LURVE ALOEVERA DAH JADI CIKGU?

Assalamualaikum.

Apa khabar 2017? Heeeya! Rasa macam buat entry come back je hari ni. Haaahaa. Entry kali ini tiada sebarang input yang baik nak ditulis pun sebenarnya. Cuma i nak share lah how's my life as a trainee school counselor sekarang. Yes, a trainee school counselor beb! Mula intern dari Februari hari tu, pejam celik sekarang dah end of March. Baru 5 minggu kerja tapi busy mengalahkan pengetua sekolah. Baru nak teguk air student dah datang opiz mengamuk barang hilang, baru nak makan tetiba check jadual i kena relief class, baru nak ke toilet student datang nak hantar buku log pengakap lah buku latihan lah. Kahkahkah. Sumpah busy, i tak tipu. Jom tengok apa i dah buat sepanjang 5 minggu ni.


Dulu people used to call me "Eh, you ni Aloevera si blogger tu kan?" Oh itu dulu bang. Sekarang i dah guna title Cikgu Asyiqin. Pal name i yang Lurve Aloevera ni kena sorok siket sebab takut jadi isu kat sekolah. Tapi disebabkan student zaman sekarang kreatif dan nakal-nakal, they don't call my name okeh. Macam-macam panggilan i dapat, Cikgu pickup line, Cikgu Cantik, Cikgu retis, Cikgu Femez. I don't know at their level rite now how they perceive me kat sekolah, yang aku tahu dulu masa aku zaman-zaman remaja pun sedang bergelora mencari identiti diri yang boleh aku tiru. So, kat sekolah i bukan lagi Lurve Aloevera yang kuat merapu kat blog dan ig, tapi aku dah jadi seorang kaunselor pelatih yang mungkin ada student cuba tiru cara dan gerak-geri i diam-diam. Yang stalk i kat media sosial dan kat luar sekolah pun ada okeh. Haisss....

"Cikgu, nama cikgu, Cikgu Asyiqin yea?"
"Yea, kenapa?"
"Patutlah saya asyik sangat tengok cikgu. Ciaciacia..."

"Cikgu, cikgu amik launseling yea?"
"Yea, kenapa?"
"Saya ingatkan cikgu amik hati saya tadi. Ciaciacia..."

"Cikgu, cikgu lambat 5 minit hari ini."
"Yea, maafkan saya yea."
"Tak apa, asalkan cikgu tak lambat ke hati saya sudahlah. Ciaciacia."

"Cikgu ada selotip tak?"
"Kamu nak buat apa?"
"Saya nak selotip hati cikgu kat hati saya lah. Ciaciacia...."

Ini antara contoh pickup line i dapat daripada student lelaki dan berbagai-bagai lagi versi pickup line i dapat masa minggu pertama kat sekolah. Kadang-kadang bila dengar macam lucu, but at some point sebagai cikgu yang mendidik Gen Z ni kita boleh nampak adab dia dengan cikgu di mana. Lagi-lagi cikgu muda-muda macam kami, student buat macam kengkawan je. Penat nak melayan. So my 2nd week kat sekolah terus berubah 360 degree. Daripada cikgu yang comel dan manja bagaikan Garfield i berubah jadi seperti seekor singa dan dragon yang garang. Haaa, siapa suruh tak dengar cakap cikgu, main-main sana sini satu arahan tak boleh nak ikut. Ggggrrrrr... Termenung aku seminggu kat sekolah sebab celaru identiti sebagai seorang cikgu. =="



Disebalik kisah-kisah pickup line i kat sekolah, nasib baik ada kengkawan yang support.So tak lonely sangat kat sekolah. Here we go, my internship members yang very helpful dan memahami. Disebabkan i ni school counselor dan kena stay di Unit Bimbingan Kaunseling, maka i selalu terlepas berita-berita penting kat main office which is Teacher's room. Apa lagi, mereka-mereka ni lah yang baik hati sanggup update kat i jadual waktu relief class, meeting-meeting dan tugas-tugas penting kalau sekolah ada event kat Whatsapp group. Thanks a lot girls. 



Yang gambar acah-acah hipster poss kat atas ni masa bawak student ke Taylor's University berprogram. Baru first week as a trainee school counselor, depa dah hantaq i pi jadi guru pengiring ke event luar sekolah. Oh i bukan complain, tapi terus terang cakap aku memang suka giler benda macam ni. Pertama, aku boleh amik gambar pelik-pelik dan update kat ig. Haaahaaa.. Yang kedua aku dapat keluar release stress tengok tempat-tempat orang, dan yang ketiga aku tak payah mengajar. Luls! Eh kena mengajar ke? Kata school counselor? Major course i memang guidance and counseling, tapi minor i pulak subjek perniagaan. So suka ke menyampah ke i tetap kena masuk kelas dan mengajar. Honestly speaking i'm not good in teaching sebab aku memang tak berapa minat subjek tu, plus my student pun tak berapa minat nak belajar so cikgunya pun kurang motivasi nak mengajar. Hahaaha....Cikgu muda tak bercontoh betul...=P



Masa hantar my student ke Kementerian Wilayah Persekutuan untuk program Putrajaya Youth Leader (PYL) hari tu, pihak penganjur request cikgu trainee ni untuk jadi pengacara majlis. Haaa memang ketar kepala lutut nak pegang mike. Dah lama jadi keyboard warrior pastu disuruh bercakap kat depan orang ramai haa mula kelu lidah. Ekekek. Nasib baik pihak penganjur tak complain pape. Kalau tidak oh malu ah kat anak murid i tengok cikgu dia gelabah nak bercakap kat depan. Heeee...

Kalau dulu masa jadi trainee counselor kat UPM, sampai tengah malam i hunting client untuk kumpulkan hours for counseling session. Tapi sekarang intern kat sekolah rasa susah sangat. Nak minta student stay back petang-petang untuk datang ke sesi kaunseling pun payah ada mak ayah cikgu cikgi yang bising. Nak suruh datang weekend sat lagi takut bebudak ni melencong tipu mak ayah kang nama kita pulak yang kena. Itulah dikatakan cabaran sebagai trainee school counselor. So boys dalam gambar ni antara student subjek Perniagaan yang i ajar.


Ini pulak masa hari bekas pelajar datang ambil sijil SPM kat dewan sekolah. Kami kena jaga booth UBK in case ada student or parents yang datang nak minta pendapat dan penenrangan tentang macam mana nak further study ke hape. Okay yang sebelah i tu bukan my boypreng ke apa yea. He's my coursemate kat UPM and partner aku kat sekolah. So trainee counselor kat sekolah kami ada 2 orang lah. And si Zikri ni baru balik internship di Indonesia. Jadi sepanjang 3 minggu sebelum ni memang aku tercungap-cungaplah nak survive kat sekolah tu. Tapi sekarang dah ada dia ni bolehlah tolong-tolong cover memana kerja kan. Ekekek. 

Okay ini pulak gambar masa sukan tahunan sekolah hari jumaat baru ni. KJ datang rasmi tu yang cikgu-cikgu semua  siap bunga-bunga atas kepala nak tunjuk semangat rumah sukan memasing. Guest what? Sepanjang 4 minggu aku intern, 4 minggu tu jugaklah bersukan. Eh pening jugak aku. Kekadang ponteng turun padang sebab nak buat sesi kaunseling. Apa kan daya, nak hidup dek. Tak bergraduat aku nanti asik bersukan hari-hari. Haahaaa. Nasib baik i dapat tugas sebagai guru untuk perbarisan je. Kalau suruh aku turun padang train budak, menangislah cikgu-cikgu rumah sukan tu menanggung kekalahan tahun ni nanti. Kahkahkah.

Nak jadi school counselor yang cemerlang terbilang gilang dan gemilang tak ada istilah cuti nak lepak-lepak shopping mall tengok Power Rangers ke makan Boat Noodles ye dik. Asal ada cuti jer maka kami pun keluar bawak student pergi program sana-sini. Jadi jangan merungut k, pandang benda ni satu benda yang positif sudah. So gambar kat atas ni adalah masa kat Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) di USIM baru ni. Dengar menteri-menteri dengan VC bagi ucapan sejam dua, makan-makan, pusing-pusing booth IPTA dan IPTS, amik-amik gambar pastu balik. Haaa, tak susah pun. Yang penting benda ni bagi input kat i untuk siapkan report dan kumpul bahan untuk i bantu klien masa sesi kaunseling nanti. 

So itu jelah yang i nak share untuk entry kali ni. How i manage to survive within this 5 weeks as a trainee school counselor. Banyak kerenah bebudak yang i kena tahan. Jujur cakap kalau nak kepuasan handle counseling session bukanlah di sekolah tempatnya. Jadi ini jelah cerita come back i untuk 2017 ni. Ada masa nanti i cerita pasal my part time job as a Mandarin Tutor pulak. Nangis juga weekdays jadi school counselor weekend jadi Mandarin Tutor. Tapi muda-muda ni lah nak struggle cari pengalaman. So POSITIVE! 





Thank you for reading.
Visit my Instagram at http://instagram.com/lurve_aloevera .

Comments