Tuesday, 23 August 2016

3 CABARAN BESAR DI ALAM UNIVERSITI

Assalamualaikum.

Hello readers! Since ramai yang pm aku untuk bertanyakan tentang hal-hal persediaan kemasukan ke universiti, so this post aku nak highlight siket tentang beberapa cabaran besar yang adik-adik semua akan tempuhi di alam universiti. For your information, life kat universiti ni dek, tak sama macam life kau kat sekolah atau matrikulasi sana. Lagi-lagi buat anak-anak perantauan. Keluar dari comfort zone dan nak survive kat tempat orang tanpa parents bukan sesuatu yang mudah actually. For those yang dah biasa stay asrama jauh dari family sejak zaman sekolah dulu, dia mungkin boleh adapt dengan cepat life di uni. Tapi untuk mereka yang first time berjauhan dengan keluarga tu.... Okay jom i share siket life kat uni ni macam mana.

CABARAN PERTAMA: PENGURUSAN KEWANGAN

Rezeki setiap orang tu berbeza. Ada yang masuk universiti dengan bantuan pinjaman PTPTN dari kerajaan, ada yang terus dapat scholar, ada yang dapat ihsan daripada mana-mana yayasan atau zakat, dan ada juga yang status kewangannya ditaja oleh mak bapak. Di mana pun kita, it's okay. Cuma apa yang menjadi cabarannya adalah, bila mana kita jauh daripada pengawasan parents ni, pengurusan kewangan kita masih lagi goyah. You imagine, bila masuk jer alam universiti, selepuk duit ribu-riban masuk dalam akaun bank. Kalau mereka yang first time dapat duit sebanyak tu, silap hari bulan boleh jadi gelap mata. Masa tulah terbayangkan i-Phone 6s lah, nak beli laptop Apple lah, duk usyar i-Pad yang diidam-idamkan. Disebabkan nak ikut trend punya pasal, nak bersaing dengan kawan-kawan nak lawan siap lagi up-to-date, atau nak nampak mewah, tak fikir panjang terus lebur duit pinjaman atau scholar. Habis 16 minggu punya hari pengajian korang nak survive macam mana? Itu yang banyak kes student sanggup ikat perut hari-hari makan maggie, nasi bujang untuk survive. Ada yang lagi teruk sampai meminjam duit kawan. Haaa, ini bahaya. 

Another case pulak mungkin dia datang daripada keluarga yang susah dan serba kekurangan, adik-adik ramai dan mak ayah pulak kurang berkemampuan. So in order to help the family di kampung, dia gunakan duit pinjaman atau scholar yang dia dapat. I've seen few cases like this before. Tak salah. Tapi kena cari jalan lah macam mana nak cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan di universiti lepas tu. Untuk pengetahuan adik-adik, duit yang you all dapat tu bukan untuk perbelanjaan makan semata-mata. Duit itu jugaklah korang nak guna untuk beli buku teks, nak photocopy assignments, nak bayar yuran kelab, nak bayar yuran program and so fort. So pesanan akak adalah, rancang awal bajet perbelanjaan korang bermula daripada semester pertama di universiti.

Honestly speaking, sejak bulan pertama di semester satu semasa degree, aku dah belajar simpan resit semua barang yang aku beli. Kemudian setiap hujung bulan aku akan calculate jumlah duit yang aku dah belanja. Daripada duit belanja makan, beli barang-barang keperluan, alat tulis, buku-buku dll. Yes, each cent count. aku buat selama 2 semester. So the next year, aku dah boleh agak average perbelanjaan bulanan aku banyak mana. Agak-agak aku rasa duit loan yang aku dapat tu macam tak cukup sampai habis semester, masa tu aku dah mula buat kerja part time cari side income. Yes, tak salah nak kerja sambil study. Asalkan tak mengganggu kuliah dan assignments yang lecturer bagi. Alhamdulillah, i managed to maintain my CGPA 3.50 ke atas sejak dari semester 1 sampai semester 6. In shaa Alah September ni will be my 7th semester. =)


CABARAN KEDUA: KEJUTAN BUDAYA

Culture shock ni biasa kita dengar. Tapi hati-hati! Kau tak akan sedar masa bila kau dah terkena kejutan budaya tu sebenarnya. Universiti mana pun kita masuk, asalkan keluar dari comfort zone kita di rumah, suka tak suka kita akan jumpa macam-macam variasi budaya penduduk di geografi situ. Baik luar negara mahupun dalam negara. Bak kata pepatah, "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak." Ye benar. Untuk diterima dalam sesebuah kelompok masyarakat, kau kena ikut gaya hidup mereka. Masa tu kau  belajar budaya baru. Kalau dulu kau makan ikan patin  dan sambal tempoyak setiap hari, sekarang kau kena belajar makan tempe goreng. Kalau dulu kau makan timun cicah budu, sekarang kau kena belajar makan pasta dan spagetti. Kalau dulu kau cakap loghat Kedah kat kampung, sekarang kau kena belajar speaking mat saleh. See? 

Disebabkan nak diterima oleh masyarakat dan persekitaranlah, ramai yang tak boleh bezakan mana budaya baik dan buruk yang perlu diikut. Yes i admit. 3 tahun aku buat degree di UPM, macam-macam budaya kita akan jumpa. Dari segi pemakaian, pemakanan, gaya hidup dan banyak lagi. Bukan mudah nak adapt dengan semua tu. It takes time babe! So pesan akak lagi sekali adalah, pilih kawan. Mana yang baik kita ikut, yang tak baik kita jadikan teladan.


CABARAN KETIGA: PENGURUSAN STRESS

Akak percaya kuliah, exam dan assignment bukanlah masalah besar buat student IPT. Tapi apa yang jadi masalah kat sini adalah cabaran dalam menguruskan tekanan dengan baik. Tekanan yang aku maksudkan kat sini bukanlah daripada akademik semata-mata. Tapi termasuklah tekanan disebabkan masalah kewangan, masalah percintaan, masalah dengan kawan-kawan dan banyak lagi. Dah banyak kes student IPT bunuh diri sebab tak dapat perform dalam akademik, ditahan hospital gara-gara kesempitan wang untuk makan, murung akibat dipulaukan oleh kawan-kawan dan sebagainya. Untuk adik-adik yang masuk universiti seawal 18 tahun (asasi atau fast track), kematangan anda dalam menangani masalah stress bukanlah sesuatu yang mudah. 

Frankly speaking aku pun dah pernah merasai semua tu. So macam mana nak cari kemahiran mengurus stress ni? Satu jer, EDUCATE YOURSELF. Banyakkan membaca buku-buku atau website ilmiah dalam stress managemnet. Minta pendapat senior-senior, kawan atau lecturer. Sekiranya masalah yang dipikul tu berat sangat bebannya, boleh datang ke seksyen kaunseling pelajar untuk buat appointment dengan mana-mana kaunselor. Slow-slow kita akan terbiasa dengan masalah yang datang mengejut tanpa diduga. Dan jangan khuatir. Masalah apa pun yang kau hadapi, itulah sebenarnya yang mematangkan diri kau. 

Actually banyak lagi cabaran di alam universiti ni, tapi aku share 3 ni jer. Nak tahu lebih lagi, bolehlah explore sendiri yea. Heeee. Semoga bermanfaat. =D

Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...