Sunday, 28 August 2016

LA SHORT VACAY- TELUK KEMANG, NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum.

Hi. Terus terang cakap aku tak ingat bila kali terakhir aku pergi holiday dengan family. Mana tidaknya, dah 4 tahun kot aku stay jauh daripada keluarga. Daripada masa kat matrik sampailah masuk degree. So kalau aku keluar escapism pun either aku join memana program universiti atau kelab then dengan kengkawan jer. So this time, dah alang-alang datang PD melawat adik aku kat madrasah dia, kami amik kesempatan lah nak pergi main pantai. Weeee! Dah lama tak main pantai okay. Hari-hari tengok kolam ikan belakang rumah jer tak pun tengok tasik-tasik kat putrajaya sana, jemu jugak aku. Bila dapat main pantai macam ni, huaaaa! Rasa tak nak balik jer. =D



Disebabkan madrasah adik aku dekat dengan Teluk Kemang, so we all 2 hari satu malam lah lepak sini. Sampai-sampai pun dah pukul 6 lebih gitu. Tu yang gambar gelap macam ni. Okay so inilah first time aku sampai Teluk Kemang. Actually family aku ni  bukanlah jenis yang suka berjalan. Masing-masing sibuk study dan kerja. So kali ni dapat bercuti 2 hari untuk family bonding pun dah rasa besar nikmat. Kalau bukan adik bongsu aku yang request nak berjalan, tak ada maknanya bapak aku nak bawak sini. Kikiki... =P

Untuk makluman, Teluk Kemang ni tak lah besar mana. Tepi pantai tu dia orang dah siap-siap pasangkan khemah dan kerusi untuk pengunjung istirehat, So tak lah berpanas macam pantai lain tu. Kemudian macam biasalah ada tempat sewa life jacket dan jetski. Stall makanan pun banyak pilihan , so masa kita orang 3 beradik ni duk main tepi pantai parent kami memang lepak kat food stall tu lah makan-makan sembang-sembang heart to heart. Ceeeehh. Paling penting aku nak cakap, tandas awam dan pantai dia sangat bersih. Yang ni aku puji. =)

Kemain kau pulun kenyang-kenyang sebelum turun pantai. =D

See? Dia yang terlebih excited main air siap guling-guling buat aksi. Kita orang tak mandi pun air laut ni. Tak kuasa haku nak basah kuyup berendam dalam air ni. Dengan pasirnya lagi. Kerja aku macam biasa lah, amik gambar pastu usyar tempat makan. Sejak cuti 3 bulan kat rumah ni, aku jadi suka sangat makan. Gi lah mana-mana pun, teman mama check up kat hospital ke, renew spek mata ke, teman abah service motor ke. Memang aku wajib cari makan. So aku langsung tak terkilan sebab tak mandi laut. Cukuplah basah-basahkan kaki buat syarat. Yang penting perut aku tak lapar. Hex3. 


Dah namanya pun kak long, tugasnya duk jaga adik-adik lah cerita dia. Semua barang suruh aku pegang. Baju lah, handphone lah. Ni kalau aku tak jaga, haa ada yang curi-curi main kat tengah laut tu nanti. Takut jugak kot-kot ada dugong terdampar kat tepi pantai tu nanti sampai hempap adik aku jadi pancake pisang ke kan. Haahaaa, drama betu kak long ni. So sambil-sambil amik gambar, cari kulit siput tu, aku jeling-jeling je lah dia orang berdua ni. Agak-agak selamat dan terkawal, aku pun curi-curilah update Insta dan Wechat secara live. Macam tak biasa ah. =P



Tak expect pulak sampai je sini abah terus ajak lepak pantai. Haa apa lagi, orang lain datang pantai pakai seluar track baju tshirt, aku datang pantai dress up macam orang nak pi kenduri. Tersipu-sipu nak pegang kain sambil jalan atas pasir. Cis! Hari kedua tu terus aku tukar dress code. Nasib baik ada bawak seluar.



