Wednesday, 31 August 2016

CREAM CRACKER SAPU KAYA

Assalamualaikum.

Hi. Cuti 3 bulan kat rumah banyak sangat masa terluang. Untuk orang yang suka makan macam aku ni, kalau boleh setiap masa mulut tu nak mengunyah. Sebab tu semenjak aku balik cuti ni kabinet dapur tu mesti penuh jer stok-stok makanan bapak aku standby. Lagi-lagi biskut kering. Mana tidaknya, asal aku nampak biskut Merry kang aku mula dah kacau kek batik kat dapur. Asal nampak biskut cream cracker kang , haa...Tu dia. Aku mulalah sapu kaya sapu jem buah sapu susu segala. Like seriously, makan biskut cream cracker sapu macam-macam ni, makan 10 keping pun boleh tak sedar. Lagi sedap daripada makan roti bakar sapu kaya. Tak percaya boleh cuba.


Daripada zaman aku sekolah rendah sampai dah nak habis degree ni tak pernah menolak kalau cream cracker sapu kaya. Dulu aku ingatkan aku sorang jer perangai pelik macam ni. Nak kata tak ada makanan, dalam fridge tu berlambak stok-stok makanan frozen mama aku simpan. Sosej, tempura, fries, keropok lekor semua ada. Tapi biskut sapu kaya ni jugak yang aku cari. Rupanya bila aku tenya kengkawan lain, eh? Semua kata sedap and makanan paling lagend zaman kanak-kanak. Wah, ternyata aku bukanlah seorang alien yang mulutnya tak reti duduk diam sampaikan biskut sapu kaya pun nak sebat. Haahaa. Siapa suka makan cream cracker sapu kaya, susu atau jam? Mesti korang tengah sengih sambil baca entry aku ni kan. Kikiki. =P


Kalau aku tak berapa rajin nak buat breakfast pepagi, haaa. Memang aku cari biskut dengan kaya dulu lah. Dan kaya atau susu atau jam tu pulak aku suka yang sejuk-sejuk simpan dalam peti ais punya. Dia likat sikit. Sapu atas biskut tu nanti tak lah meleleh sana sini. Kalau mak aku nampak aku makan cream cracker macam ni, dia siap join sekaki kot. Haha...

Basuh tangan standby nak terkam masuk mulut. Kahkahkah.
Selain rasa dia yang sedap, cara nak buatnya pun tak lah leceh macam buat roti bakar. Roti bakar ni kang nak kena potong serong lah, sapu kaya kemudian nak masuk oven masuk toaster bagai. Kalau ada mood aku buatlah. Kalau perut dah menggigil lapar memang aku tibai cukup-cukup cream cracker macam ni. Hahaaa, boleh kena kencing masin kalau macam ni punya melantak. Eh, kencing masin pulak. Bila masa kaya keluar flavor baru? Ciaciacia. 


Taraaa! Lagi banyak kaya kat atas biskut tu, lagi aku suka. Tak tahulah aku suka makan biskut dia atau kaya dia sebenarnya. Tapi yang pasti the combination is quite good. Dan paling penting lepas makan cream cracker sapu kaya macam ni, aku mesti minum air panas tanpa gula. Like milo ke nescafe. Memang tak taruk gula dah. Kaya dah manis kot. Ouh heaven duduk rumah. Mana tak chubby macam ni? Siang malam pagi petang nak makan jer. Kikiki. Fyi, aku tak pernah buat macam ni kat kolej. Sebab aku tak suka kaya yang tak simpan dalam peti. So nak buat perangai pelik-pelik macam ni, tunggu balik rumah lah. Itu belum kau tengok aku makan cream cracker letak sardin letak serunding lagi. Semua perut aku telan janji sedap. =P Okay bye!


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...