Saturday, 24 September 2016

KLINIK KAUNSELING KOLEJ 16, UPM

Assalamualaikum.

Hi. Sekarang i dah start praktikal taw. And the best part is, iols dengan partner dah setup Klinik Kaunseling sendiri.


Tarraaa! Poster kami dah siap. Amacam? Nampak tak macam orang-orang professional siket? Korang mesti tak berapa nak caye blogger cikai macam i ni sebenarnya seorang kaunselor praktikal kan? Orite, simpan dulu kecaman tu. Anyway, di Klinik Kunseling Kolej 16 ni ada dua orang kaunselor praktikal tau. Me and my partner sorang lagi, Luster Morgen. 

So basically antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:
- Bimbingan kerjaya
-Kaunseling individu
- Kaunseling kerjaya
- Kaunseling kelompok
- Bengkel-bengkel kemahiran

Menarik tak? Haaaa, korang mesti ingat kaunseling ni untuk orang-orang yang ada masalah atau bermasalah jer kan? Actually no. Sebenarnya banyak manfaat dan kelebihan korang boleh dapat kalau datang ke bilik kaunseling ni. Selain kami sedia menjadi tempat untuk anda minta pendapat dan luahkan perasaan yang terbuku, kami juga boleh membantu anda untuk tingkatkan keyakinan diri, nak tambah ilmu pengetahuan tentang personaliti atau kerjaya dan untuk kenal diri sendiri dengan lebih mendalam.

Antara inventori yang kami sediakan juga adalah seperti:
1. Inventori Gaya Bercinta
2. Inventori personaliti SDS/ VPI
3. Ujian Minat Kerjaya Sidek
4. Ujian personaliti Warna
5. Mooney Problem Check List

Wow..woww...and woww! Jom lah datang ke Klinik Kaunseling Kolej 16 kami. Selain semuanya PERCUMA, malah kami ada perancangan untuk organize beberapa bengkel-bengkel kemahiran seperti:

Antara bengkel-bengkel menarik yang kami bakal anjurkan adalah:
1. Bengkel belajar Bahasa Mandarin asas komunikasi
2. Bengkel 'How To Create Your Own Blog'
3. Bengkel makeup tutorial
4. Art For Therapy 

Ini lagi menarik bukan? Jangan tunggu lagi kengkawan. Korang kena datang ke klinik kaunseling iolls okay. 

Syarat-syarat masuk:
1. Hendaklah berstatus sebagai pelajar atau staf Universiti Putra Malaysia
2. Booking awal untuk sebarang sesi kaunseling yang ditawarkan

MASUK ADALAH PERCUMA.

Lokasi:
Bilik ICT 2, Blok L3, Kolej 16, Universiti Putra Malaysia

Opening days:
ISNIN : 9am-12pm
SELASA: 5pm-10pm
RABU: 5pm-10pm
KHAMIS: 3pm-10pm
JUMAAT: 3pm-10pm

Kaunselor bertugas:
Lurve Aloevera (Nurul Asyiqin Jaafar)
Luster Morgen

If any of you yang berminat nak datang ke Klinik Kaunseling Kolej 16, dialu-alukan untuk walk in atau buat appointment untuk pilih mana-mana kaunselor yang anda selesa. Don't worry, kami tidak mengenakan sebarang caj untuk perkhidmatan kaunseling atau bimbingan di sini. Sekadar datang nak melawat, tanya pendapat atau jawab inventori pun dialu-alukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Luster Morgen (012-8474950)
Lurve Aloevera (014-5405632)

Facebook:
Lurve Aloevera (klik sini)
 Luster Morgen(klik sini)

Instagram:

Klinik Kaunseling Kolej 16 dibuka bermula 19 September 2016 sehingga 12 Disember 2016. Ayuh jangan ketinggalan untuk update menarik daripada we alls okay? =)



Tuesday, 6 September 2016

FREE FACIAL TREATMENT FROM NU SKIN - SIAPA NAK?