2 hari datang pantai 2 hari misinya mencari kulit siput kulit kerang. Agak menghampakan sebenarnya. Dulu masa aku pergi Teluk Cempdak, dapat cengkeram siput besar tapak tangan kot. Pergi Pulau Perhentian pun aku siap nampak ketam hidup lagi berjalan atas pasir. Tapi datang sini, jangan kata nak nampak telur penyu ke apa, bayang-bayang kulit kerang mak cik tukang masak tepi pantai tu buang pun tak nampak. Kalau ada kulit siput pun yang dah pecah-pecah. Ceh! Nak buat apa yang dah pecah. Bukan aku ada kilang pun nak kutip kulit kerang pecah tu bawak balik buat ubat gigi atau simen ke apa. -_-!



2 hari punya pencarian, ini je yang aku dapat. Gggrrrrr! Nak buat collection pun tak semangat. Apa lagi, buat main je lah cerita dia. Pastu amik gambar. Bukan apa, kenangan orang kata. Kalau rajin nanti boleh print out buat postcard gambar ni. 


Okay, part shopping mesti ramai yang suka. Actually aku ada berkenan kat satu beg anyaman ni. Design dah cantik, color pun dah cun. Tapi bila fikir balik, aku nak letak apa dalam beg ni? Aduh... Handbag kat rumah jer dah ada 10 biji. Beg nak gi kuliah pun dah ada. Aku nak beli beg untuk apa lagi? Bila fikir balik, rasa macam membazir pulak. So aku cancel plan beli beg anyam tu, kemudian beli cenderamata untuk mama jer. Btw kat sini stall memang banyak lah. Selain pakaian dan alat dapur, macam tempat lain jugak ada jual perhiasan rumah, photo phrame, keychain semua. Haaa, paling teruja aku tengok ada orang buat potret muka. Fuhhh, bila tengok orang beratur tunggu turn dah macam orang nak beli ayam uncle bob stall depan tu, tak sanggup lah aku menunggu. Apa lagi, angkat kaki blah ar. =D




Makan sudah, main pantai sudah, shopping sudah. Jalan punya jalan, nampak pulak kat dataran tu ada kereta kuda. Wahhh! Teruja kemain. Jom lah naik kuda, nak jugak rasa feeling-feeling macam princess siap ada orang tarikkan tali kuda kan. Pusing satu dataran tu orang ramai pandang kita. Weyh, rasa macam artis pulak orang tengok kita macam tu. Kikiki. Perasan namatey! Walhal orang tengok kuda padi aku tu, bukannya aku. =P

HARGA:

Kereta Kuda
4 orang (RM30)

Kuda: Single ride 
Kanak-kanak: RM10
Dewasa: RM15




 Orang lain naik kuda pusing sekejap jer. Tapi bila aku naik kuda, baru jalan 2 3 langkah dah suruh kuda berhenti. Bukan takut, tapi nak ajak kuda tu selfie sebenarnya. Kikiki. Bukan selalu kan dapat naik kuda pusing pantai. Sambil-sambil interview adik yang jaga kuda ni. Kalau korang nak tahu, kuda ni dia mandikan dengan sabun pencuci pinggan taw. Kemudian bulu dia akan ketam kasi trim. Sebab tu kulit dia licin. Masa naik tu tak lah pungkoq hangpa sakit kena cucuk bulu kuda tu nanti. Heeee.
Dah penat naik kuda, apa lagi. Perut naga aku ni mulalah lapar balik. Haahaaa. Penat hape yang berjalan tu kuda, bukan aku. Siap bawak load 53kg lagi atas dia. Cehh! Aku jer pent lebih. Kikiki. Otw balik tu terjumpa pulak orang jual aiskrim pasu ni. Fuhhhh, panas terik camni dapat aiskrim siap ada gula-gula jelly dengan cornflakes macam ni, nikmat giler tekak. So setiap saiz pasu harganya tak sama. Yang small size macam aku punya ni dah RM5 yea kawan-kawan.

Ceehh, gigih budak ni buatkan aiskrim pasu aku.

And taraaaaa! Siap pun aiskrim pasu aku. Maka dengan ini berakhirlah cerita aku di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Dah puas main air laut, ambil gambar, makan-makan, window shopping, naik kuda. Bolehlah balik homestay kemas-kemas barang nak balik Pahang pulak. Till we meet again Teluk Kemang. Ada rezeki next time nak naik jetski pulak. Heee....


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

3 comments:

  1. Seronoknya pergi bercuti
    ps: friend wechat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,,, tq sudi baca. Seronok jugak lah walaupun baru 2 hari je kat sana 😂

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...