Wednesday, 24 August 2016

CRAYONS LOVER (#ArtworksbyLurveAloevera)

Assalamualaikum.

Lama aku menghilang kan? Actually tak lah lama mana, 2 bulan lebih je pun tak update. Heee. So sepanjang aku cuti study cuti kerja cuti blogging ni, diam-diam aku kat rumah kerja aku melukis dan mewarna. Well masa memula aku upload gambar artwork aku kat Instagram dan Wechat pun, ada yang terkejut sebab tak sangka aku reti melukis. Kikikiki...Apa? Ingat aku ni keyboard warrior je ke? =P Tapi tak lah expert melukis macam korang, boleh lah siket-siket buat hilangkan bosan.

Dah lama-lama main dengan crayons ni aku rasa seronok pulak. Then daripada upload gambar yang dah siap lukis kat Insta, aku mula record sight step by step drawings di Wechat. Seronok lah sebab ramai yang bagi responds positive. Ada yang bagi komen yang membina, ada yang share ilmu arts dia orang dengan aku, dan tak kurang jugak yang pm aku mintak pendapat tentang drawings. Actually aku bukannya dari bidang art pun. Kali pertama dan terakhir belajar guna crayons pun masa sekolah rendah kot. Tu pun jeling-jeling member punya since dia attend extra kelas melukis masa tu. Heee.

So basically warna aku guna cuma satu, CRAYONS. Kenapa aku pilih crayons? Haaa, sebabnya warna lilin ni pekat dan menyerlah tau. Selain harga dia yang agak murah berbanding warna kayu dan water color, crayon ni juga senang nak handle. Tak payah basuh macam water color atau asah tajam macam color pensil. Sepanjang melukis cuma perlu spare tisu jer untuk cuci mata dia supaya masa blend color nanti tak lah comot sangat.


So antara brand crayons yang aku guna adalah Buncho oil pastels, Astar oil crayons dengan Daiso oil crayons. Setiap brand actually ada texture yang berbeza tau? Means hasil yang kita dapat tu nanti setiapnya tak sama. For sketchbook atau drawing blocks, i suggest korang guna either Buncho crayons atau Astar sebab dia lebih terang dan pekat. While for black cardboard pulak better guna Daiso crayons sebab brand ni sangat berkilat dan smooth. Elok sangat untuk orang yang tak minat sketch guna pensil sebelum melukis. Ambil jer crayon terus sketch. Cantik tak cantik kemudian adjust. KIkikiki...

Pada awalnya aku melukis pun sebab kos kami ada belajar sesiket tentang Art For Therapy. Terapi ni digunakan sebagai salah satu cara kita nak express apa yang kita fikirkan dan rasakan ketika itu dalam bentuk lukisan. So yeah, permulaannya aku melukis sebab nak release stress. But then slowly benda ni dah jadi minat dan aku mula improve teknik mewarna dan blending tu. So cerita dia, daripada upload gambar lukisan di Instagram, kemudian record sight di Wechat, aku mula create music video dan share di Facebook pulak. Alhamdulillah, i got lot of positive feedbacks dan tanpa sedar, aku dah bagi inspirasi kat art lovers yang baru nak berjinak dengan crayons. Selain seronok blogging, aku jugak seronok untuk bertukar pendapat dengan art lovers yang lain sampaikan ada yang nak swap dan beli paintings aku. Unfortunately, aku tak sanggup nak let go since benda ni kalau lukis 2 kali tak akan sama dengan lukisan asal. I'm very very sorry yea kakak-kakak abam-abam semua.

Masa tengah lukis tu, aku rasa macam "OMG, apa dah jadi dengan lukisan aku? Ah lantak lah, warna jelah bagi habis. Cantik tak cantik belakang cerita. Prinsip dia cuma satu, buat kerja bagi habis jangan buat kerja cincai. Okay, dah siap baru aku nampak hasil dia yang luar biasa. Jadi kalau orang tanya aku apa aku nak lukis hari ni, memang aku tak boleh bagi jawapan yang tepat sebab idea tu muncul tiba-tiba. Tengah tumis bawang kat daput pun boleh datang idea baru untuk next drawing. So daripada aku jadikan dia sebagai collection, now aku dah siap buat hiasan dinding bilik tidur kat rumah pun. Nampak siket ada gunanya lukisan aku lukis tu daripada simpan dalam laci meja je kan. =P

Melukis ni selain hobi yang menjimatkan, dia jugak boleh bagi banyak benefits taw. Contoh paling ketara adalah it develops your creativity in terms of blending the colors. Dan apa yang paling best lepas korang melukis ni ialah korang akan dapat satu feel yang aneh. Aku pun tak tahu nak describe macam mana feeling tu, tapi dia punya seronok dan lega sebab dapat tengok hasil titik peluh sendiri tu..Fuuhhhh! Korang tak percaya, korang cuba sendiri. The same feeling macam kau berjaya try resepi cream puff kat internet. Haaa, gitew lah. >_<


Sedar tak sedar, aku dah berjaya menghasilkan lebih kurang 35 buah lukisan dengan menggunakan crayons. Each drawings ambil masa about 1 to 3 hours untuk siapkan. So kalau korang teringin nak tengok lukisan lain yang aku dah siapkan, bolehlah stalk Instagram aku. Kalau nak tengok music video pulak, boleh usyar kat Facebook okeh. So kepada art lovers di luar sana, selamat melukis k. Jangan risau, cantik itu subjektif. Kalau tak cantik pada mata orang, lukisan tu cantik buat kita si pelukis ni. 



" ART IS OUR DEEPEST FEELINGS AND IDEAS EXPRESSED. ART REVEALS TRUTH, SO ALLOW YOURSELF TO EXPERIENCE AND CREATE MORE"- Confident Lifestyle Quotes




Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...