Thursday, 1 December 2016

5 TIPS BELAJAR BAHASA MANDARIN KOMUNIKASI

Assalamualaikum.

Hi. Ramai orang duk tanya aku, macam mana nak belajar bahasa Mandarin dengan cepat dan mudah? Honestly i don't have the answer. Sebab apa? Sebab aku pun took 8 years untuk fluent cakap bahasa Mandarin. Tetiba kau datang jumpa aku DM aku cakap nak belajar bahasa Mandarin then boleh bercakap dalam masa sebulan? Pheeew! Tak tahu nak cakap apa, cuma aku pernahlah share 5 CARA BELAJAR BAHASA MANDARIN (klik sini) kat blog ni. So hopefully entry kali ni lebih banyak membantu you alls lah yea. Pengalaman aku mengajar Mandarin (focus more on communication) ni tak lah lama mana, dalam 2 tahun lebih macam tu as a part time Mandarin tutor. So far students yang datang menuntut adalah dalam 5 orang, tapi yang masih bertabah dan cekal hati nak belajar tinggal sorang. See? Bukan mudah taw nak belajar cakap cina ni. 

TIPS 1: BELAJAR BEZAKAN SEBUTAN (Pronunciation)

Source: Google

Source: Google

My personal suggestion lah kan, before korang rasa nak belajar sendiri bahasa Mandarin ni, you better go and get a temporary Mandarin teacher first. Pronunciation adalah masalah utama budak Melayu yang nak belajar Mandarin. Mandarin bukanlah macam bahasa Melayu atau English yang kita boleh belajar sendiri. Pronunciation Mandarin ni sangat complicated. So nasihat aku adalah, either you get a teacher atau belajar dalam you tube macam mana nak bezakan setiap vokal dan vowel dalam Mandarin. Kenapa aku tekankan benda ni adalah sebabnya once kita salah pronounce any word, maksud dia memang totally lari terus. Nampak macam budak tadika kan kena belajar sebut-menyebut balik daripada ABC? Tapi tulah, memang aku akui part ni benda pertama aku ajar kat semua student aku. Selagi kau tak pass ujian oral menyebut benda alah ABC ni depan aku, memang aku tak kan beralih ke chapter seterusnya.



TIPS 2: BELAJAR BEZAKAN INTONASI

Source: Google

Bila kau dah tahu bezakan antara sebutan huruf 'p' dengan 'b', atau huruf 't' dengan 'd', tahniah! Cabaran seterusnya adalah korang kena peka dengan perbezaan intonasinya pulak. Dalam Bahasa Mandarin, intonasinya cuma ada 4 jenis sahaja. Part ni pun boleh tahan penting sebab once kau salah bezakan intonasi perkataan yang kau cuba cakapkan, maksud perkataan tu susah nak sampai kat orang-orang yang faham bahasa Mandarin. Tak percaya? Jom aku tunjukkan 1 contoh.

Source: Google

Kau nampak tak contoh dia bagi kat atas tu. Satu perkataan "ma" jer. Tapi bila kau salah pronounce dia punya intonasi, maka serta-merta maksud perkataan tu akan berubah. Perhatikan betul-betul gambar rajah aku bagi kat atas tu. Cuba bayangkan kau nak bagitahu orang yang kau terjumpa seekor kuda, tapi malangnya kau salah sebut intonasi perkataan 'ma' tu daripada sepatutnya intonasi ketiga (third tone) kepada intonasi keempat (fourth tone) yang maksudnya marah (actually banyak lagi maksud dan perkataan yang boleh interpret daripada fourth tone tu), kan orang dah salah faham? So don't take it for granted. Banyak orang tak boleh bezakan 4 intonasi mudah ni. Then how are you gonna master on that language? Jadi cadangan aku adalah, macam biasa. Go find a good teacher atau belajar dalam you tube.


TIPS 3: HAFAL VOCAB

Source: Google


For first time learner, yes. This is the most important part you should realize. Jangan ingat once kau dah power in differentiate the pronunciation and intonation tadi maka kau dah terer cakap Cina. No, no, no! Perjalanan kau baru nak bermula yea readers! Hypothesis nya kat sini adalah, lagi banyak vocab Mandarin kau hafal dan ingat, maka lagi mudah kau nak buat ayat dan bercakap satu hari nanti. Kalau zaman aku sekolah dulu, memang cikgu paksa hari-hari buat homework writing. Setiap hari at least 3 muka surat perkataan baru kena tulis, hafal dan ingat. Then ada spelling test. So kalau memana kakak-kakak atau abang-abang yang hantar anak ke sekolah cina tu, memang benda ni salah satu yang menjadi rutin harian pelajar. Frankly speaking bila aku mengajar Mandarin pun I even use the same teknik. Setiap minggu mesti ada homework writing Mandarin aku kasi. Kau malas maka kau yang rugi.