Assalamualaikum.

Hi. Sejak balik rumah cuti hari tu, dah lama sangat aku tak buat facial treatment. Heaaa, aku ni pantang nampak offer mesti tak ketinggalan. Selalunya dekat Fakulti Pengajian Pendidikan UPM ni bebudak kos Sains Rumah Tangga akan buka spa kat cosmetic lab dia orang. So merasalah aku buat facial treatment pakej memurah tu kan. Then hari pertama aku sampai UPM baru ni, senior aku ajak pi buat facial treatment free kat Midvalley. FREE?? Omg, penat-penat redah highway 3 jam pun aku sanggup keluar semata-mata nak cuba facial treatment senior kolej kami ni buat. Haaa, korang tak nak cuba ke?? Free kot.. =P




Lokasi spa yang kami pergi ni kat tingkat 28 Midvalley Garden, KL. So basically produk yang Cheryl (owner spa) guna ni semuanya daripada NU SKIN products. NU Skin Products ni keluaran syarikat MLM dari Amerika yea. Jap,jap. Aku bukan nak ajak korang join MLM tau. Aku nak ajak buat facial treatment je okay? Kenapa free? Haaa, itu hanya untuk PERCUBAAN PERTAMA SAHAJA. Bagilah korang feel dulu sejauh mana keberkesanan product ni sebelum korang datang beli. Lepas tu kalau rasa serasi, apa lagi. Bolehlah booking dengan Cheryl untuk treatment atau beli produk dia kat sini. Aku dah cuba. Korang apa tunggu lagi?


Hari tu kami pergi dalam 6 orang. Kevin Ong (senior yang bawak kami tadi) tu tak buat lah sebab dia dah buat facial treatment dulu sebelum bawak kami datang cuba. Ah lemak muka kau jer nak free sampai 2 3 kali. Lingkup bisnes orang tu. Haa, yang baju hitam tu lah Cheryl. Cantik dan slim orangnya. Jeles iols tengok kulit dia flawless sangat taw. Heeee. Yang baju putih ni akak dari Vietnam, kawan kepada Kevin tadi. Since muka aku dengan muka akak ni tak ada masalah, so kami punya treatment yang basic jelah setakat sampai buang whitehead gitu. Yang abang-abang lagi dua orang tu mukanya berminyak dan kotor, so Cheryl terpaksa buat masker tanah liat bagai bagi get rid kekotoran bertempek-tempek kat muka tu. Haaa, cuba rasa kulit muka korang? Kategori yang mana? 

Facial treatment ni dibuat sebelah-sebelah supaya korang sendiri boleh tengok perbezaan muka yang belum dicuci dengan NU Skin dan sebelah muka lagi yang dah dicuci dengan NU Skin.


So sebelum buat pape treatment, of course lah muka tu kita kasi cuci dulu dengan air bersih. Daki-daki minyak-minyak dari asap kereta motor lekat kat muka tu tak akan nak buat saving hari tua pulak kan? Muehehehe. Baik si Cheryl ni, minyak kat muka orang pun dia tolong bersihkan. Kikiki. Haaa, nampak tak abang yang kulitnya hitam manis ni? Dia ni dari London taw. Mak ayah dia kawen campur Chinese-Indian. Kebetulan dia datang Malaysia untuk holiday dengan family dia. So sebelum dia gerak ke Pineng dia follow lah Kevin tu datang sini untuk try facial treatment percuma. So memang cacar marba bahasa kami guna dalam spa ni. 


Benda apa ni? Haaa, kalau you all nak tahu, alat ni guna dia untuk urut muka korang yang dah macam buah betik nak busuk tunggu masa nak gugur tu. Heeee. Sebelum Cheryl set kan timer, dia letaklah NU Skin product ni dulu. Gel apa tah aku lupa nak tanya. 

