TAIPING LAKE GARDEN

Assalamualaikum.

Taiping Lake Garden, siapa pernah dengar? Taman yang cantik ni dalam 5 minit jer daripada Zoo Taiping, serious cantik. Taman ni dibina kat atas lombong bijih timah terbiar taw, and taman ni juga adalah taman awam pertama yang dibina di tanah melayu kalau nak tahu. Usually orang datang untuk riadah, picnic dan ambil gambar. Dah lah free, lepastu tempat dia pun luas, bersih dan cantik.


Gambar kat atas ni view sebelah kiri i. Sekali tengok konsep dia alar-alar filem Cina zaman dedulu kan? Siapa sangka Taiping Lake Garden ni merupakan salah satu taman tertua di Malaysia sejak zaman penjajahan British lagi you alls.. Tepi jalan taman ni banyak sangat pokok angsana yang tinggi-tinggi, then permukaan tanah semuanya rumput hijau rapi dan berbukit-bukau siket. 


Manakala di sebelah kanan pulak adalah tasik yang dipenuhi dengan pokok-pokok teratai. Kalau musim bunga ni mesti cantik giler, tenang sangat suasana kat sini walaupun ramai orang datang. Jadi demi keselamatan bersama, tepi tasik ni dah dipagar dengan pagar besi siap-siap untuk mengelak kemalangan berlaku.


 Selain tumbuh-tumbuhan di sini yang menjadi tarikan, kat sini jugak banyak taw burung-burung bangau dengan kera berkeliaran. Jadi for those yang bawak kids datang tu hati-hatilah especially time dekat senja, penuh kera main-main kat atas jambatan cantik ni. 



Haa amacam? Cantik kan? Dengar citer ada 10 tasik lagi kat dalam ni tau, so bolehlah pelan-pelan explore kawasan ni, pastu alang-alang dah sampai boleh masuk Zoo Taiping terus. 

Untuk tengok review lain boleh klik link kat bawah ni, okay?









Thank you for reading.
View my instagram via lurve_aloevera

2 comments:

  1. So, boleh la dari Ipoh ke Taiping pulak untuk lengkapkan trip Perak.. Saya cadangkan awak ke Kuala Sepetang layan Mee Udang & nikmati pemandangan malam melihat panorama alam (kelip-kelip) di situ.

    ReplyDelete
  2. Bajet murah, tempat best!

    ReplyDelete