TIPS 4: BUAT AYAT MUDAH

Source: Google

Bila kau dah hafal banyak perkataan Mandarin macam yang aku sarankan tadi, maka dah sampai masanya korang belajar buat ayat-ayat mudah hasil daripada gabungan perkataan-perkataan yang kau hafal tadi. Part buat ayat ni macam BM dengan English jugak, ada tatabahasa atau grammar yang perlu korang ikut. Sebab Mandarin ni kalau buat ayat banyak yang tunggang terbalik kedudukan dia bila dialih bahasakan kepada BM. Contoh,

AYAT: wo de ming zi jiao Marry.
TERJEMAHAN: Nama saya Marry.

PECAHAN MAKSUD: wo (saya) / de (punya)/ ming zi (nama)/ jiao (panggil) 

See? Pening kepala nak ingat, fikir dan hafal rules dia kan? Tapi nak buat macam mana, bila cakap belajar bahasa asing memang tak lari dengan tatabahasa macam ni. Well it needs efforts of course. 

Source: Google

Bila korang dah pandai buat ayat-ayat mudah, tahu dia punya peraturan an so fort, korang bolehlah belajar hafal simple sentences daripada English atau BM kepada Mandarin. Teknik ni antara teknik paling mudah nak belajar bahasa Mandarin lah, tapi malangnya bila cuba huraikan maksud setiap perkataan dalam ayat memang korang susah nak terjemahkan balik kalau guna fast track macam ni. Antara sebab kenapa aku prefer korang belajar buat ayat hasil daripada vocab yang korang hafal tadi then combine sana sini adalah supaya next time bila korang jumpa new vocab korang secara kreatif nya dapat buat ayat baru. See? Contoh,

Ayat 1: wo yao chi mian bao
TERJEMAHAN: Saya hendak makan roti.

PECAHAN MAKSUD: wo (saya)/ yao (hendak)/ chi (makan)/ mian bao (roti)

Okay, this 1st sentence kau belajar semalam. Suddenly hari ni kau belajar satu lagi vocab baru iaitu mai (membeli). Kalau korang kreatif, automatik dah dapat lagi satu ayat baru.

AYAT 2: wo yao mai mian bao.
TERJEMAHAN: Saya hendak beli roti.

Nampak tak apa yang cuba aku sampaikan? Easy rite? (^,^)


TIPS 5: BACA, TULIS DAN HAFAL.

lurvealoevera.blogspot.com

Setakat kau baca dan hafal jer pastu nak terus pandai cakap, memang tak pergi jauh lah cerita dia. So suggestion aku adalah, MENULIS. That's why siapa pun student aku (sama ada dia budak atau dah bekerja), memang aku paksa dia orang pegang pen dan pensil sepanjang kelas. Tulis balik apa yang kau dah baca dan hafal tadi. Since entry kali ni aku cuma fokus pada komunikasi, so aku tak lah nak suruh korang tulis sebutir-sebutir tulisan cina tu balik (unless kalau korang ni students aku memang aku wajibkan tulis perkataan cina balik lah, kikiki). Buat nota simple-simple yang korang mudah nak hafal dan ingat. 


KESIMPULANNYA......

Belajar lah bahasa apa pun, semuanya bukan mudah. Aku pernahlah ada pengalaman belajar bahasa Arab masa sekolah menengah dulu. Tapi disebabkan salah teknik belajar, maka sampai sekarang aku tak master bahasa tu. So untuk korang yang berminat sangat nak belajar bahasa Mandarin ni, bertabahlah. Even aku yang dah belajar banyak tahun ni pun ada jugak words yang tak berapa paham dan rules yang tak berapa jelas. Standard lah, kau belajar English pun memang selalu jumpa masalah macam ni kan. So apa-apa pun jangan malu nak bertanya orang atau cuba bercakap. Aku pernah kot jumpa orang Perancis kat UPM ni boleh cakap fluent BM. Giler kau tak terkejut? Tengah-tengah sembang dengan member aku tetiba dia mencelah pastu cakap BM. Haaa, macam tu lah perasaan dan reaksi orang Cina bila tahu aku boleh speaking Mandarin. Hehew.

Apa-apa pun, gudluck lah yea! =)


P/S: credit to Mr. Google for the pictures.

No comments:

Post a Comment

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.           Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu...