MAKEUP REMOVER USING BABY OIL

Assalamualaikum.

Hi. Hari tu aku ada share tips nak belajar makeup yang simple-simple rite? So now aku nak share satu petua buat korang yang suka makeup tapi takut nak guna makeup remover since chemical amount dia pun boleh tahan banyak. And kaedah ni aku dah apply hampir 3 tahun jugaklah. So far okay jer.


Taraa! Hanya dengan menggunakan minyak rambut dan tisu sahaja dah boleh buang makeup tebal 2 3 lapis korang tu. Actually dulu ada jugaklah aku beli makeup remover, but then pakai sekali kulit aku macam panas. So aku decide untuk gunakan alternatif lain menggantikan makeup remover. 

Tapi sebelum tu, mesti ada orang tanya. Kenapa kena guna makeup remover? Kalau cuci dengan pencuci muka and air jer tak boleh ke? Okay, meh nak bagitahu. Kalau setakat guna air jer, kemudian cuba lap muka korang tu dengan tisu atau towel kering. Mesti melekat sisa-sisa bedak, eyeliner atau gincu kat situ. So kalau kita main cuci muka cincai macam tu jer, kemudian terus masuk tidur. Haaa, itu yang menjadikan muka kita berminyak lah, jerawat atau jeragat. So kenalah cari cara untuk betul-betul bersihkan muka kita.



So apa yang aku buat adalah, aku beli botol spray kecik macam ni, kemudian masukkan minyak rambut Gohnson's baby tadi kat dalam botol spray tu. Sajer cari botol kecik macam ni sebab senang nak campak dalam makeup bag yang travel tu. So kalau berhenti memana nak solat tak lah kelam kabut nak buang makeup. 

Oh yea! Jangan lupa pastikan botol tu bersih dulu baru masukkan minyak tu taw. Kemudian, spray rata pada sehelai tisu. Kat mana nak cari botol spray macam ni? Alar, pergi jer mana-mana kedai yang jual toiletries, In shaa Allah mesti ada. Aku pun beli kat kedai alat-alat perempuan Rahsia Jelita belakang UPM ni jer. 


Dah spray minyak tadi pada tisu, perlahan-lahan kita lap muka dengan tisu tu. Jangan tenyeh kuat sangat pulak, nanti koyak tisu tu. So agak-agak kalau permukaan tisu tu dah penuh dengan makeup korang, terbalikkan tisu tadi kemudian spray lagi Gohnson's baby oil tu rata. Lap lah bahagian yang susah nak cuci tu like kelopak mata dan bibir. 


Haaa, nampak tak kesan kotoran pada tisu aku guna tadi? This technique hanya applicable bila korang desperate tak jumpa makeup remover jer tau. Sebab baby oil ni texture dia berminyak, jadi kena cuci bersih dengan pencuci muka jugak nanti.


SELAMAT MENCUBA!


Thank you for reading.
Visit my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

No comments:

Post a Comment