2 AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG BERMANFAAT

Assalamualaikum.

          Untuk korang yang masih berstatus bujang, entry kali ni khas untuk korang. Heeee. Siapa yang weekend dia selalu terperap kat rumah makan tidur tengok tv kemudian pishang? Nahhhh, aku dulu pun macam tu jugak. Kemudian bila masuk hari Isnin baru terasa erti sebenar Monday Blues tu macam mana. Hari pertama kerja rasa tak bermaya, tak seronok, jemu dan bermacam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Jadi untuk mengatasi segala macam 'demam Isnin' kita tu, maka aktiviti hujung minggu tu mestilah kena produktif dan seronok. So bila ada aktiviti baru, tak lah rasa dull sangat life tu.


BERKELAH & BERSIAR-SIAR


Berkelah kat air terjun ni antara aktiviti yang paling jimat dan seronok untuk korang yang sukakan outdoor activity macam aku. Ini the latest activity yang aku pergi. Lokasi sekitar Semenyih. Bayaran masuk cuma RM1 untuk dewasa. Kalau ada partner yang sekepala jenis suka buat outdoor activity senang. Macam kes aku, aku prepare makanan and partner aku main peranan dalam mencari lokasi berkelah. Haaaaa, dah sampai air terjun kita bedal dulu makanan 1 round, kemudian mandi 2 jam, kemudian sebat lagi makanan 1 round. Haaaahaaa. 


Kalau tak ada masa sangat nak pergi berkelah, korang boleh juga try macam aku ni naik kereta kuda pusing-pusing sekitar Masjid Putra, Putrajaya ni. Lepas dinner kat De Centrum Mall, terus datang perkarangan Masjid Putra ni lepak-lepak naik kuda. Yang ni bayaran lebih kurang sama macam kat tempat lain, RM10 untuk orang dewasa. So siang tu dah penat bekerja, malam kita bersiar-siar tengok tasik Putrajaya ni pun seronok juga. Mueheeheee...


Nak pergi pantai jauh, nak pergi air terjun pun jauh. Haaa, toksah pening-pening. Kat padang rumput depan Perbadanan Putrajaya pun boleh berkelah. Sini memang port warga Putrajaya bukak puasa, picnic, amik gambar, main giant bubble bagai. Jadi tak lah awkward sangat tetiba kami ni krik krik jer duk situ syok sendiri makan-makan main game. So korang yang mana stay area Putrajaya bolehlah datang sini nak picnic k.

MEMASAK
Chapatti Roll
Ada masa aku malas juga nak keluar rumah. Untuk orang yang hobinya suka masak macam aku, weekend antara waktu terbaik untuk cuba resepi-resepi baru daripada majalah. And lagi best bila ada orang yang jenis tak memilih bab makanan dan bagi komen-komen positif sebagai penambahbaikan. Haaaa, apa lagi. Memang semangat lah nak masak selalu. Nak-nak bila kita dah plan nak pergi somewhere, masak untuk bekal tu benda yang paling aku suka. 

Tengok... Ni first time aku masak Udang Galah sweet sour, kemudian bawak bekal pergi berkelah kat air terjun. Perggghhh! Memang terbaik lah korang. Thank you mama bagi udang galah dari Sungai Pahang bawak balik Putrajaya. 2 pinggan nasi aku pulun masa picnic hari tu. =D

Okaylah, I got to go. Tengah-tengah kerja curi-curi update blog ni tak leh lelama. Heeee. Semoga bermanfaat!


Thank you for reading.
View my instagram via http://instagram.com/lurve_aloevera

Comments