Tuesday, 6 September 2016

FREE FACIAL TREATMENT FROM NU SKIN - SIAPA NAK?

Assalamualaikum.

Hi. Sejak balik rumah cuti hari tu, dah lama sangat aku tak buat facial treatment. Heaaa, aku ni pantang nampak offer mesti tak ketinggalan. Selalunya dekat Fakulti Pengajian Pendidikan UPM ni bebudak kos Sains Rumah Tangga akan buka spa kat cosmetic lab dia orang. So merasalah aku buat facial treatment pakej memurah tu kan. Then hari pertama aku sampai UPM baru ni, senior aku ajak pi buat facial treatment free kat Midvalley. FREE?? Omg, penat-penat redah highway 3 jam pun aku sanggup keluar semata-mata nak cuba facial treatment senior kolej kami ni buat. Haaa, korang tak nak cuba ke?? Free kot.. =P




Lokasi spa yang kami pergi ni kat tingkat 28 Midvalley Garden, KL. So basically produk yang Cheryl (owner spa) guna ni semuanya daripada NU SKIN products. NU Skin Products ni keluaran syarikat MLM dari Amerika yea. Jap,jap. Aku bukan nak ajak korang join MLM tau. Aku nak ajak buat facial treatment je okay? Kenapa free? Haaa, itu hanya untuk PERCUBAAN PERTAMA SAHAJA. Bagilah korang feel dulu sejauh mana keberkesanan product ni sebelum korang datang beli. Lepas tu kalau rasa serasi, apa lagi. Bolehlah booking dengan Cheryl untuk treatment atau beli produk dia kat sini. Aku dah cuba. Korang apa tunggu lagi?


Hari tu kami pergi dalam 6 orang. Kevin Ong (senior yang bawak kami tadi) tu tak buat lah sebab dia dah buat facial treatment dulu sebelum bawak kami datang cuba. Ah lemak muka kau jer nak free sampai 2 3 kali. Lingkup bisnes orang tu. Haa, yang baju hitam tu lah Cheryl. Cantik dan slim orangnya. Jeles iols tengok kulit dia flawless sangat taw. Heeee. Yang baju putih ni akak dari Vietnam, kawan kepada Kevin tadi. Since muka aku dengan muka akak ni tak ada masalah, so kami punya treatment yang basic jelah setakat sampai buang whitehead gitu. Yang abang-abang lagi dua orang tu mukanya berminyak dan kotor, so Cheryl terpaksa buat masker tanah liat bagai bagi get rid kekotoran bertempek-tempek kat muka tu. Haaa, cuba rasa kulit muka korang? Kategori yang mana? 

Facial treatment ni dibuat sebelah-sebelah supaya korang sendiri boleh tengok perbezaan muka yang belum dicuci dengan NU Skin dan sebelah muka lagi yang dah dicuci dengan NU Skin.


So sebelum buat pape treatment, of course lah muka tu kita kasi cuci dulu dengan air bersih. Daki-daki minyak-minyak dari asap kereta motor lekat kat muka tu tak akan nak buat saving hari tua pulak kan? Muehehehe. Baik si Cheryl ni, minyak kat muka orang pun dia tolong bersihkan. Kikiki. Haaa, nampak tak abang yang kulitnya hitam manis ni? Dia ni dari London taw. Mak ayah dia kawen campur Chinese-Indian. Kebetulan dia datang Malaysia untuk holiday dengan family dia. So sebelum dia gerak ke Pineng dia follow lah Kevin tu datang sini untuk try facial treatment percuma. So memang cacar marba bahasa kami guna dalam spa ni. 


Benda apa ni? Haaa, kalau you all nak tahu, alat ni guna dia untuk urut muka korang yang dah macam buah betik nak busuk tunggu masa nak gugur tu. Heeee. Sebelum Cheryl set kan timer, dia letaklah NU Skin product ni dulu. Gel apa tah aku lupa nak tanya. 

Dah letak gel and set timer, kita urut perlahan-lahan mukanya atas ke bawah kiri ke kanan. Macam muka aku ni, Cheryl buat sebelah-sebelah. So sebelah kanan dia yang tolong urutkan guna alat ni, kemudian sebelah kiri muka aku pulak yang merasai sendiri macam mana guna alat ni. Dah cukup masa 2-3 minit, alat tu akan bunyi sendiri. So sempatlah aku selfie-selfie sambil urut muka. Hikhikhik.


Ceh! Mamat ni pun guna alat ni. Kaku jer badan kau bang masa Cheryl urutkan muka. First timer gitu ah, muka macam budak first year daftar degree masuk kuliah dengar pensyarah announce tarikh untuk first test masa hari kedua kuliah. Lol. 


 Yang ni sepupu Kevin Ong tadi. Since muka dia berminyak teruk, so Cheryl pun sapulah masker ni kat muka dia. Masa memula nak paksa dia pakai kain towel yang atas kepala tu pun dia dah cuak, lepas tu tambah pulak aku cakap "I nak amik gambar you boleh? Letak kat blog." Paksa rela suka tak suke demi nak promot business Cheryl dia pun reda jelah sambil jeling-jeling kat aku tak puas hati macam nak ajak bersumo. Kahkahkah. 

Bila kering, inilah keadaan masker dia. Nampak tak bintik-bintik kat hidung dia tu? Itu bukan itik-titik kecil dosa tau. Kuikuikui. Cheryl kata itulah tanda pori pada kulit muka dia dah terbuka luas. So apa lagi? Kasi tambak lah lobang-lobang kat hidung tu bang. Hihihi.

Dah kering, Cheryl pun tolong cucikan masker dengan sponge. Nampak tak berkilat mukanya lepas dicuci? Haaaa, boleh tahan produk NU Skin ni. 

Bila semua orang dah bersihkan muka, now kita buang whitehead pulak.

Bahan-bahan yang akan disapu pada muka then ditampal dengan kertas minyak untuk buang whitehead. 

Lepas Cheryl sapukan campuran tadi kat muka aku, ni lah rupa dia. Kat rumah selalu jugak aku buat macam ni untuk buang whitehead. Tapi aku guna susu dengan putih telur jer. Cepat kering.

"Fuuhhh, banyaknya whitehead aku." Gigih akak Vietnam ni perhatikan kertas tu.

Bila semua orang dah buang whitehead, inilah antara kesan yang ada sebelum kertas-kertas ni dibuang ke tong sampah. Kalau perhatikan betul-betul memang banyak biji-biji nasi halus tu melekat kat situ. Ish...ish...ish... 

So sebelum siap, Cheryl sapukan toner dengan moisturizer dulu bagi muka kita rasa lebih segar. 

And taraaa! Inilah hasil sebelum dan selepas aku datang facial treatment kat sini. Yang kiri tu muka siap dengan makeup tak cuci lagi (Dah kenapa Cheryl amik gambar aku dekat sangat? Buruk benor gayanya.) Yang sebelah kanan tu pulak muka aku yang langsung tak ada makeup. Baru siap cuci. Amacam? Like seriously lepas buat treatment ni muka aku rasa lembut dan licin sangat. Kalau guna putih telur pun tak selembut macam tu taw.


So apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah datang Midvalley Kuala Lumpur untuk cuba facial treatment percuma dari Cheryl ni. Product NU Skin ni boleh tahan jugak since product import kan. Ceh! Korangkan taksub sangat dengan barang-barang import. Luls. Tak lah lama mana treatment kat sini dalam sejam jer rawatannya. Anyway thanks Cheryl and Kevin bawa kami ke sini dan perkenalkan NU Skin pada we alls. 

Kalau ada yang berminat boleh hubungi:

KEVIN ONG (012-4827331)
CHERYL (018-2202727)

P/S: Jemput view video ni untuk tengok kami enjoy dengan facial treatment from NU SKIN. =)

Thank you for reading.
Visit My Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

1 comment:

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...