Monday, 29 August 2016

HIDUPKU YANG HURU-HARA

Assalamualaikum.

Dulu awal-awal publish blog, rajin sangat aku update entry baru kan? Ada jer cerita baru nak share. Tapi lately macam dah jarang sangat nak update. Sebulan sekali pun mujur. Ada jugak orang yang pm aku tanya mana aku menghilang? Selalu ternanti-nanti entry baru. Haaahaaa. Actually bukanlah menghilang ke mana. Ada je lagi kat UPM sana. Cuma bila dah masuk tahun ketiga buat ijazah ni, aduhai.. Busy nya dah nak sama macam Dato' Vida. Kikikiki... Busy apa tu kak oyt?? Haaa...

Untuk mereka yang selalu follow perkembangan semasa aku di Moment Wechat dengan Instagram, dia orang tahulah apa aku buat selama tak ada berita di blog ni. Cewahh! Cakap macam aku ni famous jer. Ekekekek... Agak busy jugaklah since aku ni belajar sambil bekerja. Kenapa nak kerja? Tak penat ke weekdays kuliah, amali, praktikum lagi pastu weekend nak kerja. Eh, penat lah. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Then dah masuk 3rd year and now road to final year ni pulak sibuk nak siapkan Final Year Project. Mini research jer kot, tapi dia punya cerewet, fuhhh... Makan tak kenyang, tidur tak lena bhai. 

Laptop ni kadang 2 3 bulan tak proper shut down. Tengah-tengah taip research bab metodologi kajian, tetiba tengok jam dah pukul 4pm. Eh tak boleh jadi, pukul 5pm nak pergi jumpa klien. Okay sleep kejap laptop. Tengah-tengah buat report kaunseling klien, tetiba kawan-kawan whatsapp malam ni kita ada meeting untuk presentation. Haaa, mana tak terkejar-kejar? Tu yang kalau rindu sangat nak update blog, aku akan buat either di makmal cyber fakulti ke, guna komputer library UPM tu ke, atau dah makan kenyang-kenyang kat kedai mamak sri serdang tu singgah cyber cafe kejap nak blog walking. Ada idea baru aku menulis. Tu pun tak boleh lama semua save as draft sebab tak cukup masa nak edit dan publish. 

And now aku dah nak masuk semester 7 in shaa Alah. Bila tengok jadul kuliah dekat sistem, mashaa Allah. 6 subjek semua 3 jam kredit. Kemudian paling scary part praktikum. Week 2 kuliah dah start kena hunting klien untuk penuhkan credit hours 40 jam sesi kaunseling individu dan 30 jam kaunseling kelompok. And at the same time aku kena siapkan jugak mini research yang dikenali sebagai FYP. Belum masuk kampus lagi aku dah termenung, bila ah aku nak kerja part time as a Mandarin Tutor lagi lepas ni? Klien banyak dah duk pm aku nak set appointment lah nak jumpa lah. Matilanak. Masa semester 1, 2, 3, 4 dulu aku rasa degree ni tak lah susah mana. Banyak giler masa lapang sampai aku boleh join event kelab, persatuan then siap pergi bertanding dalam pilihan raya kampus bagai. Dah boring semua tu aku mula kerja part time sebagai sales assistant kat kedai hadiah lah, jual makanan lah, jadi part time consultant dan Mandarin tutor. Duit memang masyuk ah cerita dia, penat ke tak belakang kira. But now, aku kena fully concentrate on my study. Cewah semangat dia.

Dulu aku rasa bidang kaunseling ni kacang jer. Tak lah heavy macam pure science masa sekolah menengah dengan matrik dulu. Kena banyak membaca jer. And alhamdulillah aku pun tak expect CGPA aku dari sem 1 sampai sem 6 buat ijazah ni maintain gitew. Dulu kat matrik nak dapat 3.35 pun suffer, tidur pukul 4 pagi kuliah 8 pagi lab report bersusun atas meja. Dah lah susah, plus aku pun tak minat sangat subjek kira-kira ni. Target cuma nak lulus je so that masa degree aku boleh tukar bidang, maka hadap jugaklah setahun kat matrikulasi pahang sana. But then bila dah masuk tahun ketiga dan keempat degree ni, ommo! Time management lah kena strict siket. Belajar tak susah mana pun sebenarnya. Ceh berlagak! =P

Masing-masing dah ready untuk presentation subjek Parental Consultation.

Jenis aku walau banyak macam mana pun kerja nak disiapkan, aku tak akan tidur lewat. Limit aku sampai 12.30am jer mata aku dah automatik akan pejam sendiri. Kemudian 6.15am body clock aku akan on balik. Yes,ni rutin aku daripada hari pertama kuliah di UPM sampailah nak final year ni. Even nak keluar ke shopping mall beli barang kejap pun dalam handbag aku dah standby siap-siap planner atau buku catatan. That's why every time aku keluar makan atau ke mana-mana je aku lebih selesa bergerak sendiri. Dah biasa dah dengar ayat orang cakap, "Eqin tu tak ada kawan eh? Gi memana mesti sorang." Haa..haaa. Biasalah, fans aku kot yang excited sangat nak tahu pasal hidup aku tu. Malas dah nak layan. Lantak lah orang nak kata aku ni anti sosial ke apa. Yang penting aku selesa sangat macam tu. Bukan apa, aku ni jenis bukan yang terperuk kat kolej tu siang malam hadap laptop. Kalau korang nampak aku update 4pm kat Serdang, tetiba 5pm aku dah ada kat Putrajaya. Haaa,. Jangan buat muka terkejut pulak.

Last day sebagai kaunselor praktikal di pusat pemulihan dadah Sungai Besi. Maing-masing muka menyengih jer menggu van UPM sampai nak balik kejar roprt klien. 
Aku memang macam ni. Dalam seminggu tu macam-macam orang aku kena jumpa selain roommate dengan course mates. Almaklumlah, selain role aku sebagai student, aku ni pun ada tanggungjawab sebagai kaunselor praktikal, blogger, Mandarin tutor, dan part time consultant. Kengkadang sampai satu masa tu aku pun dah tak tahu nak jadi apa sebenarnya. Mula-mula masuk study nak jadi kaunselor. Tengah-tengah study sibuk nak business lah kerja sendiri lah. Plan asal nak sambung masters in psychology tu pun dah terkubur bila hadap FYP ni 3 semester suffer macam mana. So haters dan fans sekalian janganlah expect aku nak ada kat kolej 24jam 7 hari. Ni pun ok siket sebab aku dah tak join event kelab dan persatuan. Kalau tidak, almost every weeks aku akan ke luar negeri. Minggu ni Kedah, next week Terengganu, tup tup kat Pahang pulak. Aktif betul berprogram sampai parent aku pun bising. Haaahaaa. Chill lah. As long as aku boleh maintain study aku, assignment submit on time, presentation tip top. That's it! Honestly cakap aku jarang nak ada masa lepak-lepak dengan course mate aku. Bukan anti sosial yea, cuma commitment tu lain-lain. 

Kadang semester break yang sebulan lebih tu pun aku balik rumah family tak lama. Kalau tanya cuti raya ke, mid sem break ke, study week ke. Itu lagi jangan cakap. 3 4 hari jer aku balik rumah jenguk mak ayah. Lepas tu client and kengkawan aku sibuk call mesej tanya bila aku nak balik. Ada job lah, nak ajak join charity event lah, nak buat appointment untuk consultation lah. Terus terang cakap memang stress giler. Bila dah busy sangat macam tu aku mula ah buat kerja sampai lupa nak makan. Tabiat aku ni ada satu yang scary. Once aku dah start buat kerja, let say tengah taip report klien kan. Selagi tak siap selagi tu aku tak bangun. Kalau 5 jam baru boleh siap report aku tu maka 5 jam lah aku duduk depan laptop. Yes, 5 jam tu lah aku lupa nak minum, lupa makan dan langsung tak sentuh phone ke apa. Since aku ni ada gastrik yang every 3 hours aku kena makan, apa lagi. Berguling-guling lah aku menahan sakit lepas tu. Bukan style aku dari zaman sekolah lagi nak buat kerja separuh jalan. Kalau aku tengah reading ke, blogging ke, drawing ke, selagi tak siap selagi tu aku tak bangun. Attitude ni bagus actually, tapi sampai abaikan kesihatan tu tak bagus jugak sebenarnya. Hewhew. 

So now aku tengah mentally and physically prepared untuk masuk ke tahun akhir pengajian di UPM. Cuti 3 bulan kat rumah ni stamina pun dah kurang. Balik ni kena workout lebih siket lah. And paling penting, time management aku kena betul-betul well planned. Masa bila nak kuliah, nak masuk lab, nak jumpa supervisor, nak kumpul dan interpret data, nak cari klien, nak buat draft client, nak jumpa klien untuk sesi kaunseling yang 90 jam tu, nak buat kelas Mandarin lagi. Dan paling penting masa untuk diri sendiri tu. Aku tak boleh bayangkan life aku nanti macam mana. It's okay, demi segulung ijazah aku kena tabahkan hati jugak. Ceh! Sat lagi ada yang kecam, "Kau hengat ijazah tu boleh bagi kau kerja tetap ke nanti? Gaji 4 5 ribu?" Lol! Akal singkat lagu tu lah. Dia pikir buat ijazah ni untuk dapat kerja semata-mata. Bukan sebagai nak cari pengalaman hidup atau life long learning process ke hape. Ah lantak. Kesah pulak aku apa kau nak kata. 

Okay that's all untuk hari ni. Entry yang tak ada langsung input untuk korang. Luahan perasaan semata-mata. Ceh! Bukan selalu aku nak meroyan di sini. Wish me luck okay? 

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...