Monday, 7 November 2016

6 AKTIVITI UNTUK KURANGKAN STRESS

Assalamualaikum.

Hi. Dah masuk final year ni skala tekanan aku makin menjadi-jadi okeh. Dalam seminggu tu kalau siang malam 7/24 duk menghadap lecture notes, assignments, report klien, final year project, journal sahaja then makan tidur, haaa. Kau tunggu by the time aku grad nanti berat badan aku naik macam orang dah beranak 10 pastu muka macam zombi berlingkar-lingkar eye bag. So nak tak nak sibuk macam mana pun aku kena jugak cari masa untuk diri sendiri. Sekali sekala buat benda yang aku suka dan perlu untuk maintain momentum aku supaya dapat perform dalam akademik dan kerjaya. Cewaaahhh! =D

Usually insta aku lah jadi mangsa untuk aku update apa perkembangan dan aktiviti masa lapang aku. Haaa, nak tahu apa aku selalu buat kalau stress? Meh nak share.


1. BERIADAH

Terus terang cakap aku langsung tak suka jogging. Nak paksa kaki aku ni berlari, 5 minit pun aku dah semput. Hahaaa. So untuk paksa aku keluarkan jugak peluh dan bersenam, aku akan cari aktiviti yang aku suka. Contohnya main basikal ke, berkayak ke, main boat paddle ke, hiking ke. Ataupun kalau kat mana-mana tempat yang ada organize program zumba atau senam robik secara percuma, akulah paling semangat ajak kengkawan datang. Tapi kalau aku balik rumah family jangan mimpilah nak tengok aku keluar rumah. Hahaaa. So apa aku akan buat adalah I'll make sure mana-mana aku pergi dalam luggage aku akan hangkut sekali tali skipping. Yes, tali skipping. Mula-mula skipping tu memang sakit kaki seminggu lah cerita dia. Tapi bila dah terbiasa, sebelum pergi kelas pun aku boleh lompat 120 kali just untuk keluarkan peluh. At least ada jugaklah pergerakan pada badan tu even aku tak jogging kan. Dalam buku kata dengan mengeluarkan peluh daripada badan kita secara tak langsung boleh kurangkan tekanan kita. So aku pegang kata-kata ni. =)


2. PERGI TEMPAT-TEMPAT BEST

Bila dah sumbat sangat siang malam ulang alik makmal, dewan kuliah, office and kolej, aku rasa hidup aku dah macam membosankan sangat. Seriously. So in case kalau aku dah jemu sangat, 1 jam free time pon aku boleh start motor pergi singgah memana shopping mall untuk window shopping. Kalau aku betul-betul gian sangat nak shopping, aku akan cari tempat-tempat yang jual barang-barang wholesale gitu. Contohnya Jalan TAR, plaza South City, GM Klang tak pun kalau ada pape karnival atau jualan mega memang aku akan cari kesempatan untuk singgah lah. Dapat 30 minit berjalan pun dah cukup untuk lupakan beban kerja aku jap. 


3. MASAK

Aku ni nak kata power masak tak jugak. Tapi i really enjoy cooking kalau tak ada orang menyibuk kat dapur lah. Sedap tak sedap tu lah yang mencabar sebab memasak ni gabungan antara skills dan knowledge taw. Kalau setakat baca resepi kat internet tu memang mudah, tapi menjadi ke tak masakan tu yang paling mencabar dan seronok. And selalunya masa aku masak aku akan record sight then update kat Wechat lah, kadang ada jugak aku share resepi yang mana aku dah biasa buat supaya orang lain pun boleh mencuba sama. Tapi part pastry atau dessert, yang ni memang aku tak reti. Tapi yang ni lah paling aku suka buat kat rumah. Pantang nampak dalam laci ada tepung, pantang nampak dalam peti ais ada telur, aku mulalah google resepi-resepi baru. Sampai mak aku bising sebab aku tukang menghabiskan barang dapur dia. Hihihi. Dah nak buat macam mana, ini jer hiburan yang aku suka.


4. URUTAN KAKI DAN BADAN

Yang ni memang antara aktiviti yang aku suka jugaklah. Bila mana kalau aku habis jumpa klien dah lewat 10pm, aku terus pecut downtown terdekat untuk pergi urut badan. Kalau bajet banyak aku urut satu badan lah, kalau masa singkat dan bajet aku pun dah tak banyak, aku akan buat urutan sama ada separuh badan atau refleksologi kaki. Okay, urutan badan ni sebenarnya banyak manfaat dia tau. Urutan badan ni sebenarnya bagus taw untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Daripada urutan refleksologi kaki jugak kita boleh tahu macam mana keadaan semasa badan kita masa tu. Kerap sakit kepala ke, kurang minum air ke, makan lewat sangat sampai ada angin dalam badan and so fort. So bagi aku daripada aku buang duit pergi karoke atau tengok wayang, aku lagi sanggup berhabis duit kat body treatment. Hewhew.


5. HOMEMADE FACIAL TREATMENT

Bila mood aku malas nak keluar daripada bilik tu datang, masa nilah aku akan manfaatkan untuk buat homemade facial treatment. Sama ada aku buat scrub muka ke, atau adunkan bahan-bahan semula jadi untuk dijadikan masker. Haaa, bukan susah. Setakat tampal-tampal tomato lenyek, hirisan lemon, susu pekat atau madu lebah pada muka. Dalam 30 minit tu basuhlah. Busy mana pun kita sebagai seorang perempuan kena juga jaga muka kak. Sunburn tu benda biasa yang penting kulit kita sihat. Satu kerja pulak nak spend masa dengan duit untuk rawat kulit muka kalau dah rosak. Plus 


6. STALK INSTAGRAM IDOLA/MENTOR

Bila kita stress, kita ada tendency untuk rasa dowm dan give up taw. Kadang sampai satu masa aku rasa penat sangat dengan semua benda. So apa aku buat adalah aku akan duduk diam-diam bukak ig orang-orang yang boleh bagi aku inspirasi. Haaa, berlambak jer kat instagram sana. So bila mana aku tengok gambar-gambar perempuan-perempuan cantik, berpendidikan dan berkerjaya kat luar sana, aku nekad nak jadi one of them. Kalau hari ni dia orang yang bagi aku inspirasi dan motivasi, satu hari nanti aku pun nak inspire orang lain jugak. So wake up! Dress up and don't give up. =) 


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...