Dah letak gel and set timer, kita urut perlahan-lahan mukanya atas ke bawah kiri ke kanan. Macam muka aku ni, Cheryl buat sebelah-sebelah. So sebelah kanan dia yang tolong urutkan guna alat ni, kemudian sebelah kiri muka aku pulak yang merasai sendiri macam mana guna alat ni. Dah cukup masa 2-3 minit, alat tu akan bunyi sendiri. So sempatlah aku selfie-selfie sambil urut muka. Hikhikhik.


Ceh! Mamat ni pun guna alat ni. Kaku jer badan kau bang masa Cheryl urutkan muka. First timer gitu ah, muka macam budak first year daftar degree masuk kuliah dengar pensyarah announce tarikh untuk first test masa hari kedua kuliah. Lol. 


 Yang ni sepupu Kevin Ong tadi. Since muka dia berminyak teruk, so Cheryl pun sapulah masker ni kat muka dia. Masa memula nak paksa dia pakai kain towel yang atas kepala tu pun dia dah cuak, lepas tu tambah pulak aku cakap "I nak amik gambar you boleh? Letak kat blog." Paksa rela suka tak suke demi nak promot business Cheryl dia pun reda jelah sambil jeling-jeling kat aku tak puas hati macam nak ajak bersumo. Kahkahkah. 

Bila kering, inilah keadaan masker dia. Nampak tak bintik-bintik kat hidung dia tu? Itu bukan itik-titik kecil dosa tau. Kuikuikui. Cheryl kata itulah tanda pori pada kulit muka dia dah terbuka luas. So apa lagi? Kasi tambak lah lobang-lobang kat hidung tu bang. Hihihi.

Dah kering, Cheryl pun tolong cucikan masker dengan sponge. Nampak tak berkilat mukanya lepas dicuci? Haaaa, boleh tahan produk NU Skin ni. 

Bila semua orang dah bersihkan muka, now kita buang whitehead pulak.

Bahan-bahan yang akan disapu pada muka then ditampal dengan kertas minyak untuk buang whitehead. 

Lepas Cheryl sapukan campuran tadi kat muka aku, ni lah rupa dia. Kat rumah selalu jugak aku buat macam ni untuk buang whitehead. Tapi aku guna susu dengan putih telur jer. Cepat kering.

"Fuuhhh, banyaknya whitehead aku." Gigih akak Vietnam ni perhatikan kertas tu.

Bila semua orang dah buang whitehead, inilah antara kesan yang ada sebelum kertas-kertas ni dibuang ke tong sampah. Kalau perhatikan betul-betul memang banyak biji-biji nasi halus tu melekat kat situ. Ish...ish...ish... 

So sebelum siap, Cheryl sapukan toner dengan moisturizer dulu bagi muka kita rasa lebih segar. 

And taraaa! Inilah hasil sebelum dan selepas aku datang facial treatment kat sini. Yang kiri tu muka siap dengan makeup tak cuci lagi (Dah kenapa Cheryl amik gambar aku dekat sangat? Buruk benor gayanya.) Yang sebelah kanan tu pulak muka aku yang langsung tak ada makeup. Baru siap cuci. Amacam? Like seriously lepas buat treatment ni muka aku rasa lembut dan licin sangat. Kalau guna putih telur pun tak selembut macam tu taw.


So apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah datang Midvalley Kuala Lumpur untuk cuba facial treatment percuma dari Cheryl ni. Product NU Skin ni boleh tahan jugak since product import kan. Ceh! Korangkan taksub sangat dengan barang-barang import. Luls. Tak lah lama mana treatment kat sini dalam sejam jer rawatannya. Anyway thanks Cheryl and Kevin bawa kami ke sini dan perkenalkan NU Skin pada we alls. 

