Saturday, 24 September 2016

KLINIK KAUNSELING KOLEJ 16, UPM

Assalamualaikum.

Hi. Sekarang i dah start praktikal taw. And the best part is, iols dengan partner dah setup Klinik Kaunseling sendiri.


Tarraaa! Poster kami dah siap. Amacam? Nampak tak macam orang-orang professional siket? Korang mesti tak berapa nak caye blogger cikai macam i ni sebenarnya seorang kaunselor praktikal kan? Orite, simpan dulu kecaman tu. Anyway, di Klinik Kunseling Kolej 16 ni ada dua orang kaunselor praktikal tau. Me and my partner sorang lagi, Luster Morgen. 

So basically antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:
- Bimbingan kerjaya
-Kaunseling individu
- Kaunseling kerjaya
- Kaunseling kelompok
- Bengkel-bengkel kemahiran

Menarik tak? Haaaa, korang mesti ingat kaunseling ni untuk orang-orang yang ada masalah atau bermasalah jer kan? Actually no. Sebenarnya banyak manfaat dan kelebihan korang boleh dapat kalau datang ke bilik kaunseling ni. Selain kami sedia menjadi tempat untuk anda minta pendapat dan luahkan perasaan yang terbuku, kami juga boleh membantu anda untuk tingkatkan keyakinan diri, nak tambah ilmu pengetahuan tentang personaliti atau kerjaya dan untuk kenal diri sendiri dengan lebih mendalam.

Antara inventori yang kami sediakan juga adalah seperti:
1. Inventori Gaya Bercinta
2. Inventori personaliti SDS/ VPI
3. Ujian Minat Kerjaya Sidek
4. Ujian personaliti Warna
5. Mooney Problem Check List

Wow..woww...and woww! Jom lah datang ke Klinik Kaunseling Kolej 16 kami. Selain semuanya PERCUMA, malah kami ada perancangan untuk organize beberapa bengkel-bengkel kemahiran seperti:

Antara bengkel-bengkel menarik yang kami bakal anjurkan adalah:
1. Bengkel belajar Bahasa Mandarin asas komunikasi
2. Bengkel 'How To Create Your Own Blog'
3. Bengkel makeup tutorial
4. Art For Therapy 

Ini lagi menarik bukan? Jangan tunggu lagi kengkawan. Korang kena datang ke klinik kaunseling iolls okay. 

Syarat-syarat masuk:
1. Hendaklah berstatus sebagai pelajar atau staf Universiti Putra Malaysia
2. Booking awal untuk sebarang sesi kaunseling yang ditawarkan

MASUK ADALAH PERCUMA.

Lokasi:
Bilik ICT 2, Blok L3, Kolej 16, Universiti Putra Malaysia

Opening days:
ISNIN : 9am-12pm
SELASA: 5pm-10pm
RABU: 5pm-10pm
KHAMIS: 3pm-10pm
JUMAAT: 3pm-10pm

Kaunselor bertugas:
Lurve Aloevera (Nurul Asyiqin Jaafar)
Luster Morgen

If any of you yang berminat nak datang ke Klinik Kaunseling Kolej 16, dialu-alukan untuk walk in atau buat appointment untuk pilih mana-mana kaunselor yang anda selesa. Don't worry, kami tidak mengenakan sebarang caj untuk perkhidmatan kaunseling atau bimbingan di sini. Sekadar datang nak melawat, tanya pendapat atau jawab inventori pun dialu-alukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Luster Morgen (012-8474950)
Lurve Aloevera (014-5405632)

Facebook:
Lurve Aloevera (klik sini)
 Luster Morgen(klik sini)

Instagram:

Klinik Kaunseling Kolej 16 dibuka bermula 19 September 2016 sehingga 12 Disember 2016. Ayuh jangan ketinggalan untuk update menarik daripada we alls okay? =)



1 comment:

  1. Wow.. Memang nampak lebih profesional! Saya bukan student UPM. Takleh la datang ekk

    ReplyDelete

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...