assignments, nak bayar yuran kelab, nak bayar yuran program and so fort. So pesanan akak adalah, rancang awal bajet perbelanjaan korang bermula daripada semester pertama di universiti.

Honestly speaking, sejak bulan pertama di semester satu semasa degree, aku dah belajar simpan resit semua barang yang aku beli. Kemudian setiap hujung bulan aku akan calculate jumlah duit yang aku dah belanja. Daripada duit belanja makan, beli barang-barang keperluan, alat tulis, buku-buku dll. Yes, each cent count. aku buat selama 2 semester. So the next year, aku dah boleh agak average perbelanjaan bulanan aku banyak mana. Agak-agak aku rasa duit loan yang aku dapat tu macam tak cukup sampai habis semester, masa tu aku dah mula buat kerja part time cari side income. Yes, tak salah nak kerja sambil study. Asalkan tak mengganggu kuliah dan assignments yang lecturer bagi. Alhamdulillah, i managed to maintain my CGPA 3.50 ke atas sejak dari semester 1 sampai semester 6. In shaa Alah September ni will be my 7th semester. =)


CABARAN KEDUA: KEJUTAN BUDAYA

Culture shock ni biasa kita dengar. Tapi hati-hati! Kau tak akan sedar masa bila kau dah terkena kejutan budaya tu sebenarnya. Universiti mana pun kita masuk, asalkan keluar dari comfort zone kita di rumah, suka tak suka kita akan jumpa macam-macam variasi budaya penduduk di geografi situ. Baik luar negara mahupun dalam negara. Bak kata pepatah, "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak." Ye benar. Untuk diterima dalam sesebuah kelompok masyarakat, kau kena ikut gaya hidup mereka. Masa tu kau  belajar budaya baru. Kalau dulu kau makan ikan patin  dan sambal tempoyak setiap hari, sekarang kau kena belajar makan tempe goreng. Kalau dulu kau makan timun cicah budu, sekarang kau kena belajar makan pasta dan spagetti. Kalau dulu kau cakap loghat Kedah kat kampung, sekarang kau kena belajar speaking mat saleh. See? 

Disebabkan nak diterima oleh masyarakat dan persekitaranlah, ramai yang tak boleh bezakan mana budaya baik dan buruk yang perlu diikut. Yes i admit. 3 tahun aku buat degree di UPM, macam-macam budaya kita akan jumpa. Dari segi pemakaian, pemakanan, gaya hidup dan banyak lagi. Bukan mudah nak adapt dengan semua tu. It takes time babe! So pesan akak lagi sekali adalah, pilih kawan. Mana yang baik kita ikut, yang tak baik kita jadikan teladan.


CABARAN KETIGA: PENGURUSAN STRESS

Akak percaya kuliah, exam dan assignment bukanlah masalah besar buat student IPT. Tapi apa yang jadi masalah kat sini adalah cabaran dalam menguruskan tekanan dengan baik. Tekanan yang aku maksudkan kat sini bukanlah daripada akademik semata-mata. Tapi termasuklah tekanan disebabkan masalah kewangan, masalah percintaan, masalah dengan kawan-kawan dan banyak lagi. Dah banyak kes student IPT bunuh diri sebab tak dapat perform dalam akademik, ditahan hospital gara-gara kesempitan wang untuk makan, murung akibat dipulaukan oleh kawan-kawan dan sebagainya. Untuk adik-adik yang masuk universiti seawal 18 tahun (asasi atau fast track), kematangan anda dalam menangani masalah stress bukanlah sesuatu yang mudah. 

Frankly speaking aku pun dah pernah merasai semua tu. So macam mana nak cari kemahiran mengurus stress ni? Satu jer, EDUCATE YOURSELF. Banyakkan membaca buku-buku atau website ilmiah dalam stress managemnet. Minta pendapat senior-senior, kawan atau lecturer. Sekiranya masalah yang dipikul tu berat sangat bebannya, boleh datang ke seksyen kaunseling pelajar untuk buat appointment dengan mana-mana kaunselor. Slow-slow kita akan terbiasa dengan masalah yang datang mengejut tanpa diduga. Dan jangan khuatir. Masalah apa pun yang kau hadapi, itulah sebenarnya yang mematangkan diri kau. 

Actually banyak lagi cabaran di alam universiti ni, tapi aku share 3 ni jer. Nak tahu lebih lagi, bolehlah explore sendiri yea. Heeee. Semoga bermanfaat. =D

Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...