Kalau ada yang berminat boleh hubungi:

KEVIN ONG (012-4827331)
CHERYL (018-2202727)

P/S: Jemput view video ni untuk tengok kami enjoy dengan facial treatment from NU SKIN. =)

Thank you for reading.
Visit My Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Sunday, 4 September 2016

BUANG MAKEUP GUNA Gohnson's BABY OIL JER

Assalamualaikum.

Hi. Hari tu aku ada share tips nak belajar makeup yang simple-simple rite? So now aku nak share satu petua buat korang yang suka makeup tapi takut nak guna makeup remover since chemical amount dia pun boleh tahan banyak. And kaedah ni aku dah apply hampir 3 tahun jugaklah. So far okay jer.


Taraa! Hanya dengan menggunakan minyak rambut dan tisu sahaja dah boleh buang makeup tebal 2 3 lapis korang tu. Actually dulu ada jugaklah aku beli makeup remover, but then pakai sekali kulit aku macam panas. So aku decide untuk gunakan alternatif lain menggantikan makeup remover. 

Tapi sebelum tu, mesti ada orang tanya. Kenapa kena guna makeup remover? Kalau cuci dengan pencuci muka and air jer tak boleh ke? Okay, meh nak bagitahu. Kalau setakat guna air jer, kemudian cuba lap muka korang tu dengan tisu atau towel kering. Mesti melekat sisa-sisa bedak, eyeliner atau gincu kat situ. So kalau kita main cuci muka cincai macam tu jer, kemudian terus masuk tidur. Haaa, itu yang menjadikan muka kita berminyak lah, jerawat atau jeragat. So kenalah cari cara untuk betul-betul bersihkan muka kita.



So apa yang aku buat adalah, aku beli botol spray kecik macam ni, kemudian masukkan minyak rambut Gohnson's baby tadi kat dalam botol spray tu. Sajer cari botol kecik macam ni sebab senang nak campak dalam makeup bag yang travel tu. So kalau berhenti memana nak solat tak lah kelam kabut nak buang makeup. Oh yea! Jangan lupa pastikan botol tu bersih dulu baru masukkan minyak tu taw. Kemudian, spray rata pada sehelai tisu. Kat mana nak cari botol spray macam ni? Alar, pergi jer mana-mana kedai yang jual toiletries, In shaa Allah mesti ada. Aku pun beli kat kedai alat-alat perempuan Rahsia Jelita belakang UPM ni jer. 


Dah spray minyak tadi pada tisu, perlahan-lahan kita lap muka dengan tisu tu. Jangan tenyeh kuat sangat pulak, nanti koyak tisu tu. So agak-agak kalau permukaan tisu tu dah penuh dengan makeup korang, terbalikkan tisu tadi kemudian spray lagi Gohnson's baby oil tu rata. Lap lah bahagian yang susah nak cuci tu like kelopak mata dan bibir. 


Haaa, nampak tak kesan kotoran pada tisu aku guna tadi? So hypothesis dia adalah semakin tebal atau banyak makeup yang korang gunakan, semakin kotor lah tisu tu nanti. Dah rasa muka tu tak ada stain foundation, eyeliner, mascara atau lipstick ke, bolehlah cuci muka tu dengan pencuci muka atau sabun muka kemudian lap dengan tuala bersih. Nanti masa amik wuduk tak adalah wuduk tu jadi air mustakmal. Tak sah taw wuduk kalau air tak kena kulit. Since muka tu pakai ber layer-layer makeup, cucinya pun lecehlah siket. 

Apa-apapun, biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selain kain telekung tak ada stain makeup korang, kulit wajah pun akan lebih sihat. Kalau nak guna minyak zaitun pun boleh tapi minyak zaitun ni macam likat siket texture dia. So susah nak spray and muka akan jadi agak berminyak lebih daripada guna Gohnson's baby oil ni. Oh yea! Jangan gatal tangan pi guna minyak sapi pulak nak buang makeup. Mengamuk mak kat dapur tengok anak dia buang tabiat macam tu. kikiki...=P

SELAMAT MENCUBA!


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...