INSTANT MAKEUP TUTORIAL

Assalamualaikum.

Hi. Aku teringat kata-kata salah seorang daripada pensyarah aku masa semester 6 dulu.

"Jadilah kaunselor yang versatile. Penampilan tu penting. Terutama untuk girls. Sekali sekala ada duit lebih belilah baju baru sepasang dua. Kemudian belajarlah pakai lipstick sikit, bedak sikit. Supaya nampak kita ni bersiap dan klien yang datang jumpa kita untuk buat consultation pun confident dengan ability dan skills kita. Kalau ditakdirkan you all kena jadi kaunselor di sekolah, nampaklah beza antara cikgu dengan anak murid."

Okay ni muka aku tanpa secalit makeup. Kulit aku tak lah flawless mana especially kat area hidung dengan dagu. Cepat sangat naik whitehead kalau tak jaga. Then kalau tidur lambat sikit mulalah eyebag naik macam panda. Muka macam zombi lagu ni nak suruh aku jumpa klien buat counseling session buat consultation buat tutor, aku rasa klien pun tak selera nak berurusan dengan aku. 

Orang-orang yang aku jumpa bukannya sebaya aku semuanya, ada yang daripada kalangan professional, mak-mak datin, kids. Since aku ni kerjanya dalam bidang sosial, penampilan pada pakaian dan wajah tu penting sangat. Okay buat mereka yang first time nak belajar makeup tu, jom follow tutorial makeup aku ni. =D


So basicly alat-alat makeup yang aku gunakan adalah foundation, compaq powder, lipstick, eyeliner dengan eyeshadow cream. Kalau makeup untuk outdoor pulak aku akan sapu siket sunblock then baru blend dengan foundation bagai. Yes, mostly foundation dengan compaq powder memang dah siap dengan uv protection with certain SPF. Tapi entahlah, dah terbiasa dengan sunblock. Untuk eye shadow cream ni, kalau ada event jer baru aku pakai. Supaya mata aku nampak siket glowing nya. Tak lah lebam eye bag tu nampak kelabu jer bila pakai foundation nanti. 


LANGKAH PERTAMA: 
Apply foundation

Untuk orang yang baru nak belajar makeup, meh i nak bagitahu. Foundation atau nama lain dia BB Cream ni ada macam-macam bentuk tau kat pasaran. Macam yang aku pakai ni jenis tube. Selain dalam tube, ada jugak dalam botol dan bentuk macam lipstik. Kelikatan foundation ni bergantung kepada brand dan cara kita simpan. Kalau kita simpan foundation dalam handbag kemudian bawak keluar ke sana ke sini, foundation kita akan cepat cair sebab terlalu expose pada panas.

LANGKAH KEDUA:
Sapukan compaq powder


Jenis aku, aku akan pakai compaq powder siket lepas sapu foundation. Bukan apa, actually foundation tu kengkadang macam melekit siket. Like i said, lain brand then simpan cara tak betul dia akan jadi oily gitu. So that's why aku sapu compaq powder siket. 

Hati-hati, compaq powder pun macam foundation jugak ada code dia. So better ikut warna kulit atau beli yang natural. So that tak lah nampak macam tepung gomak sangat kan. Cantik tu tak semestinya kena putih. Ikut warna kulit masing-masing lah. 


LANGKAH KETIGA:
Eye shadow cream


Okay dah pakai foundation dah pakai compaq powder, jom cuba eye shadow cream pulak. Eye shadow pun ada yang jenis powder ada yang jenis liquid macam ni. Yang powder kita biasa tengok macam-macam warna ada dalam satu box. 

Tapi kalau stick macam ni, aku prefer yang natural jer. Tak lah nampak sembab sangat mata tu. Nanti kang kalau aku pakai yang hijau kuning nak ke kuliah orang junior-junior bagi aku gelaran akak jalur gemilang pulak kan.. Haha.. So macam biasa, beli ikut warna kulit senang. 


LANGKAH KEEMPAT:
Eye liner


Okay next, yang ni wajib untuk aku! Hahaaa, tak pakai eye shadow ta apa tapi eyeliner aku wajib pakai. Supaya mata tu nampaklah segar siket. Kadang kalau aku mengantuk atau tengah demam pun orang nampak aku macam sihat dan segar sebab effect daripada eyeliner ni. 


LANGKAH KELIMA:
Rosalinda Lipstick


Haa, amacam? Mata aku dah nampak segar kan? Next, part lipstick pulak. Lipstick pun macam bedak jugak, ada code dia. Lain code lain warnanya, lain brand lain texture dan harga dia. Bergantung pada bibir masing-masing lah. Ada jugak certain brand yang aku pakai lepastu bibir aku jadi kering. Dah masalah pulak nak calit lip balm bagi kilat. 

And warna lipstick ni kalau boleh ikut kesesuaian lah. Usually yang warna brick red ni untuk perempuan yang dah bekerjaya dan matang. Like i said, ikut kesesuaian. Jangan kau buat giler pulak masuk kuliah masuk kerja pakai lipstick warna hitam. Terkejut pensyarah kau nanti tengok bibir dah macam ahli sihir. Huhu. 



Taraa! Dah siap pun makeup simple ni. Ini makeup instant tak payah blusher, concealer, mascara bagai. So for now aku selesa macam ni. Pergi kuliah ke, wedding ke, jumpa klien ke, memang inilah rupa aku. 


Okay siap pun tutorial kita. Ini untuk basic jer taw. Kalau korang nak belajar teknik yang lebih halus dan cantik, boleh cari kat mana-mana website yang ada ajar teknik makeup dengan betul camane.



Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment