Sunday, 14 May 2017

2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.

          Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu terperap kat rumah makan tidur tengok tv kemudian pishang? Nahhhh, aku dulu pun macam tu jugak. Kemudian bila masuk hari Isnin baru terasa erti sebenar Monday Blues tu macam mana. Hari pertama kerja rasa tak bermaya, tak seronok, jemu dan bermacam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Jadi untuk mengatasi segala macam 'demam Isnin' kita tu, maka aktiviti hujung minggu tu mestilah kena produktif dan seronok. So bila ada aktiviti baru, tak lah rasa dull sangat life tu.


BERKELAH & BERSIAR-SIAR


Berkelah kat air terjun ni antara aktiviti yang paling jimat dan seronok untuk korang yang sukakan outdoor activity macam aku. Ini the latest activity yang aku pergi. Lokasi sekitar Semenyih. Bayaran masuk cuma RM1 untuk dewasa. Kalau ada partner yang sekepala jenis suka buat outdoor activity senang. Macam kes aku, aku prepare makanan and partner aku main peranan dalam mencari lokasi berkelah. Haaaaa, dah sampai air terjun kita bedal dulu makanan 1 round, kemudian mandi 2 jam, kemudian sebat lagi makanan 1 round. Haaaahaaa. 


Kalau tak ada masa sangat nak pergi berkelah, korang boleh juga try macam aku ni naik kereta kuda pusing-pusing sekitar Masjid Putra, Putrajaya ni. Lepas dinner kat De Centrum Mall, terus datang perkarangan Masjid Putra ni lepak-lepak naik kuda. Yang ni bayaran lebih kurang sama macam kat tempat lain, RM10 untuk orang dewasa. So siang tu dah penat bekerja, malam kita bersiar-siar tengok tasik Putrajaya ni pun seronok juga. Mueheeheee...


Nak pergi pantai jauh, nak pergi air terjun pun jauh. Haaa, toksah pening-pening. Kat padang rumput depan Perbadanan Putrajaya pun boleh berkelah. Sini memang port warga Putrajaya bukak puasa, picnic, amik gambar, main giant bubble bagai. Jadi tak lah awkward sangat tetiba kami ni krik krik jer duk situ syok sendiri makan-makan main game. So korang yang mana stay area Putrajaya bolehlah datang sini nak picnic k.

MEMASAK
Chapatti Roll
Ada masa aku malas juga nak keluar rumah. Untuk orang yang hobinya suka masak macam aku, weekend antara waktu terbaik untuk cuba resepi-resepi baru daripada majalah. And lagi best bila ada orang yang jenis tak memilih bab makanan dan bagi komen-komen positif sebagai penambahbaikan. Haaaa, apa lagi. Memang semangat lah nak masak selalu. Nak-nak bila kita dah plan nak pergi somewhere, masak untuk bekal tu benda yang paling aku suka. 

Tengok... Ni first time aku masak Udang Galah sweet sour, kemudian bawak bekal pergi berkelah kat air terjun. Perggghhh! Memang terbaik lah korang. Thank you mama bagi udang galah dari Sungai Pahang bawak balik Putrajaya. 2 pinggan nasi aku pulun masa picnic hari tu. =D

Okaylah, I got to go. Tengah-tengah kerja curi-curi update blog ni tak leh lelama. Heeee. Semoga bermanfaat!


Thank you for reading.
View my instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Saturday, 6 May 2017

PENAMPILAN DAN USIA

Assalamualaikum.

Lama tak update entry. Hari ni i nak ajak bincang pasal pemakaian sikit. As for me, aku memang jenis yang suka perhatikan pemakaian orang sekeliling, kemudian relate dengan pekerjaan dia, personaliti dia dan tingkah laku dia. Cewaaahh! Nampak tak ada ciri-ciri seorang pakar psikologi yang berjaya gitu? =P

Baru ni i terima satu statement daripada seorang student. Katanya dia jadi low self-esteem sebab pemakaian. Bila ditanya apa yang dia fikirkan, she told me "bila kat luar, saya pakai dress dan palazo, orang kata saya lebih tua daripada usia sebenar saya. Saya jadi malu." Ohhhhooo, jujur cakap dulu aku pernah lalui split identity macam tu. Eh jap, can i call this as 'split personality?' Hahaaa

 Well, dulu aku memang jenis yang dress up macam mak cik mak cik siket. Umur baru 19-21 tahun macam tu, tapi pergi kelas pergi cafe pun pakai high heels, palazo, skirt duyung, handbag kulit bagai. And the same thing happened to me, people addressed me as 'Puan' lah, 'Kakak lah'. Hey! Come on...Aku baru 19 tahun kot. Do i look  older then my real age?



See? Pergi shopping mall pun pakai macam makcik-makcik. Padahal masa ni umur aku belum 23 tahun lagi. And orang panggil aku Puan. Pergghhh! Terus rasa jatuh market time tu. =( Sobsob. Masa pakai tu kita rasa confident je sebab kita nak nampak macam style alar-alar artis baya-baya kita pakai, kemudian kononnya nak nampak lebih matang dan berkarisma gitu.

 Tapi bila hangout dengan kengkawan yang sebaya, depa sempoi jer keluar pakai jeans dan beg selimpang, Pastu mula arghh hati ni dupdapdupdap duk jeling the way they dressed up, pastu dalam hati bisik "duhh, asal aku nampak macam kakak-kakak sangat?" Lepastu balik rumah bukak wardrobe meroyan tak ada baju dan bag nak dipakai. Walhal wardrobe tu sampai tak boleh nak tutup pintu dah aku sumbat macam-macam.




So these are parts of my old pictures yang aku pernah update kat ig lah. Siapa yang kenal aku lama dia orang tahu lah cara pemakaian aku ni macam mana, alar-alar mak cik mak cik siket. Kalau boleh setiap masa nak pakai heels. Tapi sejak aku sakit awal tahun lepas, kemudian buat appointment kat Orthopedic Hospital Serdang, doktor advised aku untuk stop pakai heels, sebab kaki aku tak kuat. Naaah, dah sampai masa untuk aku ubah penampilan lah tu. Positif k positif. Pastu masuk bilik tengok rak kasut meroyan balik, mana aku nak campak heels yang 4 5 pasang ni? Ada yang beli dan tak pakai lagi. lols. 


So what i did was, i changed the way i dressed up. Daripada high heels, aku tukar kepada snickers and flat shoes. Daripada blouse bunga-bunga, aku tukar kepada blouse yang lebih kepada bercorak jalur atau plain. Daripada dress yang crowded, aku tukar kepada tshirt dan kemeja. Daripada hand bag macam mak datin, aku tukar kepada yang lebih nampak keremajaan siket. Daripada tudung indon style tu, aku tukar kepada shawl yang dililit dengan berbagai-bagai gaya. Yeah, i changed almost everything. People! This is what we call TRANSFORMATION.

Actually girls, tudung ni main peranan penting jugak sebenarnya. Sebab benda pertama orang fokus pada kita adalah muka. Salah pilih material dan warna tudung, serta merta dia boleh ubah muka kau. Muka yang lonjong pun kalau tak kena gaya tudung boleh nampak bolat. Warna kalau salah pilih daripada berkulit cerah pun kita boleh nampak gelap. Jadi be careful, bukan semua tudung sesuai dengan bentuk muka kita. Kalau nak nampak ada kelainan siket, sentiasa tukar-tukar gaya bertudung. 

Kalau macam aku ni, nak buat gaya tudung pelik-pelik ni macam cerewet siket. Sebab aku akan make sure gaya tu tak membuatkan tudung aku nampak singkat depan dan belakang. Macam-macam tutorial tudung aku pernah try baik dalam majalah atau kat youtube, cuma berapa jenis gaya je yang menepati piawai diri dan approved. =P Jadi untuk menampakkan kelainan siket, aku akan sentiasa tukar-tukar warna tudung dan material yang dipilih. Contohnya sebulan pakai chiffon shawl, pastu rotate pulak dengan cotton shawl, tudung bawal and so fort. Jadi tak lah rasa membazir sangat bila tudung lama tu simpan dalam almari buat collection je kan.



Okay next, makeup! Nak kata aku ni pandai makeup tak jugak, tapi yang simple simple tu boleh lah. Tak lah nampak pucat lesi tak bermaya jer kan, lagi-lagi career aku ni bidang sosial. Hari-hari nak kena jumpa manusia yang berbagai ragam. So penampilan diri ni tak sempat macam mana pun dalam handbag kena sentiasa standby apa yang patot. Eh lupa! Sebenarnya kadang-kadang cara kita makeup pun boleh menampakkan kita ni lebih awet muda atau lebih tua dari usia sebenar kita taw. Jadi bukan semua makeup tutorial kita boleh tiru mentah-mentah. Setiap occasions pun ada gaya makeup dia yang tersendiri taw. Contohnya macam pergi dinner lain, pergi shopping mall lain, pergi photo shoot pun lain. Nak olah panjang-panjang pun aku tak ada ilmu sangat pasal makeup ni. So korang try lah google mana-mana blogger yang tulis pasal makeup pulak ye. Hihihi....


Handbag pun ada peranan dia sendiri yea adik-adik. Dulu aku memang suka handbag jenis kulit atau PVC ni, but then lama-lama aku jadi nyampah sebab beg macam ni manja sangat. Tak boleh berhujan berpanas selalu, tak boleh lasak-lasak, tak boleh main campak jer dalam bakul motor. Kalau isi barang banyak siket tali cepat sangat nak mintak putus, haha... 

Woi! Kau belum tengok lagi apa aku sumbat dalam sebuah handbag. Nantilah bila-bila kalau rajin aku update apa ada dalam handbag aku most of the time. =D So nak cerita, kalau u ni jenis yang cermat, feminin dan lemah lembut, pakai bag apa pun nampak sesuai. Cuma kena pandai main dengan design bag dan color dia sahaja. Tapi kalau yang baca entry ni spesis manusia yang lasak macam aku, eloklah kita pakai cotton bag macam gambar kat atas ni. 

Sebab apa? Pertama, harga dia murah. Kalau rosak tak lah terkilan sangat kan. Kedua, dia tahan lasak. Lasak kat sini bermaksud dia tak heran lah berhujan berpanas ni. Warna tak luntur cepat, cuma cepat kotor lah. Dan ketiga, untuk girls yang kaki rider macam i ni, dengan adanya bag cotton macam ni, kita boleh ronyok-ronyok jer dalam bakul motor bersama barang-barang dapur yang lain. Hahahaaa.... Simpel. Dah rosak buang, beli baru. Settle. Tapi apa-apa pun, untuk korang yang masih muda remaja tapi tak nak nampak macam mak cik mak cik sangat, pilihlah handbag anda dengan bijak.

AFTER MAKE OVER ......







Selepas transformasi, nah..... Ada lah nampak kelainan siket. Sekarang umur aku dah 23, bila bawak student keluar berprogram orang pulak ingat aku sebaya dengan anak murid. Sebab apa? Sebab aku dressed up lebih kurang macam dia orang. Haahaaa... Pastu bila selalu sangat orang duk kata aku nampak macam budak-budak sekolah, balik bilik again aku meroyan "woyh! aku dah 23 lah. Member-member ramai dah kawen. Pehal cakap aku macam budak-budak?" lol. =P



Thank you for reading.
View my Instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

GASTRIK- 6 TANDA 8 CARA

Assalamualaikum. Hey dude! Ada kengkawan aku selalu complain dia tetiba sakit kepala, muntah berak tanpa sebab dan pedih perut yang mencuc...